Bersua kembali... Petang tadi i sempat buat Congo Bars nie untuk d bawa ke Masjid d kampung i nie.. Hari nie giliran rumah Diana dan jiran² berdekatan untuk membawa juadah untuk jamuan selepas sembahyang Isyak d Masjid.. Alhamdulillah sempat juga buat tadi walaupun dah lewat... Semuanya d sebabkan blackout dari pagi tadi.. Huhuuu.. Buat 2 adunan tadi... 1 adunan untuk d makan sendiri.. :). Kali nie pun Diana ada olah sedikit sebab malas nak keluar rumah hari nie nak membeli bahan yang d perlukan... dah ler blackout.. hujan lebat pula tu... Nasib baik ada choc kat rumah nie.. Boleh juga gantikan choc chip kan... Ampun Akak Nor... boleh yer akak Diana olah sedikit mengikut bahan yang ada... Terima kasih akak... ❤
:: Nie ler bahan² yang Diana gunakan kali nie bagi menggantikan choc chip... Hehehe ::
Kalau nak tengok entri lepas boleh Klik kat SINI yer... Tapi tak per Diana c&p lagi kat sini yer..
:: Sumber ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )
:: Salin dari Majalah Jelita Keluaran April 2011
:: Olahan d dalam tulisan merah
Bhn²
220 gm gula perang ( kali nie Diana guna gula perang yang warnanya gelap sedikit tu )
150 gm mentega
3 biji telur
1 camca teh esen vanila
315 gm tepung serba guna
2 1/2 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh garam
300 gm serpihan coklat ( Diana guna white choc + milk choc )
Pistachios _ d cincang
Kepingan badam secukupnya
Cara²
- Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam.. Ketepikan.
- Campurkan gula perang bersama mentega d dalam mangkuk besar dan kacau rata ( menggunakan whisk ).
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
- Kemudian bubuh esen vanila dan gaul.
- Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam yang telah d ayak tadi dan kacau lagi.
- Bubuh serpihan coklat ( white choc + milk choc ) serta pistachios dan gaul rata menggunakan spatula.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas kertas minyak dan berlengser mentega serta d taburkan sedikit tepung.
- Ratakan adunan dan taburkan kepingan badam d atasnya.
- Bakar d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 170°C selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.












































