Tuesday, July 24, 2012

~ Mee Goreng Udang Kering...


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.... Diana ingin mohon ampun dan maaf sebab belum ada kesempatan untuk BW dan terima kasih kerana masih sudi meninggalkan komen dan singgah kat dapur Diana nie... InsyaAllah setelah sembuh sepenuhnya Diana pasti akan aktif seperti biasa... Maaf sesangat tau..

::  Mee Mat Salleh.. Yang nie kira Mee Sanggul gitu ler kan  ::

Baik ler... Untuk entri kali nie Diana tak nak banyak membebel... Terus jer kita tengok resipi yang dah lama tertunggak nie... Resipi simple jer sebenarnya... Resipi nie mengikut selera bebudak kat rumah Diana nie.. Irfan suka makan mee goreng nie... Jom selongkar resipinya...


Bahan²
2 bungkus Mee Sanggul Mat Salleh ( 100 gm sebungkus ) _ dimasak seperti arahan pada bungkusan
2 ulas bawang merah _ dicincang
4 ulas bawang putih _ dicincang
2 biji cili padi _ ditumbuk
2 biji telur
Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas dan tumbuk kasar
1 tsp sos ikan
Kicap pekat manis Cap Ayam secukup kegunaan
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air

Cara²
  1. Masak mee seperti arahan pada bungkusan. Toskan. Gaulkan dengan sedikit kicap pekat manis. Ketepikan
  2. Kemudian panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan pecahkan telur sebiji demi sebiji. Goreng telur hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang sama, tambahkan sedikit minyak jika tidak mencukupi. Masukkan bawang merah, bawang putih serta cili padi dan tumis hingga sedikit garing.
  4. Masukkan udang kering dan sedikit gula. Tumis lagi hingga garing.
  5. Setelah itu masukkan mee dan sedikit air. Gaul rata.
  6. Masukkan perencah pati ayam, sos ikan dan garam secukup rasa.
  7. Goreng sehingga garing.
  8. Sesuaikan rasa dan masukkan telur goreng tadi. 
  9. Angkat dan hidang.


13 comments:

Mas said... Reply

sedapnya me goreng..
apa lagi letak udang kering..
memang bertambah sedappp..
selamat berpuasa kak diana...

Asyifa Mustaffa said... Reply

wah sedapnya !
sy mmg suka mee sanggul nie digoreng, arwah abah sy slalu buat time sahur...dia sukakan kelainan time besahur tu......

Zaliedana said... Reply

Sedap nmpk mee kak diana tuh..agaknyer mee mat saleh xde kat semenanjung eks,sbb xpernh nmpk,ermm ke sy yg xpasan,huhu..Mee ke bihun goreng ltk udang kering mmg sdp kan kak diana..

Qasey Honey said... Reply

asslm Kak Diana cyggg...bykkan berehat yer kak...semoga cepat sembuh...sedap tgk mee sangul goreng tu...mnarik resepi ni...

missina said... Reply

nmpk simple dan sedap jer,,kene try ni nanti,,nyummy

Tina Othman said... Reply

sedapnya kak diana, moga cepat sembuh ye

Gee® said... Reply

hari ini nak cuba resepi mee goreng Diana ni lah... mekacih D...

laskar pelangi said... Reply

Ades...terliur..Hihihi:)

LinRosly said... Reply

Assalamualaikum Diana:)
Salam Ramadhan;
Sedapnya...terliur Kak Lin..

Eny Yusnizar said... Reply

I dapat rasakan mee ni sgt sedap sebab flavour udang kering tu mmg special.. gonna try this one day :)

Anonymous said... Reply

I am so much excited after reading your blog. Your blog is very much innovative and much helpful.

Indonesia Eats said... Reply

Looking so sedap!

azrina albat said... Reply

sedapnya...terus rindu kampung..sb mama sy suka bt macam ni..nanti nak try la