Friday, December 16, 2011

~ Ikan Bersos Hitam...

Diana @ Melley Mey | 9:43 PM | 17 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Tengok gambar ikan kat atas nie rasa geram jer memanjang.. :D.. Apa tak nya kan.. Tadi suruh ler maid tolong potongkan lobak merah tu.. Dah ajar dia dulu cara buat bentuk bunga.. Ingatkan dia masih boleh buat.. Rupanyaaa bunga kelopak 4 jer.. Tu pun kelopaknya tak kemas.. bucunya pun tajam.. Biarkan jer ler .. Hehehhe.. Tapi tak apa ler kan... Comey juga... Hahhaa.. Layaaan... Tukang masak dia hari nie kureng rajin sikit.. Semua serba nak maid tolong potongkan bahan nak memasak tu.. Adeeh!!! Tapi ikan memang sentiasa maid yang tolong siangkan yer.. ;) Apa² pun terima kasih ler kat maid kerana sudi tolong tadi yer..:) Ermm... Esok entah apa cerita pula nie kan ngan tukang masak dia nie.. Ish Isssh Isshhh!!! Heeheehee... Tapi esok memang cuti memasak ler.. ^_^




Ok ler .. Habis cerita si tukang masak dengan maidnya.. Beralih pula kita kat cerita resipi ikan yang sedaaaap sesangaaat nie... Muahsssss 1000x kat Akak Ummi Cayang... Hehhehe.. Love you akak... Memang sedap ar Ikan Bersos Hitam nie.. Daughter ntah berapa kali dia asyik cakap " Sedaaap ler ikan nie mummy... Resipi aunty Ummi kan.. Suka sangat ".. Dia tau sebab tadi masa Diana salin resipi nie guna lappy dia jap.. Hehehe.. Kes malas nak on lappy sendiri ler tu tadi.. Tengok dia ngah online terus ler pinjam kejap kan.. :D. Kepada sesiapa yang belum cuba lagi resipi nie.. Boleh ler cuba yer.. Rugi tau tak cuba.. Memang sedaaap sesangat!!! Sesuai dengan selera kami sekeluarga... Cuma Diana tak bubuh capsicum sebab stock dah habis kat rumah.. Terima kasih Akak Ummi Cayang kerana berkongsi resipi yang sangat sedap nie yer.. Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula yer akak... Terima kasih.. Muahsss 






~ Ikan Tilapia Bersos Hitam...


:: Resipi Oleh ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home ( TQ )


Bahan (anggaran)
1 ekor tilapia sederhana besar - cuci, tos dan kelar2 ( Diana guna jenis ikan lain )
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
3 cm halia - dicincang
2 sudu besar cili kisar/cili giling
2 sudu besar kicap pekat ABC
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh cuka makan
Sedikit air ( +- 1/3 cawan )
Garam dan gula secukup rasa
1/3 biji cili benggala merah - potong dadu
1/3 biji cili benggala kuning - potong dadu
1/2 biji lobak merah - hiris bulat
Daun bawang untuk hiasan


Cara Memasak
  1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak yg banyak dan goreng terendam hingga garing. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan sesuai.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan cili giling dan kacau masak hingga naik minyak sikit.
  4. Masukkan kesemua jenis sos, cuka dan sedikit air. Masak biar mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar kuah pekat sedikit.
  6. Akhir sekali masukkan kesemua sayur dan masak sebentar ( jangan biar sayur terlalu layu ).
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Tuangkan ke atas ikan tilapia tadi rata-rata. ( boleh jugak masukkan sekejap ikan ke dalam kuali dan gaul sebentar ). Hidangkan dengan hiasan daun bawang. Selamat mencuba....!!


Baca Selanjutnya / Read More...

Thursday, December 15, 2011

~ Stew Daging...

