Saturday, October 22, 2011

~ Carrot & Banana Cupcake...

Sheery Dream Cakes | 10:22 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Pagi ni cuaca agak cerah kat sini.. Sekarang ni setiap petang cuaca memang tak elok kat sini.. Hujan dan ribut.. Kepada sesiapa yang memandu balik dari kerja tu berhati² ketika memandu tau.. Penglihatan sangat terhad dan jalan raya pasti licin kan.. Dan juga kepada yang berniat nak ke laut tu sebelah petang atau malam.. Lebih baik ditangguhkan terlebih dahulu.


Berbalik kita kepada cerita Carrot & Banana Cupcake ni.. Waaahhh!!! Sangat ler sedapnya C&BCC ni... Resipi dari Akak Nor cayang... Sekali membakar cupcake ni.. Irfan asyik berulang alik masuk dapur... Apa taknya... Punya ler wangi.. Harum jer semasa membakar tu... Irfan tak sabar² nak makan.. Asyik tanya dah siap ker belum... Heeheee... Kuat betul godaan cupcake ni yer Akak Nor.. :). 


Sekali dah masak cupcake ni.. Irfan makan 3 biji tanpa creamcheese frosting tu ( Diana guna saiz cup yang besar sedikit )... Tak sabar dia nak tunggu sejuk... Katanya.. Mummy esok buat lagi yer.. Mummy buat sikit la.. Sedaaaap panas² ( Maksud Irfan sedap dimakan semasa masih panas cupcake ni.. hehehe ).. Tak cukup tu.. dah siap Diana bubuh toppingnya tu.. Irfan makan lagi 1 biji cupcake ni.. Sekali makan 4 biji..  Tak per ler kan.. Esok² buat lagi.. Kena buat 2 adunan ler lain kali.. :)


Akak Nor cayang.. Terima kasih yer kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni... Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula yer akak... 

:: Resipi Oleh ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )

CARROT & BANANA CUPCAKE
Menghasilkan 14 biji cupcake 

Bahan-Bahan
  • 150gm tepung gandum *
  • 1 1/2 sudu teh baking powder *
  • 1/2 sudu teh garam * ( *diayak )
  • 170gm carrot yg disagat
  • 50gm badam ( optional ) ~ dicincang dan disangai sekejap
  • 2 bj telur A
  • 95gm gula perang
  • 100ml minyak sayur / bunga
  • 2 biji pisang ~ dilecek ( lebihkurang 1 cawan )
  • 1/2 sudu teh soda bicarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Papercup secukupnya

Car
a-Cara

  1. Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam yg dah diayak kedalam sebuah mangkuk.
  2. Masukkan carrot dan gaul rata.
  3. Dalam bekas yg lain lecek pisang bersama soda bikarbonat ( ini akan menghasilkan pisang yg sedikit berbuih).
  4. Pukul telur bersama gula perang hingga pekat kemudian masukkan vanila.
  5. Masukkan campuran tepung dgn carrot dan badam. Gaul dgn menggunakan spatula / senduk kayu.
  6. Masukkan pula pisang yg dilecek dan juga minyak, gaul hingga sebati.
  7. Aturkan papercup dlm loyang dan skop adunan kedalamnya lebihkurang 85% penuh. ( lebih mudah jika menggunakan skop aiskrim )
  8. Bakar dlm oven yg dah dipanaskan dgn suhu 170°C sehingga masak ( lebihkurang 35min bergantung pd kepanasan oven dan saiz cup ).
  9. Bila dah masak, keluarkan dan biarkan betul² sejuk sebelum diletakkan frosting / topping keatasnya.

:: NOTE ~
  • kalau nak buat dlm bentuk sebiji kek, gunakan loyang 8" yg digris terlebih dahulu.
  • bakar dgn suhu 175 - 180°C sehingga masak atau lebih kurang 45 - 50min.
  • cucuk dgn lidi utk lihat kek dah masak atau belum.. jika belum masak tambahkan masa membakar lagi..
  • kacang badam boleh digantiikan dgn walnut ataupun hazelnut.
  • minyak sayur / bunga boleh digantikan dgn minyak masak biasa ataupun boleh juga digantikan dgn butter yg dicairkan.
  • sukatan gula bolehlah dikurangkan sedikit jika menggunakan pisang yg masak agak ranum kerana biasanya pisang gini lebih manis.


~ CREAMCHEESE FROSTING...


:: Resipi Oleh ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )


Bahan-Bahan
  • 125gm creamcheese
  • 60gm butter
  • 60gm gula icing ~ ayak

Cara-Cara
  1. Pukul cheese dengan butter hingga kembang.
  2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga betul-betul kembang dan gebu.

# ni utk spread atas kek tp kalau nak deco / bentukkan apa-apa boleh tambah gula icing supaya lebih kental.







22 comments:

Ummi said... Reply

Assalam Diana comeeyy, mintak sikit cc tuh...waaah bila la turn akak nak nak wat eks...dah lama jgk x makan carrot cake gini...Mintak yg Diana je la, boleh ke... :)

Diana @ Melley Mey said... Reply

ummi ~
wsalam akak ummi cayang...
bole2.. meh ler kita makan sama2 yer akak... ehhehehehe...

Nurul said... Reply

K Diana,
Comey sungguh CC akak tu, tgk pun tau sedappppp... patut Irfan pun x sabar2 nak makan... ^__^

~Norul Mas Hana ~ said... Reply

sedapnyer nampak...terbayang2 rasa carrot n pisang tu bergabung...huhu..carrot cake saje pon dah sedap..lg ditambah pisang...wahhhh

Sue @ Nenie said... Reply

Salam..amboiiiihhh tang yang meleleh itew lerr yang tak tertahan nak tengok tu.....Sedap nyaaaaa

Qhaifa Nur said... Reply

salam..

kalau diana buat 14 biji je..saya kena lebih lagi ni he..he...nampak betul carrot yang disagat, makan panas2 lagilah sedap...

cik cek said... Reply

Sedap ek Diana...teringin lak kak cek nak try buat....:D

Amie said... Reply

Assalamualaikum Dianan sayanggg...
transit Labuan ni Diana... kutip 2-3 biji cup cake buat bekal balik KK...

Cheq Sue said... Reply

alamak...dah lama cari resepi ni...nak buat kt kg ni macam2 bahan x ada... kena kiv dulu ni tunggu balik ke sana... mmmmmmm sedapnya!

kzai said... Reply

salam dian...cuaca disana pun sama dgn sini...bila ptg2 je mesti hujan...kdg2 nk kemana2 terpaksa keluar waktu pagi je.
mmg bset in the world cc ni diana..x tahan tgk cis tu..sbb tu irfan mkn berkali2.

Naz / Nadz COSK said... Reply

Diana, topping yg mcm nak meleleh tu yg menggoda tu..huhuhu.. Cantik jer cupcake yg diana bakar ni.. Kalau nk deko kek, Naz suka kek yg atas dia tak membukit sgt.. Just nice cam dia nyer ni...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Salam.Kak Ros suka la yang carrot tu...nak buat jugak.

Kak Sam said... Reply

Diana, nanti buat banyak2 pastu kurier ke penang 5 ketul yea.

K.Nor said... Reply

salam D sayang... aduss... lebih menggoda yg D punya dr k.nor ni.. meleleh frosting tu.. betul tu D, makan gitu aje tanpa frosting pun sedap kalau letak lg la sedap kan..

mekasih banyak2 sbb D sudi try resipi olahan k.nor ni... tak sangka gak hero kecik tu suka.. bagus la irfan ni, makan semua, tak memilih kan..

nanti kalau buat lagi, simpan utk k.nor 2 bj ya.. :)

Yana Shaiful said... Reply

nak..nak frosting yg meleleh tu..chedapnyaa..:=)

nuwairani ismail said... Reply

assalamualaikum kak diana cayang.... rupa kek ni menggugat keimanan betul la... dengan cream cheese topping lagi.... bukan setakat irfan, kalau nani yang bau pon mesti duk tercongok je depan oven tu...hihih

quinnie said... Reply

geramnya tengok cc akak ni..especially tang frosting nye tuh...ingat nak cuba la...tapi tak tau nak sumbat kat perut sape bila dah masak nanti..huhuhu

Nur-nba said... Reply

Salam.. Lama tak singgah blog Kak Diana ni.. Wah sedapnya cupcake tu.. frosting tu menggoda sangat.. Gambar pun cantik2 belaka.

Gee® said... Reply

pergh!! sedapnya...nak seketoi Diana...

dZana said... Reply

salam D.. waduh dgn creamcheeses topping tu.. mmg tak tahan.. ngeeee..

~~zAnAfAhMi~~ said... Reply

Assalam...Diana, terlior tgk cupcake tu, dah lama tak buat ni....rajinnya mek Diana ni.

Juwita Jamaludin said... Reply

salam kak.. tentu nya edap semuanya berebut2 nak makan tu.. siap minta buat lagi tu.. kena try resepi ni..:)