Monday, February 10, 2014

~ Tiramisu...

Sheery Dream Cakes | 9:41 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... Dua minggu ini merupakan minggu yang amat memenatkan... Meletihkan!! Tiada daya untuk mengupdate blog juga berfb... Hari ini juga bermulanya persekolahan selepas sambutan Tahun Baru Cina buat anak kecil Diana... Bertambahlah sibuknya Diana kan kan... :)

Baiklah.. Tidak ada apa yang menarik hendak diceritakan... Hanya untuk berkongsi resipi Tiramisu yang entah berapa kali sudah Diana buat... Tetapi baru hari ini berkesempatan untuk kongsikannya bersama anda semua... 

Sebenarnya resipi ini kepunyaan Dr.Ezani ( MasterChef Malaysia ) ... Terima kasih buat Dr.Ezani kerana sudi berkongi resipi Tiramisu yang mudah dan sedap ini ... Izinkan akak kongsikannya di sini pula ya.. TQ!



Resipi Oleh ~   Dr.Ezani ( MasterChef Malaysia )  ( TQ )


TIRAMISU

Bahan-Bahan
  • 3 biji telur
  • 1/3 cawan gula kastor
  • 250gm cheese mascarpone
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 300ml krim masakkan
  • 1 bungkus biskut “ Lady’s finger ”
  • 2 cawan kopi
  • Coklat hitam
  • Serbuk coco


Cara-Cara
  1. Asingkan putih telur dan kuning telur. 
  2. Isikan air ke dalam periuk kecil dan didihkan. 
  3. Pukul kuning telur bersama gula menggunakan pemukul elektrik di dalam mangkuk. Teruskan memukul kuning telur di atas periuk yang dididihkan air tadi ( double boiler ) sehingga kembang dan kental.
  4. Alihkan dari double boiler, biar sejuk seketika. 
  5. Masukkan cheese Mascarpone dan pukul hingga sebati. Masukkan sedikit esen vanilla.
  6. Untuk memukul krim sehingga kembang, masukkan krim di dalam mangkuk dan letak di dalam peti sejuk beku untuk 5 minit. Ini memudahkan krim kembang bila dipukul. Pukul krim sehingga kembang dan kental.
  7. Kaup balikkan krim ke dalam adunan telur dan mascarpone perlahan-lahan sehingga sebati.
  8. Selepas itu, pukul putih telur menggunakan pemukul elektrik sehingga kembang dan kental. Menggunakan teknik yang sama dengan krim tadi, kaup balikkan putih telur ke dalam adunan.
  9. Sekarang bolehlah kita menyatukan tiramisu kita. Bancuh kopi mengikut citarasa anda. Tuangkan kopi ke dalam bekas yang leper.
  10. Celup biskut ladies finger satu persatu ke dalam kopi, tetapi jangan terlalu lama kerana biskut akan hancur. 
  11. Susunkan biskut lady’s fingger di dalam bekas. Setelah habis satu lapisan, ratakan adunan krim mascarpone di atas biskut ladies fingers itu. Ulang lagi melapis biskut dan krim.
  12. Akhir sekali, taburkan serbuk coco di atas tiramisu. Anda jugak boleh menghiris coklat hitam, dan taburkannya di atas tiramisu.
  13. Simpan tiramisu di dalam peti sejuk.



Dikesempatan ini juga Diana mewakili keluarga suami Diana.. Ingin merakamkan jutaan Terima Kasih kepada semua yang sudi hadir semasa rumah terbuka CNY di kilang Sky Blue ( RRAW ) hari itu ya... Kehadiran anda semua amat bermakna buat kami dan terima kasih sekali lagi kerana sudi memeriahkan rumah terbuka tersebut.... :)

::   Boleh juga dibubuh di dalam bekas macam ini ya   ::

10 comments:

NinaAz said... Reply

sedapnyaaa tengok tiramisu ni.. leleh2. huhu. nk tny. sis edit pic pakai apa yea. cantiklah. kamera canon ek

Sheery Dream Cakes said... Reply

@NinaAz

Akak edit pic nie guna Lightroom + Adobe Photoshop... Boleh rujuk kat page ~ Photography Tips kat atas tu ya... Akak ada kongsikannya cara akak edit pic kat blog akak nie ya.. Terima kasih :)

Sheery Dream Cakes said... Reply

@NinaAz

Lupa pula jawab.. Huhuu.. Akak guna Nikon... ;)

Anna Qawina said... Reply

Aslmkm kak Diana..meleleh tau air liur...kalolah dekat kan...haish....

cheq da said... Reply

Kak diana kalu post n3..mesti rasa meleleh..hihihi

IdaShazana said... Reply

waa.... menawan kalbu. nak buat mgu ni untuk birthday anak

Kuronofu91 said... Reply

Waaa...nmpk sedap!!! tmbh2 lg foto lawa...mmg foto kna lawa kalau nak nak bg nmpk lebih sedap...

Gee® said... Reply

Cantik gambar...

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said... Reply

salam akak...
sy ni memang peminat tiramisu...
tp blom pernah cuba yg letak telor lg...
rasanya lps ni kena cuba la....

NurulHuda Alias said... Reply

nampak sedap dan cantik lah :)