Diana @ Melley Mey | 8:05 PM | | 14 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Untuk entri nie Diana tak nak banyak sangat membebel ler yer... Penat + sibuk = tekanan melanda... Huhuu... Memang tak ada idea langsung tapi... Terus jer ler kita tengok resipi yang sedap nie.. Resipi asal dari Resepi Raidah dan Diana ternampak ketika singgah kat dapur Hana.. Dah lama berangan nak buat Stew Daging nie tapi tak buat juga sampai ler semalam hubby ada beli daging kata nak makan stew daging... Nasib baik hubby minta masakan stew daging kan d kala Diana tersangat ler sibuknya.. Maka Nie ler masa yang sesuai untuk masak Stew Daging nie.. 


Pelik eh kenapa masa yang sesuai untuk masak stew daging nie ketika Diana d landa kesibukan? Hehhee.. Ceritanya macam nie.. Ingat lagi tak kat Amway Thermal Cooker? Pasti ingat kan... Dengan adanya Thermal Cooker tu kerja memasak semudah ABC.. Hehhee.. Hanya perlu lebih kurang 30 minit jer kita berada d dapur.. Selebihnya tu biar jer Thermel Cooker tu yang menjalankan tugasnya.. Kita yang sibuk nie boleh ler buat kerja yang perlu kan... Tak perlu risau sebab Thermel Cooker nie memasak tanpa kuasa.. Kita nak keluar rumah pun boleh.. Nanti balik dari jejalan boleh ler makan terus.. ;). 


Terima kasih kepada empunya resipi dan Hana kerana berkongsi resipi yang sedap nie.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer.. Terima Kasih.. Muahsss 


:: Resipi Oleh ~ Resepi Raidah ( TQ )
:: Sumber ~ c&p dari Hana @ HaNa's FamiLy  dan semua yang pernah mencuba resipi nie yer.. ( TQ )


Bahan²
500gm daging lembu / kambing ~ bersihkan dan potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih ( jgn hiris / potong, sebiji² )
2 sudu pes bawang _ ** resepi di bawah
1 batang lobak merah ~ potong dalam 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
2 helai daun bay
2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya


Cara²
  1. Panaskan minyak di dalam periuk tekanan ( pressure cooker ) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  2. Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  3. Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam ( kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit ).
  4. Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20 minit atau sehingga sayuran empuk / lembut.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
:: Nota Kak Raidah~
*** Saya tidak menggunakan sebarang perasa ( MSG/stok ayam ) dalam masakan saya. Saya menggantikan dengan gula serta menggunakan bawang yang banyak dalam setiap masakan.





~** Resipi Pes Bawang...


:: Resipi Oleh ~ Resepi Raidah ( TQ )


Bahan²
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara²

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dalam pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul² masak.
  5. Pes bawang ini boleh disimpan... taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.
:: Nota Hana ~
*** Untuk pes bawang, Hana cuma goreng bawang besar + bawang putih dalam setengah cawan sehingga jadi bawang goreng then blend.. kemudian tumis dengan bahan² lain seperti arahan resepi.



:: Cara Diana pula dengan menggunakan kaedah Thermal Cooker ~
  1. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau hingga daging keperangan.. Kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Letakkan periuk dalaman Thermal Cooker di atas dapur biasa dan panaskan sedikit minyak ( Diana guna minyak zaitun ) dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun bay sehingga terbit aromanya.
  3. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum.. Kacau rata.
  4. Masukkan daging dan kesemua bahan² dan gaul rata.. ( jika menggunakan thermal cooker .. tambahkan 1 1/4 cawan air sahaja.. Kalau nak bubuh lebih pun boleh.. terpulang pada selera masing² ).
  5. Sesuaikan rasa kemudian tutup penutup periuk dalam dan renih selama 10 minit d atas api sederhana.
  6. Kuatkan api dan renih lagi selama 5 minit.. Matikan api dan pindahkan periuk dalam ke dalam periuk luaran dengan keadaan periuk masih bertutup ( jangan buka penutup periuk dalaman tu yer ).
  7. Setelah itu tutup penutup periuk luaran dan biarkan ia memasak termal tanpa kuasa selama 3 - 4 jam.
  8. Setelah 3 atau 4 jam bolehlah d buka penutup periuk dan gaul rata.
  9. Sedia untuk dihidang.
  10. Nak tengok step by step cara penggunaan Thermal Cooker nie Klik kat  SINI yer.



