Tuesday, October 20, 2015

~ Resipi Mee Bandung...

Sheery Dream Cakes | 1:12 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah bertemu kita kembali di entri hari ini... Moga kita semua diberi kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindunganNya... 

Hari ini ingin Diana kongsikan bersama anda resipi mee bandung yang menggunakan perencah segera.. Sebenarnya sudah agak lama Diana tidak memasak mee bandung.. Teringin pula tekak ni hendak merasanya.. Buat la mee bandung guna perencah Adabi.. Alhamdulillah.. Diana masak ikut bahan yang ada dalam peti ais..

Resipi ini Diana pernah kongsikannya dulu di LifeLogger.. Masa itu Diana masih belum mengenal dunia blog lagi.. Ramai kenalan maya yang Diana kenal di sana.. Alhamdulillah ada yang sampai ke saat ini masih lagi berhubung melalui alam maya.. Banyak kenangan manis waktu bersama LifeLogger.. Moga ikatan persahabatan ini kekal selamanya..


MEE BANDUNG
  
Bahan-Bahan
  • 1 paket mee kuning atau secukupnya _ dicelur dan toskan
  • 2 keping tauhu goreng _ dipotong
  • 400 gm isi ayam / daging batang pinang _ dihiris nipis
  • 15 ekor udang _ dikupas kulitnya ( tinggalkan kepala dan ekornya )
  • Kobis / sawi _ dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan
  • Lobak merah _ dihiris kasar
  • 2 biji telur 
  • 1/2 cawan sos tomato Maggi
  • 2 paket Perencah Mee Bandung Adabi
  • Air secukup kegunaan
  • Garam
  • Gula
  • Perencah pati ayam Tumix / Kiub ayam

Bahan Kisar
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas dan bersihkan
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih 

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik aromanya.
  2. Kemudian masukkan ayam / daging. Kacau dan masak seketika.
  3. Tambahkan air secukupnya dan masak hingga ayam / daging empuk.
  4. Masukkan perencah Mee Bandung Adabi dan sos tomato. Gaul.
  5. Masukkan pula udang, kobis / lobak. Kacau dan biarkan semuanya masak.
  6. Tambahkan perencah pati ayam, garam dan gula secukup rasa. Sesuaikan rasa.
  7. Kecilkan api dan pecahkan telur ke dalam kuah mee bandung.
  8. Tutupkan api dan hidang bersama mee kuning dan tauhu goreng.

** NOTE ~ Boleh juga dihidang bersama udang, isi ayam dan hirisan daging yang telah dimasak. 





0 comments: