Thursday, December 15, 2011

~ Braised Chicken...

Sheery Dream Cakes | 9:24 AM | |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Beberapa hari tak dapat bersiaran.. Bertambah lagi la menu yang tertangguh menanti giliran untuk dikongsikan di sini . Huhuuu... Pagi khamis yang melesukan bagi Diana.. Ermmm... Lebih tepat lagi ianya minggu yang amat melesukan... Buat sebaris ayat.. Lepas tu termenung banyak... Sambung lagi dan termenung semestinya.. Hahhaaaaa.... Bila nak habis eh?  


Ok, tak nak la melayan kelesuan ni berpanjangan.. Nanti 1 entri ni berjam-jam baru siap.. Pagi ni Diana nak kongsikan resipi Braised Chicken yang Diana masak beberapa hari yang lepas... jadi ayam ni dah lama licin ya. ;). Hubby sememangnya suka makan braised chicken bersama halia, Qi Zi dan Red Dates... Diana lagi la suka makan red dates ni... Suka sesangat.. 


Sekarang masa untuk selongkar resipinya.. Diana biasanya akan masak menggunakan Amway Thermel Cooker .. Tapi nak masak di atas dapur biasa pun boleh .. Cuma mungkin ada kelainan sedikit dari segi rasanya tu.. Jika menggunakan Thermel Cooker ni keaslian / kemanisan sesuatu makanan tu tidak akan hilang... Sedap rasanya.. Jom tengok cara penyediaannya...

::  Letakkan periuk dalaman Thermal Cooker d atas dapur biasa.. Panaskan minyak d dalam periuk dalaman dan tumis halia sehingga wangi.. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan ::

 ::  Kacau rata dan tutupkan penutup periuk dalaman.. Renih selama 15 minit di atas api sederhana ( Jangan sesekali membuka penutup periuk dalamannya tu ya )  ::

::  Tutupkan api dan pindahkan periuk dalaman ke dalam periuk luaran Thermal Cooker dengan keadaan masih bertutup ( jangan buka penutup ya ).. Biarkan ia memasak thermal tanpa kuasa selama 2 - 2 1/2 jam ( semasa tempoh memasak thermal tu jangan buka penutup thermal selama 2 jam ).. Setelah 2 jam baru boleh buka penutupnya tu atau lebih dari 2 jam sehingga masa yang kita kehendaki ::

::  Setelah 2 jam atau lebih boleh la dibuka penutupnya dan gaul rata.. Sedia untuk di hidang  ::

BRAISED CHICKEN

Bahan-Bahan 
  • 1.3 kg ayam _ dipotong kecil
  • 1 tbsp qi zi
  • 25 biji red dates
  • 100 gm halia muda _ dihiris kasar
  • Sedikit minyak zaitun

Bahan-Bahan A
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 1 tsp kicap cair Loon Kee
  • 1 tsp kicap pekat Loon Kee
  • 1 tsp kicap pekat Yot
  • 1/2 tbsp gula
  • 1 tbsp minyak bijan
  • 1/2 tbsp tepung jagung + sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Air secukup kegunaan ( Jika menggunakan Thermel Cooker bubuh 3 tbsp air sahaja )

Cara-Cara
  1. Letakkan periuk dalaman Thermal Cooker di atas dapur biasa. Panaskan minyak di dalam periuk dalaman dan tumis halia sehingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  4. Tutup penutup periuk dalaman dan renih selama 15 minit di atas api sederhana sehingga mendidih Jangan sesekali membuka penutup periuk dalamannya tu ).
  5. Tutupkan api dan pindahkan periuk dalaman ke dalam periuk luaran Thermal Cooker dengan keadaan masih bertutup ( jangan buka penutupnya ). 
  6. Biarkan ia memasak thermal tanpa kuasa selama 2 - 2 1/2 jam ( semasa tempoh memasak thermal tu jangan buka penutup thermal selama 2 jam ).
  7. Setelah 2 jam bolehlah dibuka penutupnya atau lebih dari 2 jam sehingga masa yang kita kehendaki.
  8. Kacau dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.


::  Update ~

Memasak menggunakan kaedah dapur biasa...
  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis halia sehingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  4. Tutup penutup periuk dan renih sehingga ayam empuk di atas api kecil.
  5. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.