Baca Selanjutnya / Read More...

~ Braised Chicken...

Diana @ Melley Mey | 9:24 AM | | 10 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Beberapa hari tak dapat bersiaran.. Bertambah lagi ler menu yang tertangguh untuk d kongsi bersama yer.. Huhuuu... Rindu kepada semua tau.. Pagi khamis yang melesukan bagi Diana.. Ermmm... Lebih tepat lagi ianya minggu yang amat melesukan... Buat sebaris ayat.. Lepas tu termenung banyak... Sambung lagi dan termenung semestinya.. Hahhaaaaa.... Bila nak habis eh? Adeeh!! 


Ok ler tak nak ler kan melayan kelesuan nie berpanjangan.. Nanti 1 entri nie berjam² baru siap.. Silap² esok baru dapat publish kang... hehee... Ermm.. Pagi nie Diana nak kongsikan resipi Braised Chicken yang Diana masak beberapa hari yang lepas... jadi ayam nie dah lama licin yer.. ;). Hubby sememangnya suka makan braised chicken bersama halia, Qi Zi dan Red Dates... Diana lagi ler suka kan makan red dates nie... Suka sesangat.. Kenal tak rupa red dates nie sebelum d masak? Kenal kan... Tapi Diana tunjukkan juga ler kat sini yer..
::  Dried Red Dates yang telah d buangkan bijinya.. Ianya boleh d dapati d pasaraya atau kat kedai² yang menjual herba cina  ::

::  Nie pula red date yang telah d masak..  ::

Sekarang masa untuk selongkar resipinya yer.. Diana biasanya akan masak menggunakan Amway Thermel Cooker .. Tapi nak masak d atas dapur biasa pun boleh .. Cuma mungkin ada kelainan sedikit dari segi rasanya tu.. Jika menggunakan Thermel Cooker nie keaslian / kemanisan sesuatu makanan tu tidak akan hilang... Sedap jer rasanya.. :). Jom tengok cara penyediaannya...

::  Letakkan periuk dalaman Thermal Cooker d atas dapur biasa.. Panaskan minyak d dalam periuk dalaman dan tumis halia sehingga wangi.. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.. Kemudian masukkan kesemua bahan² ::

 ::  Kacau rata dan tutupkan penutup periuk dalaman.. Renih selama 15 minit d atas api sederhana ( Jangan sesekali membuka penutup periuk dalamannya tu yer )  ::

::  Tutupkan api dan pindahkan periuk dalaman ke dalam periuk luaran Thermal Cooker dengan keadaan masih bertutup ( jangan buka penutup yer ).. Biarkan ia memasak thermal tanpa kuasa selama 2 - 2 1/2 jam ( semasa tempoh memasak thermal tu jangan buka penutup thermal selama 2 jam yer ).. Setelah 2 jam baru boleh buka penutupnya tu atau lebih dari 2 jam sehingga masa yang kita kehendaki ::

::  Setelah 2 jam atau lebih boleh ler d buka penutupnya dan gaul rata.. Sedia untuk d hidang  ::


Bahan²
1.3 kg ayam _ dipotong kecil
1 tbsp qi zi
25 biji red dates
100 gm halia muda _ d hiris kasar
Sedikit minyak zaitun

Bahan² A
2 tbsp sos tiram Maggi
1 tsp kicap cair Loon Kee
1 tsp kicap pekat Loon Kee
1 tsp kicap pekat Yot
1/2 tbsp gula
1 tbsp minyak bijan
1/2 tbsp tepung jagung + sedikit air
Garam secukup rasa
Air secukup kegunaan ( Jika menggunakan Thermel Cooker bubuh 3 tbsp air sahaja yer )

