Tuesday, October 27, 2015

~ Resipi Sambal Sardin Bersama Timun...

Sheery Dream Cakes | 2:55 PM |

Assalamualaikum dan salam Sejahtera... 

Memang tidak dinafikan Sardin merupakan menu kegemaran ramai orang... Termasuk juga lah Diana sendiri.. Ianya sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.. Boleh bertambah-tambah dibuatnya..

Entri kali ini Diana ingin kongsikan resipi Sambal Sardin bersama timun... Jom semak resipinya di bawah...


SAMBAL SARDIN BERSAMA TIMUN
  
Bahan-Bahan
  • 1 tin sardin Ayam Brand ( Ikan Mackerel dalam sos tomato )
  • 1 biji timun _ buangkan tengahnya dan hiris
  • 3 biji bawang merah _ dicincang
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dihiris
  • 1 biji cili merah _ buangkan biji dan dicincang
  • Capsicum hijau _ dipotong dadu kecil
  • 7-10 tangkai cili kering _ buangkan biji dan rebus hingga lembut. Kemudian kisar
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Asingkan ikan sardin dengan sos tomatonya. Buangkan tulangnya. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan cili kering kisar hingga masak dan garing.
  3. Masukkan bahan yang dihiris dan dicincang serta capsicum hijau. Tambahkan juga sedikit gula. Tumis hingga wangi. Angkat bahan yang ditumis tadi dan ketepikan ( tinggalkan bahan yang ditumis tadi sedikit di dalam periuk ).
  4. Masukkan sos tomato sardin dan tumis lagi hingga sedikit kering ( bergantung kepada citarasa masing-masing ).
  5. Tambahkan garam secukup rasa. Gaul rata.
  6. Masukkan ikan sardin dan gaul. Masak seketika.
  7. Masukkan hirisan timun dan gaul rata.
  8. Masukkan bahan yang ditumis tadi dan gaul rata hingga semua bahan mesra.
  9. Tutupkan api dan hidang bersama nasi putih.




0 comments: