Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Alhamdulillah.. Bersua lagi kita di alam maya pada entri kali nie.. Diana mohon ampun dan maaf kerana masih belum sempat BW serta aktif berblog seperti biasa... InsyaAllah sedikit masa lagi jika diizinkan pasti SBK akan aktif seperti biasa... Terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan memberi komen kat SBK nie walaupun tuan rumahnya tiada.. Terima kasih.. Sayang anda semua..
Baik ler tanpa membuang masa.. apa kata kita terus jer tengok resipi terbaru dari SBK untuk kali nie.. Ayam Mentega Udang Kering nie Diana masak beberapa hari yang lepas.. Mungkin kepada sesiapa yang inginkan kelainan dalam citasa untuk menu ayam nie.. Boleh ler mencubanya.. Anda boleh ler mengolah mengikut citarasa keluarga anda yer.. tiada masalah pun.. :). Diana harap menu terbaru dari SBK nie akan memenuhi citarasa kepada pengemar udang kering dan ayam.. InsyaAllah.. :). Selamat mencuba... ;)
Bahan²
550 gm isi ayam _ ( Diana guna peha ayam yang dibuang kulit dan tulangnya )
1 biji bawang besar _ 1/2 biji dipotong dadu halus dan 1/2 biji dihiris menyerong
4 ulas bawang putih _ dicincang
3 tangkai daun kari _ dihiris / dicincang
3 biji cili padi _ dihiris / ditumbuk _ ( boleh dikurang atau ditambah mengikut citarasa masing² )
2 biji telur _ dipukul ringan
Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas, toskan dan ditumbuk kasar
50 gm mentega
Minyak untuk menggoreng
Bahan² A ( Bahan Perap )
1 tbsp sos tiram Maggi
1/2 tbsp sos lada hitam Maggi
1 tbsp sos cili Maggi
1/2 tsp seasoning maggi
1 tsp gula
1/2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp ubi kayu
1/2 tbsp tepung beras
1 tsp daun basil kering
1/4 tsp perencah pati ayam Tumix
1/2 biji telur yang dipukul ringan
Bahan² B
1 1/2 tbsp sos cili Maggi
1 tbsp sos tomato Maggi
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula melaka secukup rasa
Garam jika perlu
Cara²
- Gaulkan isi ayam bersama bahan² A ( bahan perap ) dan perap selama 1 jam ( Diana perap 1 1/2 jam, lebih lama kita perap lebih elok ).
- Kemudian goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Cairkan mentega di dalam kuali. Setelah mentega panas masukkan 2 biji telur yang telah dipukul ringan ( buat seperti kita buat untuk udang mentega ). Setelah garing angkat dan toskan. Ketepikan.
- Di dalam kuali yang sama, masukkan bawang putih dan bawang besar yang dipotong dadu. Tumis hingga wangi.
- Kemudian masukkan udang kering serta cili padi dan tumis lagi hingga garing.
- Setelah itu masukkan daun kari dan tumis seketika.
- Masukkan bahan² B dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam goreng tadi dan hirisan bawang besar.
- Gaul dan masak seketika.
- Masukkan telur goreng dan gaul rata.
- Angkat dan hidang bersama nasi putih panas.




17 comments:
sedapnya kak diana, nanti boleh try
Diana...semerbak baunya smpi ke rumah k.gee... sedapnyaaaa
Yummy.. gmbar nye cantek !
cantik gambar....pakai kamera apa eh...
alahai...terliur ;)
nanti nak cuba lah resepi ni
gambar pun cantik je~~
As'salamualaikum Kak Diana...
Menyelerakan sungguh lauk Ayam kak Diana. Nasib baik puasa! Dugaann~~
hehehe . . .
Assalamualaikum Diana cayang...apa khabar? Amboiii tenggelam timbul dia, mesti byk berbuka kat hotel lagi tahun ni...bestnya gantung piyuk kuali sesekali...hehe.. Selamat Berpuasa dan semoga Diana sihat2 sahaja hendaknya yea...muaahhh
Huwaa sedapnya ayam ni kak! Masuk list gak...
Semalam, love buat lagi ayam mentega rangup akak tuh! Dah sinonim with my kids :)
@Tina Othman
terima kasih tina kerana sudi nak cuba.. :)
@Gee®
hehhee... kalau rumah kita dkt dah diana bagi sepinggan tuk akak tau.. ;)
@Ikhwan Suhaimi
terima kasih ikhwan.. biasa2 jer tu.. ;)
@SURIA AMANDA
terima kasih suria.. Diana hanya guna Nikon D90.. boleh baca entri tu kat link nie yer..
http://skybluemelleymey.blogspot.com/2012/06/kamera-mesti-mahal-tau.html
@laskar pelangi
terima kasih laskar pelangi.. :)
@Nina Mirza
wsalam nina..
hehee... terima kasih nina... ;)
@Ummi
wsalam akak ummi cayaaang lagi d rindui... Alhamdulillah semakin sihat hari nie akak.. diana pun berdoa moga akak pun sihat sejahtera hendaknya sentiasa.. hehhee.. thn nie hanya tapau jer akak... kekdg jer masak.. InsyaAllah jika ada yang diana masak pasti akan diana kongsikan bersama.. entri akak pun diana tgk semuanya menyelerakan.. dah byk diana ketinggalan.. nnt diana BW yer akak cayaaaang.. muahssssss
@♥LOVE2COOK MALAYSIA♥
terima kasih love... gembira bila dgr anak2 love suka ngan ayam mentega rangup tu.. terima kasih sekali lg kerana sudi mencuba yer love.. ;)
As salam. Gambar yg sgt cantik.
Post a Comment