Thursday, May 12, 2016

~ Resipi Ayam Mentega Basah...

Sheery Dream Cakes | 9:02 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Moga anda semua sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik dan sihat-sihat hendaknya selalu... Pejam celik.. Pejam celik.. Sekarang kita sudah berada di bulan Mei 2016.. Tidak lama lagi seluruh umat islam akan bertemu bulan Ramadhan yang dirindui.. Bulan yang dinanti-nantikan kehadirannya.. Semoga kita dapat bertemu lagi bulan yang penuh berkah, rahmat dan ampunan ini.. In Shaa Allah..


Hari ini Diana kongsikan resipi Ayam Mentega Basah yang Diana olah dari resipi Udang Mentega Basah.. Hari tu Diana masak udang menggunakan resipi ini.. Memang sedap sangat dan pagi tadi tekak ini teringin hendak makan ayam mentega.. Teringat pada resipi udang mentega basah ni.. Tu yang cuba menggunakan ayam pula tu.. Alhamdulillah sedap...

Terima kasih kepada Sabariah Muda atas resipi yang sedap ini ya.. Izinkan akak kongsikannya di sini pula...


AYAM MENTEGA BASAH  olahan oleh SheeryDreamCakes

Bahan-Bahan A 
  • 750 gm ayam yang dibuang kulit dan tulangnya _ dipotong kecil
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula jika suka
  • 1 biji telur 

Bahan-Bahan B ( dicampur rata )
  • 75 gm Bunga Raya Fried Chicken All Purpose Seasoned flour- Classic
  • 75 gm Bunga Raya Fried Chicken All Purpose Seasoned flour- Hot & Spicy

Bahan-Bahan C
  • 5 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar _ dipotong dadu kecil
  • 3 tangkai cili padi _ dipotong-potong
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk kari
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 - 1 1/3 tin susu cair ( mengikut selera masing-masing )
  • Sedikit perencah pati ayam Tumix
  • Garam
  • Sedikit gula jika perlu

Cara-Cara 
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan gaul rata. Perap selama 10 minit.
  2. Kemudian saluti ayam dengan campuran tepung ( bahan-bahan B ) dan goreng ayam di dalam minyak yang panas sehingga masak kekuningan.
  3. Angkat ayam dan toskan. Ketepikan.
  4. Di dalam kuali / periuk yang lain, panaskan mentega dan masukkan bawang besar, bawang putih, daun kari serta cili padi sehingga naik aromanya dan bawang kekuningan.
  5. Masukkan serbuk kari, susu cair dan perencah pati ayam. Gaul rata dan sesuaikan rasa. Tambahkan garam dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masak sehingga kuahnya pekat.
  7. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
  8. Tutupkan api dan hidang ketika ianya masih panas.


:: Resipi Asal Oleh ~ Sabariah Muda  ( TQ )

UDANG MENTEGA BASAH


Bahan-Bahan
  • Udang segar 
  • Bawang putih dua ulas (dicincang) 
  • Bawang besar holland (potong dadu)
  • Cili api ~ dalam 3 biji gitu
  • Daun kari
  • 1 sudu kecik serbuk kari 
  • 3/4 tin susu cair
  • Sedikit maggi cukup rasa / kiub ayam
  • Tepung jagung 
  • Butter dalam 3 sudu besar

Cara-Cara

  1. Mula-mula gaul udang dengan sedikit garam dan tepung jagung....goreng hingga garing ----> gune tepung kfc pon sodapp jgk. 
  2. Panaskan butter, bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili padi..goreng sehingga naik bau dan bawang kekuningan.
  3. Kemudian masukkan serbuk kari ...susu cair kemudian perasakan dengan kiub ayam / maggi cukup rasa.
  4. Nak kuah pekat boleh tambah sedikit tepung jagung....saba masak smpi pekat aje...x tambah tpg jagung.
  5. Siap!!!!
  6. Nak sedap....lps goreng udang tu ketepikan...bile nak makan baru tuangkan kuah tu kat atas udang baru laa rase kruk krak kruk krak rangup udang tu....ok...selamat mencuba.



0 comments: