Friday, October 7, 2011

~ Sosej Berkentang...

Sheery Dream Cakes | 1:09 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hari ni tukang masak masih lagi kurang sihat... jadi menu sarapan hari ni buat yang simple jer... Ni pun kepala masih terasa berat lagi... Kalau diikutkan hati.. memang nak baring jer kan... Tambahan lagi bila dah makan ubat batuk dan selsema tu.. Mata pun malas jer nak buka... Tadi lagi sebenarnya nak update entri ni.. Tapi memang tak larat.. 

Resipi ni diminta oleh sahabat kat fb... maaf sesangat tau.. Lambat sangat untuk letak resipi ni... Sebenarnya memang dah buat dah dulu dan letak resipinya kat fb jer.. Tapi album untuk food corner tu memang dah tak ada dah... sejak ada blog ni kesemua resipi Diana letak kat blog jer.. lebih mudah kan.. Jadi sekarang Diana kongsikannya di sini.. Apa-apa pun.. mari kita tengok resipi Sosej Berkentang yang simple ni.. Namun ianya memang fav anak-anak Diana.. 


SOSEJ BERKENTANG


Bahan-Bahan 
  • 1 bungkus sosej ayam ( 10 batang ) _ dipotong menyerong
  • 3 biji ubi kentang _ dikupas kulitnya dan dihiris kasar ( Nak bubuh 2 biji pun boleh )
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang
  • Daun sup _ dicincang
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam

Bahan-Bahan Perap 
  • 1 tbsp sos tiram Maggi
  • 2 tsp gula

Bahan-Bahan A
  • 1 tsp sos tiram Maggi
  • 2 tbsp sos cili Maggi
  • 1 tbsp sos tomato Maggi
  • Sedikit air
  • Sedikit gula jika perlu

Cara-Cara
  1. Perap sosej bersama bahan perap selama 15 minit.
  2. Gaul ubi kentang bersama sedikit garam.
  3. Panaskan minyak dan goreng ubi kentang sehingga masak kekuningan. Angkat dan toskan.
  4. Goreng sosej yang telah diperap tadi ( jangan goreng terlalu lama.. Sekejap jer goreng.. ) Tengok seakan-akan sosej tu mengembang sedikit bolehah diangkat dan toskan. Ketepikan..
  5. Panaskan 1/2 tbsp minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi.
  6. Masukkan bahan-bahan A dan gaul sebati.
  7. Setelah mendidih masukkan sosej dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
  8. Sesuaikan rasa. Setelah sos sebati dan pekat bolehlah diangkat.
  9. Taburkan daun sup cincang ketika menghidang.


13 comments:

Citarasa Rinduan said... Reply

ASsalamualaikum diana..
MOGA CEPAT SIHAT YA..jgn lupa makan ubat

walau simple sarapanmu itu..
namun nampak sempurna dimata kak ayu.....

Zaliedana said... Reply

Kak diana,semoga cpat sihat,rajin2 mkn ubat n jaga kesihatan leklok,xyah lawat kja berat2 kat,Menu yg org xsihat masak nih sedap toi kak,bkn irfan jer suke kalo gini,aunty pon suka nih..

Mas said... Reply

salam kak diana,
moga cepat sembuh yerk..
hmm..menyelerakan betoi nengok sosej ngan kentang tu..

Mieza said... Reply

semoga kak diana yang syorang ni cepat sihat..musim demam skg ni kan kak..anak2 mieza pun demam last week...tapi nak tabik spring gak sebab demam pun sempat lagi sediakan sarapan mcm ni..ni bukan simple dah ni..kalau mieza simple tu adalah roti sapu kaya je kak..hehehe

Gee® said... Reply

sedapnya menu orang tak sihat ni yer... tumpang semangkok

Sari Yusa Ibrahim said... Reply

Idea untuk breakfast hujung minggu, ni.. tengok gambar dah tau sedap..

Amie said... Reply

laaaa... kurang sihat ye...tapi menunya enak sekali! Kak Amie yang nak demam ni tiba-tiba rasa berselera nak makan bila tengok resepi yang Diana sediakan.

dik, bawa-bawalah berehat supaya cepat sembuh ya, jangan paksa diri buat kerja ye...

Sue @ Nenie said... Reply

Salam..Semoga Kak Diana cepat2 sembuh dan kembali sihat seperti sediakala...

Dalam berat2 kepala pun sempat juga buat hidangan yang menggoda selera...

tun_telani said... Reply

moga cepat sembuh yer kak diana cayang..

Deliah's Deli said... Reply

tetap amat menyelerakan..semoga cepat sembuh ya. :)

nuwairani ismail said... Reply

assalamualaikum akak comel! adeh...kesiannya kak diana...dalam masa tak sehat pon masih lagi sempat snap gambar bagus2, buat menu bagus, deco pon cantek aja...berkenan dengan kentang sosej tu...macam sedap pulak diratah2...semoga kak diana cepat2 sembuh ye...

rahel said... Reply

Diana,
cepat sembuh ya...

mariatul wahidah said... Reply

simple jer bekfes nie tp nmpak menyelerakan & sihat..pasti cuba nt..