Cara²
  1. Letakkan periuk dalaman Thermal Cooker di atas dapur biasa.. Panaskan minyak di dalam periuk dalaman dan tumis halia sehingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan² dan gaul rata.
  4. Tutup penutup periuk dalaman dan renih selama 15 minit di atas api sederhana sehingga mendidih Jangan sesekali membuka penutup periuk dalamannya tu yer ).
  5. Tutupkan api dan pindahkan periuk dalaman ke dalam periuk luaran Thermal Cooker dengan keadaan masih bertutup ( jangan buka penutup yer ). 
  6. Biarkan ia memasak thermal tanpa kuasa selama 2 - 2 1/2 jam ( semasa tempoh memasak thermal tu jangan buka penutup thermal selama 2 jam ).
  7. Setelah 2 jam bolehlah dibuka penutupnya atau lebih dari 2 jam sehingga masa yang kita kehendaki.
  8. Kacau dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.


::  Update ~


Memasak menggunakan kaedah dapur biasa...

  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis halia sehingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan² dan gaul rata.
  4. Tutup penutup periuk dan renih sehingga ayam empuk di atas api kecil.
  5. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.


Baca Selanjutnya / Read More...

Monday, December 12, 2011

~ Nasi Goreng Simple...

Diana @ Melley Mey | 2:29 PM | 19 Comments so far

Assalamualaikum dan bertemu kembali... Sebelum tu Diana nak mohon maaf sebab belum ada kesempatan nak BW lelama lagi.. Ingatkan semalam nak BW sekejap namun masa tak mengizinkan.. Huhuu... Harap sangat malam nie dapat BW ke blog kekawan.. Pasti banyak entri menarik yang Diana terlepas kan... Maaf sesangat.. Nie pun hanya sempat update entri nie jer... Lepas tu kena offline balik... Huhuu... 


Sabtu lepas Diana masak nasi goreng nie atas permintaan Yong dan Irfan.. Diana masak ikut selera bebudak gitu ler kan... Irfan memang suka makan jejari ketam.. Dan ianya memang tak pedas :). Jadi jika suka makan yang pedas tu kena ler bubuh cili padi ker... Atau boleh lebihkan serbuk cili tu masa memasak nasi goreng nie yer.. Ok ler.. Apa kata kita tengok resipi Nasi Goreng Simple nie.. 

Bhn²
900 gm nasi putih
4 batang sosej _ dihiris
6 batang jejari ketam ( saiz kecil ) _ d carik².. ( Tak bubuh pun tak apa )
100 gm daging ayam kisar 
1 1/2 genggam udang kering _ d rendam dalam air panas, toskan dan d tumbuk kasar
100 gm corn kernels
2 biji telur
1 tsp serbuk cili
2 tsp gula atau secukup rasa
Minyak untuk menumis


Bhn² A ( Dicincang )
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar


Bhn² B
1 tbsp sos tiram Maggi
1 tsp kicap cair Loon Kee
1 tsp kicap pekat Loon Kee
1 tsp serbuk lada putih
2 tsp perencah pati ikan bilis Tumix
1 tsp minyak bijan
Garam secukup rasa




Cara²

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan A sehingga wangi.
  2. Masukkan udang kering, serbuk cili dan gula.. Tumis lagi hingga garing.
  3. Ketepikan sedikit bahan yang ditumis tadi dan masukkan telur satu persatu ( klik SINI untuk tengok caranya ).. Gaulkan bersama bahan yang ditumis tadi.
  4. Kemudian masukkan sosej, daging ayam kisar dan jejari ketam.. Gaul dan masak seketika.
  5. Masukkan bahan B dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan nasi dan gaul rata kesemua bahan.. Sesuaikan rasa.
  7. Angkat dan hidang.





Baca Selanjutnya / Read More...

Sunday, December 11, 2011

~ Kari Udang Aromatik...

Diana @ Melley Mey | 11:16 AM | 9 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Ermm.. Nie nak bagitau nie.. ;).. Diana dah buat page untuk Glossary  yer... Nie untuk memudahkan lagi kepada sesiapa yang ingin mengenali sesuatu bahan tu yer.. Tapi tak ada ler penerangan yang panjang lebar tentang bahan tu.. Cuma lebih kepada gambar / rupa bahan tu jer pun.. :).. Terima kasih kat Noorsha kerana mencadangkannya kepada akak yer Sha.. Cayang Sha.. Muahssss !!!!