10 comments:

CT Delima said... Reply

AS'salam Diana Manisss

Emm.banyak juga kerenah nak masak ni ya Diana. Tapi aroma ayam ni mesti sangat sedap sebab ada herba yang lain dalam masakkan tu. K.ct ni nak masak yang pelik2 ni bimbang anak2 tak biasa nak makan. Tapi kalau Diana nak bagi k.ct rasa boleh jer...hehehe

Tunggu k.ct singgah Ke Labuan lah jawab nya kan..hehehe

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Diana,hubby kak ros pun suka.Maalum la kalau red dates dalam sup memang makanan kegemaran dia orng kan??

Cheq Sue said... Reply

bila baca n3 akak ni kan, macam tengah tgk rancangan masak...macam terbayang2 aje akak dok bagi penerangan... he he he... saya memang teringin nak rasa dry red dates tu...xde ke resepi simple2 kak... :X)

azrinna basri said... Reply

kak diana saya ni silent reader blog akak saya sangat la tertarik dengan resepi braised chicken ni..saya nak tanya kalau kita takde Thermel Cooker kita boleh guna periuk biasa ke?dan mcm mana caranya kalau kita guna periuk biasa?thank akak sebab berkongsi resepi ni..saya mmg suka sangat braised chicken ni.....

ucubakery said... Reply

pada ucu ini makanan ajaib sebab sekejap taruk atas api..pastu angkat taruk kat thermal cooker...lagi satu x boleh bukak sampai 2 1/2 jam...fening kepala ucu nk masak mcm ni...

akan tetapi....hasil dari semua kesusahan tadi (pada uculah ye..) akan menjanjikan satu kenikmatan yang sukar utk dirungkaikan dengan kata2...pasti sedap....:)

Mieza said... Reply

susah juga nak msk ayam ni ye kak d..tapi kalau susah2 mcm ni mesti sedap! dan healthy..mieza suka chinese food..lebih2 kalao kak d yg buat..terliurrrr

Amie said... Reply

Assalam Diana cayangggg,
sedap nampak ayam tu Diana, kalau dah bubuh red dates memang trasa manis buahnya dan harum baunya kan Diana.

Love2cook Malaysia said... Reply

Of late, I'm becoming a fan of your food photos!!! Oooo la la...gojes! :)

Pls share in on Resipi Masakan Ayam on fb when you have the time dear :)

Sheery Dream Cakes said... Reply

ct delima ~
wsalam akak ct cayang..
a'aa akak.. :D. Alhamdulillah kalau ikutkan tekak kami sekeluarga memang menetepi citarasa gitu ler kan.. ooo bole jer tu akak.. kalau akak singgah kat labuan nnt bgtau jer diana k.. ;)

puan ros @ sinaranmenu.blogspot.com ~
yer ker akak... sama ler ngan hubby diana yer.. a'aa akak.. :)

cheq sue ~
hehehe...yer ker cheq sue.. Hehhee.. ^_^.. ermm.. ada.. tgk kat resipi ayam kukus ker.. atau bole juga cuba minuman red date & white fungus tu cheq sue..

norazrinna basri ~
terima kasih sudi singgah kat blog akak yer.. ok bole jer masak atas dapur biasa yer.. cuma mungkin ada sedikit kelainan dari segi keaslian rasanya tu... akak dah update caranya kat atas yer dear.. :)

ucu faridah ~
hehhehe... jgn fening2 akak.. nnt diana masak kan jer yer.. diana bg jer kat akak ;)..
a'aa akak.. mmg betul tu.. masak ngan menggunakan thermal cooker nie keaslian makanan tu memang tak lari.. sedap.

mieza ~
tak juga susah mieza... jika d perhatikan bebetul ianya tersangat ler mudahnya.. Kita hanya perlukan lebih kurang 20 minit jer d dapur lepas tu biarkan jer thermal cooker menjalankan tugasnya.. kita x perlu tunggu tau.. tp kalau nak makan cpt mmg x sempat ler kan.. kena awal ler buatnya.. :)

amie ~
wsalam akak amie cayang..
betul tu akak.. bubuh red dates kat masakn mmg sedap n harum baunya kan akak..

Love2Cook Malaysia ~
hehhe... TQVM Love... Muahsss..
ooo ok dear.. :)

A Taste of Memories-- Echo's Kitchen said... Reply

woww。。。nice!! drooling