Sunday, January 29, 2012

~ Steamed Boxing Chicken Curry...


Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Untuk resipi seterusnya malam nie Diana nak kongsikan resipi Steamed Boxing Chicken Curry.. Resipi nie Diana ambil dari buku masakan Classic Asian Curry.. Tetapi Diana dah olah mengikut citarasa keluarga Diana... Walau bagaimana pun.. Resipi asal pun Diana ada kongsikan kat bawah tu yer...  Ayam nie sedap d makan bersama nasi putih panas ( ermm .. tu ikut citarasa kami ler yer ).. Apa kata kita semak resipi olahan terlebih dahulu...

::  Masa ambil gambar nie terlupa pula taburkan bawang goreng.. Huhuu.. ::

Bahan² A
8 keping peha ayam ( ambil bahagian bawahnya sahaja ) _ buangkan kulitnya
1 inci halia _ dihiris halus
2 ulas bawang putih _ dicincang
4 biji cili padi _ dihiris
3 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah _ dihiris
175 ml air
Minyak untuk menggoreng dan menumis 


Bahan² B ( Dicampurkan )
1/4 tsp serbuk cili
4 tbsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk kunyit
Sedikit air panas


Bahan² C ( Secukup rasa )
Garam
Gula
Gula melaka
Asam jawa + sedikit air _ buangkan bijinya


Bahan² Perap
1 tsp garam
1 tsp gula
1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk kunyit
1/4 tsp serbuk cili
1 tbsp tepung jagung
1 tbsp tepung beras
1/2 tbsp tepung gandum
1/2 tbsp tepung kastard
1/2 tsp minyak bijan


Cara²

::  Sebelum dikukus  ::
  1. Kerat bahagian hujung peha ayam dan tarik isinya ke bawah ( buat boxing chicken stalks ).
  2. Perap ayam bersama bahan² perap selama 30 minit ( Diana lebih suka memerap ayam tu 20 minit pada suhu bilik kemudian perap di dalam peti ais selama 3 jam ).
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 3/4 masak.. Angkat dan toskan.. 
  4. Susun ayam di atas pinggan yang sesuai.. Ketepikan.
  5. Goreng bawang merah menjadi bawang goreng.. Angkat dan ketepikan.
  6. Tinggalkan sedikit minyak dan masukkan halia, bawang putih dan 2 tangkai daun kari.. Tumis sehingga wangi.
  7. Kemudian masukkan bancuhan bahan² B dan tumis sehingga pecah minyak.
  8. Tambahkan air dan bahan² C.. Biarkan ianya mendidih.
  9. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  10. Angkat dan tuang di atas ayam tadi.
  11. Taburkan hirisan cili padi dan 1 tangkai daun kari.
  12. Kukus ayam sehingga masak.
  13. Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang.
  14. Sesuai dimakan bersama nasi putih panas.
::  Nasib baik yang nie masih sempat tabur bawang goreng.. Baru teringat.. Hehehe...  ::


✿   ✿   


~ Baik ler.. Resipi kat bawah nie pula merupakan resipi asal yer.. :)


:: Resipi Asal Dari ~ Buku Masakan Classic Asian Curry ( TQ )


Bahan² A
8 keping kepak ayam ( ambil bahagian atasnya sahaja ) 
15 gm halia _ dihiris halus
3 biji cili padi _ diketuk sedikit
2 tangkai daun kari
80 gm bawang merah _ dihiris
300 ml air


Bahan² B ( Dicampurkan )
3 tbsp serbuk kari 
1 tsp serbuk kunyit
100 ml air


Bahan² C 
1 tsp garam
1 tsp gula kastor
50 gm gula melaka


Bahan² Perap
1/2 tsp garam
1/2 tsp serbuk kari 
1/2 tsp serbuk kunyit
1 tsp tepung jagung
2 tbsp air
1 tbsp minyak bawang goreng


