Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Spaghetti Bolognese ni merupakan satu lagi menu bersahur kami kelmarin pagi. Masak yang mudah-mudah sahaja. Masak menu permintaan seisi keluarga. Kebetulan kelmarin tu semua sepakat pula nak makan menu masakan barat. Tu lah masak Burger Ayam & Daging dan Spaghetti Bolognese ni. Resipinya mudah sahaja. Jom tengok resipinya.
SPAGHETTI BOLOGNESE
Bahan-Bahan
- 1/2 bungkus spaghetti _ dimasak seperti arahan pada bungkusan
- 200 gm daging ayam kisar
- 1 batang sosej _ dicincang halus
- 4 ulas bawang puih _ dicincang
- 175 gm sos tradisi Prego ( 1/2 botol )
- 175 gm sos cendawan Prego ( 1/2 botol )
- Sos tomato secukup rasa
- Air secukup kegunaan
- Garam
- Sedikit gula
- Perencah pati ayam Tumix _ ( optional )
- Keju parmesan parut
- Minyak zaitun
Cara-Cara
- Panaskan minyak zaitun di dalam periuk dan masukkan bawang putih cincang. Tumis sehingga wangi.
- Masukkan daging ayam kisar dan sosej cincang. Gaul dan masak seketika.
- Kemudian masukkan sos tradisi dan sos cendawan Prego serta sos tomato. Gaul rata.
- Tambahkan air secukup kegunaan. Biarkan ianya mendidih.
- Renih sos sehingga kepekatan yang diingini.
- Masukkan garam, gula dan perencah pati ayam Tumix.
- Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
- Angkat dan hidang bersama spaghetti.
- Taburkan keju parmesan parut jika suka.
0 comments:
Post a Comment