Baik ler.. Berbalik kepada cerita asal.. Kari Udang Aromatik nie Diana masak 3 hari yang lepas kalu tak silap... Entri tertangguh lagi ler nie kan.. Hehhehe.. D sini Diana gabungkan daun kari dan daun pandan dalam resipi nie.. Tu ler kenapa Diana beri nama Kari Udang Aromatik.. Boleh ler kan nama tu.. ;). Nak tau resipinya jom tengok kat bawah..


Bahan²
1 kg udang bersaiz besar yang telah dibersihkan dan dibelah belakangnya sedikit
2 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
6 tangkai daun kari
2 biji cili merah _ dihiris kasar
Minyak untuk menggoreng


Bahan² Perap
1 tbsp minyak bijan
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp serbuk lada putih
1/2 tbsp serbuk ketumbar
2 tbsp tepung jagung
1 tbsp gula
Garam secukup rasa


Bahan² A
8 ulas bawang putih _ dicincang
4 ulas bawang merah _ dcincang
2 biji bawang besar _ dicincang
4 batang serai _ dititik


Bahan² B ( Campurkan )
2 tbsp sos tiram Maggi
1 tbsp kicap cair Loon Kee 
2 tbsp sos pedas berkicap AgroMas
3 tbsp rempah kari ayam dan daging Baba's
Sedikit air panas
Gula secukup rasa


Cara²
  1. Gaul udang bersama bahan² perap selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak d dalam kuali dan goreng udang sehingga masak.. Angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain panaskan sedikit minyak dan tumis bahan² A sehingga terbit aromanya.
  4. Kemudian masukkan bahan² B dan tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daun kari, daun pandan dan cili merah.. Tumis sehingga wangi.
  6. Masukkan udang yang telah d goreng tadi dan gaul rata.
  7. Tutupkan api dan hidang bersama nasi putih panas.






Baca Selanjutnya / Read More...

Saturday, December 10, 2011

~ Flourless Chocolate Marble Cheesecake...

Diana @ Melley Mey | 11:34 AM | | 9 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Hari nie Diana nak kongsikan resipi Flourless Chocolate Marble Cheesecake sekali lagi... Dulu dah pernah kongsikannya kat sini .. Cuma kali nie Diana buat ianya seperti berlapis gitu.. Tak buat versi marble... Irfan memang suka kek nie jika tak d marblekan.. Tu yang Diana tak marblekannya tu.. :). Kek nie fav Irfan... 1 adunan nie dia dapat makan separuh semasa ianya masih suam lagi.. 1 adunan nie tak ler banyak sangat sebenarnya..  


Masa nak ambil gambar nie pun Irfan dah makan suku dari 1 adunan tu tau.. Tengok ler kat gambar kat atas nie.. Hehhehe... Ketika tu pun Irfan bising² tak nak bagi mummy dia nie ambil gambar.. Sebab dia kata nak tambah lagi.. Hahhahaa.. :). Kek nie memang agak lembik yer bahagian dalamnya.. Ianya sedap juga d makan ketika kek nie dah d simpan d dalam peti ais semalaman... Terpulang pada selera masing².. Irfan dan Diana memang suka makan kek nie masa ianya masih suam gitu.. Hubby pula suka makan yang dah bermalam d dalam peti ais... :)


Kalau kita potong kek nie semasa ianya masih suam lagi.. Sememangnya agak sukar nak keluarkannya yer.. Potongan memang tak kemas macam gambar kat atas nie.. Ianya memang agak lembik mcm nie tau.. Jangan pula nanti ada yang ingat kek nie belum masak lagi yer.. Hehehhe... Kalau nak dapatkan potongan yang kemas dan cantik kena ler simpan d dalam peti ais sekurang²nya 6 jam.. :). Tapi Diana dan Irfan pasti akan makan banyak ketika kek nie masih suam lagi :D.