Cara²
  1. Kerat bahagian hujung dan tarik isinya ke bawah ( buat boxing chicken stalks ).
  2. Perap ayam bersama bahan² perap selama 20 minit.
  3. Panaskan 5 tbsp minyak dan goreng bawang merah menjadi bawang goreng.. Angkat dan ketepikan.
  4. Tinggalkan 3 tbsp minyak dan masukkan halia, bahan² B dan daun kari.. Tumis sehingga wangi.
  5. Kemudian tambahkan air dan biarkan ianya mendidih.
  6. Masukkan cili padi dan bahan² C... Renih selama 5 minit di atas api kecil.
  7. Susun ayam di atas pinggan dan tuang curry gravy di atasnya.
  8. Kukus ayam selama 25 minit atau hingga ayam masak.
  9. Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang.


17 comments:

ibh said... Reply

Sedapnya. . Elok ja posingnya. Sue suka tgk picture food akk tau. . :-)

Zaliedana said... Reply

Kak Diana,sy baru duk selongkar resepi ayam kat dapo akak,sekali klr resepi nih lak,wah nmpk sedap n menarik tuh kak..Sempoi jer tgk ayam tuh posing..

wanie said... Reply

salam k.diana...saya ni masih baru dlm "alam" blog ni...bru nak jinak2...tgok akak punya blog memang bestlah...x tahan x leh nak diet...blh kak diana jd member blog wanie...?

Mas said... Reply

wahhhhhh...peha ayam diboxingkan...
mengeliurkan jerk tau.....
sedapppnya mas tengok ...
rasa nak hulur nasi kosong jerk tau..he3

Mas said... Reply

wahhhhhh...peha ayam diboxingkan...
mengeliurkan jerk tau.....
sedapppnya mas tengok ...
rasa nak hulur nasi kosong jerk tau..he3

ady said... Reply

as-salam Diana
tengok je dah berselera Steamed Boxing Chicken Curry Diana ni..sedapnye..

Sari Yusa Ibrahim said... Reply

aiii.. betul punya nak boxing ni D...

Cheq Sue said... Reply

amboi...bersusun elok aje ayam tu... kecur tetibe nengoknye

Nuridah said... Reply

Diana cayang,

cantik ayam boxing tu berdiri tegak...hehe...sedap nampaknya..

Gee® said... Reply

Diana...nk boxing!!

nuwairani ismail said... Reply

resepi ayam dr blog kak diana memang selalunya sedap sebab bahan perap macam2...rasa rempah2 tu...nani selalu amik resepi ayam dari blog kak diana

Puspha said... Reply

sedap nyer.....

Ummi said... Reply

Assalam Diana cayanggg, rindunyaaaa, meh nak hug sikit pp gebu tu... Eh jgn boxing akak pulak eh, hehe. Kasi ayam boxing tu xpaaa..kecil tapak tangan, kuali akak tadahkan..wahahhaa.. Nampak sungguh menyelerakan laa lauk ni Diana, rajin ke akak nak buat nh...cantik pulak posing ayam ni...x sampai hati nak boxingkan dia...hehehe, muaaahh tuk Diana..

Sue @ Nenie said... Reply

Salam Kak Diana..Cantik betul ayam tu dok posing...

Siti_btp said... Reply

Salam Diana.....Terliur dgn masakan diana..

Mcm nak masuk je dlm skrin ni..
Cantik2 gambarnya..

Akak masih baru dlm blog ni.Nak ambil gambar pun tak tahu....

Anonymous said... Reply

assalam diana, semlm tgk tergoda..terliur sgt2 hehee..hari dpt gak buat..sedap tullh!!!...mekasih ya...cantik2 gmbr masakn diana...klu org tgk pasti tergoda... :) zila66

ummiakid-lily said... Reply

wowwwww...mmg nampak mengoda...dh salinresepi nanti nak cuba...tq Diana...nampak gojes sgt boxing tu...