Tuesday, September 4, 2012

~ Cashew Nuts And Coconut Cupcakes...

Sheery Dream Cakes | 9:48 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sayang... 

Diana mohon maaf sekali lagi sebab belum ada kesempatan untuk BW dan membalas komen yang ada... Niat di hati nak buat hari ni.. Namun line tenet tenat pula... Nak online pun memang tak dapat... Seharian tak dapat nak online.. Nak guna hp memang agak malas.. Kecil sangat... Nasib baik malam ni line dah ok dah...

Malam ni Diana nak kongsikan resipi cupcake yang Diana buat pada petang Ahad lepas... Saja buat untuk menghilangkan kebosanan.. Baik masuk dapur buat cupcake kan.. ;). Jadi.. Ni ler hasilnya.. Jom selongkar resipinya... 



CASHEW NUTS AND COCONUT CUPCAKES

Bahan-Bahan  
  • 6 biji telur
  • 2 cawan mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/4 cawan gula kastor _ ( Jika nak manis sedikit boleh bubuh 1 1/2 cawan )
  • 2 tsp baking powder
  • 1 cawan biji gajus goreng yang dikisar halus
  • 6 tbsp kelapa parut kering _ ( Dibahagi kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna kuning, merah dan hijau pada setiap bahagian. Kemudian jemur seketika hingga ianya kering )
  • 2 tsp esen pisang

Cara-Cara
  1. Ayak tepung bersama baking powder sebanyak tiga kali. 
  2. Campurkan kelapa parut kering yang telah diwarnakan serta biji gajus goreng kisar ke dalam tepung tadi. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama gula kastor hingga kembang.
  4. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang dan gebu.
  5. Setelah itu masukkan esen pisang dan pukul sebati.
  6. Masukkan campuran tepung tadi dan pukul rata.
  7. Isikan adunan kek ke dalam cawan kertas sehingga 3/4 penuh.
  8. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 20 - 25 minit atau sehingga kek masak ( bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing).
  9. Hias dengan Mascarpone Cream Frosting ( rujuk resipi di bawah ) atau krim kegemaran.


Mascarpone Cream Frosting...

Bahan-Bahan
  • 175 gm mascarpone cheese
  • 75 gm mentega _ unsalted ( pada suhu bilik )
  • 3 tbsp gula aising
  • Secubit garam
  • 1/3 tsp lemon paste

Cara-Cara
  1. Pukul mascarpone cheese dengan mentega hingga sebati.
  2. Masukkan gula aising dan pukul lagi hingga adunan lembut.
  3. Masukkan garam dan lemon paste. Pukul sebati.
  4. Sedia untuk digunakan





13 comments:

ibh_sue said... Reply

Asslmkum kak
Mmg internet dr sblum raya hr tu sampai sekarang amat mengecewakan. Sue pun payah betul nak BW jg.
Apa2 pun cupcake akk tu nampak sgt sedap. Kak! Rindu gambo2 food akk yg cantik itu. :)

Mas said... Reply

selamat hari raya kak diana...
rajinnya buat cupcake..
cantikkk

Kak Sam said... Reply

Subhanallah. cupcake yang cantik atau gambarnya kah? sangat...sanngat...sangat santek

Qasey Honey said... Reply

asslm Kak Diana cyggg...lama x ke sini...windu nk tgk gmbo2 dr sini yg cantik2 tu...

sempurna sggh cc tu kak...kemas n mnarik..

Naz / Nadz COSK said... Reply

Assallamualaikum Diana..

Diana, cantik la swirll atas cuppies tu.. Cantik kejadiannya...

ijayuji said... Reply

Salam kakak cantek!! Cc tu mmg cantekkk mesti rasa dia pun super sedap, bestnya klu ddk berjiran ngan akak :D

Mat Gebu said... Reply

Gojessssssssssssssssssssssssss...ala mcm mana nak makan ni, lawa sangat..

Tina Othman said... Reply

selamat hari raya kak diana

cantiknya frosting dia, susah tu nak dpt frosting stabil mcm tu sebab guna cheese kan

Mieza said... Reply

Lama mieza tak dtg sini...tak sempat...rindu nyer nak tgk akak masak..nampak sedap sgt cc ni...harus dicuba nnt ye kak :)

nOOrsha said... Reply

waah cantik sgt cuppies akk tu..cheese frosting tu mmg x thn tgk..sedapnye :)

LinRosly said... Reply

Assalamualaikum Diana :D

Alahai! cantiknya Cup Cake ni...sayangnya nak makan...hehehe

Shana' said... Reply

Salam ziarah Diana. Saya baru je terjumpa dan berjinak2 dgn blog Diana ni. Sangat best, banyak ilmu bermanfaat dan gambar cantik2. *Macam dah addicted pulak ni...*. Sudi2lah jenguk my blog yang tak seberapa pun di: shana-alhana.blogspot.com

Jun Cupcakekasih said... Reply

beautiful picture and cupcakes tu mesti sedap...