Sunday, July 13, 2014

~ Leminit & Pavlova Untuk Berbuka...

Sheery Dream Cakes | 8:54 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sayang… 

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Pavlova… Pavlova ni tidak boleh makan selalu sebab rasanya agak manis… Sekali sekala tu boleh lah kan.. Tekak ni teringin pula hendak makan Pavlova kelmarin.. Itu yang buat tu untuk berbuka kelmarin.. Resipinya Diana ikut dari blog Akak Ita… Terima kasih Akak Ita dan izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya...

:: Sumber ~ Akak Azlita @ Masam Manis  ( TQ ) 

PAVLOVA 

Bahan-Bahan
  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula castor - Ita letak 3/4 cawan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka makan


Cara-Cara
  1. Sediakan loyang. Alas loyang dengan baking paper.
  2. Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8 inc.
  3. Terbalik kan kertas. Kalau ada ring bulat pun boleh juga gunakan. 
  4. Panaskan oven dengan api bawah 170°C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120 - 100°C.
  5. Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu.
  6. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
  7. Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dalam bekas kecil. Kacau rata hingga semua bahan larut.
  8. Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula sahaja dengan kaedah kaup balik.
  9. Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.
  10. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120 -100°C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
  11. Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya.

Bahan Hiasan
  • Whiping Cream
  • Strawberry - didadu
  • Kiwi - didadu
  • Blueberry
  • Markisa

Cara-Cara
  1. Whiping Cream dipukul dengan kelajuan maksima hingga kental.
  2. Letakkan atas pavlova tadi dan hiaskan dengan buah-buahan segar.
  3. Akhir sekali taburkan markisa.

** Note ~  Buah-buahan segar itu boleh digantikan dengan pelbagai jenis buah kegemaran anda. 

Makan Pavlova dengan Leminit Lemon… Hehehee… Apa itu Leminit @ Lemonade yang Diana maksudkan di sini? Kalau orang yang berada atau pernah tinggal di W.P.Labuan dan yang berdekatan dengannya.. Pasti tahu apa itu Leminit kan… Leminit ini ialah minuman berkarbonat.. Ianya ada pelbagai perisa dan saiz.. 




4 comments:

wa said... Reply

Ohhhh....sedapnya nampak pavlova tu...tak pernah try lagi buatnya...air lemon tu mmg kegemaran wa..:-)

Bbwana adienia said... Reply

salam kak,

best betul minum leminit tu..sedap..suka ada macam2 perisa..di sini ( sipitang ) susah sikit mau cari, terhad..kadang2 tepaksa cari sampai pigi lawas sana atau beaufort..huhu

Immanuel Kabuhung said... Reply

Halo Bloger Makanan! Gabung yuk!! di myTasteIndonesia.com!!!

Banyak blog yang telah menjadi anggota dan mendapatkan keuntungan dari publikasi di situs kami. Tambahkan blog Anda di link ini: http://www.mytasteindonesia.com/tambahkan_blog_anda

Bila ada pertanyaan jangan sungkan untuk hubungi kami di:
info@mytasteindonesia.com

Terima kasih,
Salam myTaste Indonesia,
Immanuel Kabuhung

mai has said... Reply

waahhh gabungan manis dan masam...yang pedas2 takde ker?ehehe