Gambar yang nie pula adalah kek yang telah d simpan semalaman d dalam peti ais.. Nampak agak padat sedikit berbanding dengan yang belum d simpan d dalam peti ais tu kan.. Kalau nak tengok versi lepas boleh ler klik kat SINI yer.. Yang versi lepas nie pula Diana pun tak marblekannya sangat.. Masih mengekalkan kek tu nampak berlapis.. Tapi hanya 2 lapisan jer.. Kali nie Diana buat kek nie nampak 3 lapisan.. Baik ler mari kita tengok resipinya..


:: Resipi oleh ~ Agnes Chang ( I Can Bake )
:: Versi Lepas ~ Klik Kat Sini

Bhn²
A
250 gm cream cheese
80 gm gula kastor
1 biji telur
1 tsp esen vanilla

B
300 gm coklat masakan
150 gm mentega / margarine

C
3 biji telur
1/8 tsp garam ( Kali nie Diana bubuh secubit garam )
50 gm gula kastor

Cara²
  1. Pukul A sehingga sebati ( creamy ) dan ketepikan.
  2. Panaskan B d atas api kecil dan sentiasa menggaul sehingga ianya lembut. Sejukkan dan ketepikan.
  3. Pukul C sehingga kembang dan gebu.. masukkan B dan gaul menggunakan sudu / spatula sahaja sehingga sebati.
  4. Tuangkan adunan kek ke dalam 22 cm / 9" Pyrex square dish.
  5. Kemudian tompokkan adunan keju dan buatkan marble effect.
  6. Boleh juga menggunakan small custard bowls yer.
  7. Bakar menggunakan kaedah steam bake d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 150°C selama 1 jam atau sehingga masak.. Tetapi kat tengah kek tu pastikan ianya masih lembut. 
  8. Biarkan kek sekurang²nya 1 jam d dalam oven dengan pintu terbuka sedikit.
  9. Keluarkan kek dari oven dan sejukkan.
  10. Simpan kek d dalam peti sejuk sekurang²nya 6 jam atau semalaman sebelum d hidang.
  11. Atau boleh juga d makan semasa ianya masih suam.


Untuk mendapatkan lapisan begini.. Tak perlu marblekan adunan kek nie sebelum d bakar.. Hanya tompokkan adunan keju tu d atasnya dan tekan ke bawah. Pastikan adunan keju tu tenggelam yer.. Selepas tu boleh ler d bakar.


Baca Selanjutnya / Read More...

Friday, December 9, 2011

~ Red Date & White Fungus Drink...

Diana @ Melley Mey | 7:24 PM | 8 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Hari nie seharian tak masuk blog.. Sebenarnya hari nie misi merehatkan mata dan minda.. Waah!! Gitu pula yer.. :D. Sejak semalam kepala nie memang terasa sakit sesangat... Letih rasa otak nie.. Tu yang kena berehat seharian nie.. Hari nie seharian tak duduk depan lappy.. Hanya jenguk dari BB jer sekejap.. 


Kenal tak minuman kat atas nie? Pasti kenal kan... Minuman nie sangat baik untuk kesihatan dalaman dan menyejukkan badan.. Diana memang mengamalkan minuman nie.. Bagi yang dah biasa tu memang suka.. Tapi bagi yang belum biasa minum minuman nie mungkin kena juga tengok citarasa masing² yer... Baik ler jom kita tengok cara penyediaannya..



::  White Fungus yang belum dan sudah d rendam  ::






Bhn²
30 biji dried red dates yang telah d buang bijinya
1 keping white fungus _ d rendam dan d potong kecil _ buang bahagian yang keras yer
2000 ml air
Honey Rock Sugar secukup rasa

Cara²
  1. Masukkan red dates, white fungus dan air ke dalam periuk.. Masak d atas api kuat sehingga mendidih.
  2. Kecilkan api ( api paling kecil yer ) dan reneh selama 2 jam.
  3. Masukkan honey rock sugar dan kacau d atas api kuat.
  4. Biarkan ianya mendidih seketika.
  5. Angkat dan sedia untuk d hidang.





Baca Selanjutnya / Read More...