Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.. Sebelum kita berbicara tentang resipi.. Diana nak ucapkan ribuan terima kasih d atas kesudian anda semua singgah kat blog Diana nie walaupun tuan rumahnya tiada beberapa hari nie.. Juga ampun dan maaf dari Diana kerana belum sempat membalas komen dan BW.. Buat masa beberapa hari nie Diana hanya sempat singgah sekejap tanpa meninggalkan komen sebab masa terluang Diana online hanya sebelah malam.. Sebelah siang pula Diana hanya ada masa sedikit sebelah pagi.. selebihnya tu ada kerja yang menanti untuk d siapkan.. Agak sibuk sedikit masa nie.. Namun bila masa Diana online sebelah malam.. Pasti hujan lebat dan guruh serta kilat sambung menyambung menemani.. Tak berani nak online lelama masa tu.. Sekarang nie pun guruh dah mula berbunyi.. Harap dapat selesaikan entri nie nanti.
Ok ler.. Kali nie Diana nak kongsikan resipi ulang tayang... Tak apa kan? Hehehe... Hari tu masa singgah kat dapur Izah.. Diana terliur tengok Nasi Impit Goreng yang izah masak tu.. Terima Kasih Izah kerana buat akak terliur dan terus teringin nak makan Nasi Impit gORENG.. ;).. Memang dah lama Diana tak buat Nasi Impit Goreng walaupun ada permintaan dari ahli keluarga Diana.. Bukannya apa... Sebenarnya tak berapa rajin nak buat nasi impit tu.. Ermm.. Walaupun tak buat sendiri nasi impit tu.. Hanya beli ketupat segera tu jer.. Heheheh.. Namun kerajinan tu tak dapat mengatasi penyakit M tu... :D. Akhirnya bila Izah tayang Nasi Impit Goreng kat dapur dia.. Baru ler datang seru nak buatnya.. Cuma Diana buat ikut resipi Diana yang ada bubuh lobak asin tu.. Jom selongkar resipinya...
Bahan²
1 bungkus besar ketupat nasi segera Adabi ( 2 bungkus kecil )
8 ekor udang bersaiz besar _ dikupas dan tinggalkan ekornya
150 gm lobak asin ( preserved salted radish )
2 ulas bawang putih _ dicincang
4 tangkai daun bawang ( boleh guna daun kucai juga ) _ dipotong 1 1/2 inci panjang
Sedikit taugeh
2 biji cili merah _ dihiris
5 biji telur
2 tbsp cili kering kisar
Minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk merebus
Bahan² A
2 tbsp sos tiram Maggi
2 tbsp sos cili Maggi
2 tbsp kicap pekat Loon Kee
1 tsp kicap cair Loon Kee
2 tsp sos ikan
1/2 tsp minyak bijan
1/4 tsp serbuk lada putih
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Garam jika perlu
Cara²

- Rebus ketupat bersama air secukupnya seperti arahan pada bungkusan. Setelah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk dan tumis bawang putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis hingga cili masak.
- Masukkan lobak asin dan goreng lagi seketika.
- Setelah itu masukkan bahan² A dan gaul rata.
- Pecahkan telur satu persatu ( seperti memasak telur udang kering dan klik SINI untuk rujuk step by step ) dan gaul rata.
- Masukkan nasi impit / ketupat nasi yang telah dipotong kecil² dan gaul dengan perlahan hingga semua bahan bergaul rata.
- Akhir sekali masukkan daun bawang / daun kucai, cili merah serta taugeh dan gaul.
- Angkat dan hidang.

10 comments:
aduhhh lagi sedap nampak nyer nasi goreng kak D tu. skali imbas tadi ingat kue teow goreng.. akak ipar saya suke bagi lobak asin. tapi tak reti nak makan.. tak kene gaya kot. klau macam ni sedap la ye kak.. haishh bila2 nk try lagi la. sbb ada lagi nasi impit. hehe.. cume lobak asin la tak de. eh panjang lak bebel kat sini.. kiki
Kak Diana. . Sedapnya nasi impit goreng tu kak. Nak try resepi mcm ni kn time raya ja kot. Time2 mcm ni x da nak msk nasi impit. . Heeeeee
Ye lah Izah, ada iras2 kue teow goreng...ermmm bestnyaaaa
@izahdaut
kalu anak2 akak mesti nak bubuh lobak asin campur ngan nasi impit goreng nie izah.. dorg mmg suka sesgt makan nasi impit goreng nie tapi tu ler kena bubuh lobak asin tu.. ermm.. lobak asin tu kalau goreng ngan telur pun ok gak tu.. akak ada juga perna kongsikannya dulu kat sini... http://skybluemelleymey.blogspot.com/2011/01/telur-lobak-asin_10.html
@ibh_sue
Hehehe... kalu time raya tu pasti buat nasi impit kan sue.. mcm akak pun kalu nak rebus ketupat atau buat nasi impit nie hari biasa mmg rajin tu kurang ckit.. hehehehe
@Gee®
ermm.. diana pun baru perasan bila izah cakap mcm tu tadi akak... hehe.. ^_^
Assalam kak, nampak sedap sgt kak..saya tak pernah buat lagi nasi himpit goreng ni teringin lak cuba..nasi himpit ada tapi udang lak tak de nanti dah cukup bhn leh cuba ni..:)
Assalamualaikum Diana,
selalu juga tengok resepi nasi impit goreng, tapi belum pernah cuba buat... tapi memang nak try juga satu hari nanti.
Hai Diana.. Wahhh..meriahnya nasi impit goreng ni. Naz tak pernah buat nasi impit yg digoreng.. Sedap pulak nampak..
kak diana, nasi impit goreng nie kayrul selalu buat time raya jer bila terlebih sudah nasi impit tue
Post a Comment