Sunday, March 2, 2014

~ Resipi Bubur Ubi Badak / Ubi Belalai...

Sheery Dream Cakes | 9:57 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini Diana nak kongsikan resipi campak-campak sahaja.. Bulan lepas punya cerita.. Hari ini baru boleh kongsikannya di sini... Ubi Badak atau ianya dipanggil Ubi Belalai di sesetengah tempat.. memang amat sukar untuk didapati di tempat Diana... Kadang-kadang setahun dua tidak nampak dijual di sini.. Mungkin juga ada dijual tetapi Dinana yang tidak nampak kan...


BUBUR UBI BADAK / UBI BELALAI  


Bahan-Bahan
  • Ubi badak / Ubi belalai  _ dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil
  • Santan cair dan santan pekat secukup kegunaan atau boleh guna santan dalam kotak
  • Gula pasir 
  • Gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan _ disiat dan disimpul
  • Sedikit air

Cara-Cara
  1. Cuci dan bersihkan ubi badak / ubi belalai dan toskan.
  2. Masukkan ubi ke dalam periuk bersama sedikit air.
  3. Rebus sehingga ianya hampir masak kemudian masukkan santan cair. Gaul dan biarkan ianya mendidih.
  4. Masukkan santan pekat, garam, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Gaul rata dan didihkan seketika. Sesuaikan rasa. 
  5. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang panas atau sejuk.




4 comments:

ayunidati said... Reply

Alaaa... nampak sedap tu...

Sweet red cherry said... Reply

salam kak diana..

sedapnya makan bubur ubi..kaler purple ubi tu menarik..

Unknown said... Reply

yeyeyeyeyeye...dah leh buka ..thank you so much kak...happy dapat baca SBK kemabli... :D

Nadz Nazharzan said... Reply

Assalamualaikum Diana..
Thanks Diana.. Alhamdulillah.. nadz masih diberi peluang utk melayari blog Diana yg penuh ilmu ni. Thanks again dear^-^