Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.. Bersua kembali kita di entri kali ini.. Memang tak Diana duga yang hari ini ada lagi entri terbaru.. Walaupun belum sihat sepenuhnya.. Hati ini bagai digaru bila ada sesuatu yang hendak diambil gambar tu tidak dilaksanakan.. Ermm... Photography dan diri ini memang sukar untuk dipisahkan.. :). namun gambar yang diambil kali ini memang kurang memuaskan sebab faktor tersilap setting semasa mengambil gambar ini.. Sebenarnya kamera tu telah di set kepada setting untuk daughter.. Lupa pula nak ubahkannya.. Adeeh.. Terus sahaja ambil gambar tanpa segan.. Hahaaa ( ketawa dalam hati menandakan orang yang baru nak sembuh dari sakit ).. Hihiii..
Oleh kerana hari ini ada sedikit kelapang waktu sebab Diana cuti memasak.. Jadi Diana ambil peluang ini untuk edit gambar untuk dikongsi bersama walaupun bagi Diana ianya tak cukup memuaskan sebab kalau dah tersilap setting semasa mengambil gambar.. Nak mengedit gambar tu pun mood ke laut jadinya.. Haih!! Apa² pun kita layan sahaja lah ya.. Heheee.. Sementara tu kita layan juga lah resipinya sekali.. Cuma Diana guna kelapa parut kering tu sahaja.. Resipi asal menggunakan hawaii desiccated coconut.. Namun rasanya tetap sedap ( bagi selera kami sekeluarga ya.. lain orang lain pula selera mereka kan ).. Jom semak resipinya..
~ Hawaii Butter Cake...
:: Resipi Oleh ~ Kevin Chai ( BUTTER CAKE _ I Love Butter Cake Too 2 ) _ TQ
:: Blog ~ Bake With Kevin Chai
Ingredients
250 gm butter
200 gm caster sugar
4 eggs
250 gm plain flour
5 gm baking powder _ ( Diana bubuh 1 1/2 tsp )
100 ml coconut milk
50 gm hawaii desiccated coconut _ ( Diana guna kelapa parut kering )
Method
- Preheat oven to 160°C, grease and line a 18 cm ( 7-in ) baking pan.
- Beat butter and sugar until creamy. Add in eggs, one at a time, beating well after each addition.
- Fold in sifted flour and baking powder, alternately add in coconut milk and desiccated coconut, mix to forms batter.
- Spread batter into prepared pan.
- Bake in oven for 50 - 60 minutes or untill cooked.















