Monday, March 18, 2013

~ Acar Ayam...

Sheery Dream Cakes | 8:38 AM | |
Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. 

Moga pagi ini membawa kecerian untuk semua. Untuk entri kali ini masih lagi merupakan entri tertangguh. Memang buat masa sekarang ini Diana agak sibuk sedikit. Ada lagi beberapa resipi yang menunggu giliran untuk dikongsi bersama di sini. Ada kelapangan nanti Diana update di sini ya. Apa kata kita semak dulu resipi Acar Ayam ini. 


ACAR AYAM

Bahan-Bahan
  • 12 - 15 ketul kecil ayam goreng ( ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit kemudian digoreng )
  • Acar timun_ ( resipi rujuk di bawah ) 

Cara-Cara
  1. Masukkan ayam dengan acar ke dalam kuali / periuk dan gaul rata. Masak seketika.
  2. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  3. Angkat dan hidang bersama nasi putih panas.


ACAR TIMUN

Bahan-Bahan A
  • 280 gm timun yang telah dibuang tengahnya dan dipotong 3 cm panjang
  • 180 gm lobak merah yang telah dikupas kulitnya dan dipotong 3 cm panjang
  • 1 biji cili hijau _ buangkan biji dan hiris panjang
  • 1 biji cili merah _ buangkan biji dan hiris panjang
  • 10 ulas bawang merah ( pilih yang bersaiz kecil )
  • 10 ulas bawang putih 
  • Sedikit biji bijan panggang
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Cuka secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan-Bahan B ( Kisar Halus )
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 gm belacan
  • 1 batang serai
  • 15 tangkai cili kering
  • 2 biji buah keras
  • 1 1/2 cm lengkuas

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk. Tumiskan bahan kisar bersama sedikit serbuk kunyit hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan cuka, gula dan garam secukup rasa. Biarkan ianya mendidih seketika.
  3. Masukkan kesemua bahan kecuali biji bijan panggang. Gaul rata.
  4. Setelah ianya masak bolehlah ditutupkan api dan taburkan biji bijan panggang.
  5. Sedia untuk dinikmati atau dicampur dengan ayam goreng atau ikan goreng.




5 comments:

Gee® said... Reply

Waaa....sedapnya acar makan dgn nasi tomato... mengancam la Diana!

Nooriah Abdullah said... Reply

wah sedapnya boleh di pelbagaikan acar ni kan dari sayur ke ayam mmg terbaik ni boleh try suatu hari akak copy resepi ya

rahel said... Reply

wah...mengancam...

Anis's Journal said... Reply

Assalamualaikum.. kak diana, mcmmana saye nk follow blog akak ni, semue resepi sedap2, tq..

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Anis's Journal

Wsalam... Boleh je klik kat -> JOIN THIS SITE ...