Saturday, June 3, 2017

~ Resipi Mee Goreng Basah...

Sheery Dream Cakes | 3:19 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersiaran kembali bersama resipi Mee Goreng Basah. Mee Goreng Basah juga merupakan salah satu menu bersahur yang ringkas untuk kami seisi keluarga. Memandangkan selera untuk makan nasi kurang, maka menu seperti ini akan menjadi menu kami untuk bersahur. Alhamdulillah... 

Resipi mee goreng basah ni mudah sahaja. Pasti ramai yang sudah tahu cara memasaknya kan. Seperti kebiasaannya, Diana akan tulis jenama kicap yang Diana guna di dalam sesuatu resipi. Ini kerana setiap jenama kicap pasti mempunyai kemasinan yang berbeza. Jadi pandai-pandailah adjust sukatan yang diberi tu ya. Bubuh mengikut citarasa masing-masing. Apatah lagi jika kita memasak mee goreng basah ni. Sukatan kicap dan sosnya bergantung kepada berapa banyak sukatan air yang anda tambah. Masaklah mengikut selera keluarga anda dan anggaplah setiap resipi tu hanya sebagai rujukan sahaja ya. 

Baiklah, jom kita tengok apakah bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara menyediakan Mee Goreng Basah ni.



MEE GORENG BASAH

Bahan-Bahan
  • 600 gm mee kuning
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 100 gm fish cake _ dihiris nipis
  • 1 batang lobak merah _ dihiris 
  • 2 helai kobis _ dipotong kecil
  • 1 pokok sawi _ dipotong kecil 
  • Segenggam taugeh
  • 3 tbsp cili kering kisar _ jika suka pedas bubuhlah lebih
  • 1 biji cili merah _ dihiris nipis
  • Air secukup kegunaan 
  • Minyak masak

Bahan-Bahan A
  • 1 biji bawang besar _ dihiris
  • 2 ulas bawang putih _ dihiris
  • 2 biji bawang merah _ dihiris


Bahan-Bahan B

  • 2 tbsp kicap pekat ( karamel pekat masakan Loon Kee )
  • 2 tbsp kicap cair Loon Kee
  • 3 tbsp sos tiram
  • 4 tbsp sos tomato
  • 2 tbsp sos cili
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula 

Bahan-Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji cili merah

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan A. Tumis sehingga garing dan wangi.
  2. Masukkan bahan-bahan kisar dan cili kering kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daging ayam kisar dan fish ball. Masak sehingga ayam masak.
  4. Masukkan lobak dan goreng sekejap.
  5. Setelah itu, masukkan bahan-bahan B dan gaul rata. 
  6. Masukkan air secukup kegunaan. Gaul dan biarkan ianya mendidih.
  7. Masukkan mee dan gaul rata.
  8. Masukkan cili merah , sawi dan kobis. Gaul rata dan biar sebentar.
  9. Masukkan taugeh dan gaul. Sesuaikan rasa.
  10. Tutupkan api dan angkat.
  11. Hidang.

:: NOTE ~
  • Anda boleh mengurangkan atau menambah sukatan kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan sos cili /tomato mengikut berapa banyak sukatan air yang anda bubuh. Sesuaikan rasa mengikut jenama kicap yang anda gunakan. Setiap kicap yang berlainan jenama pasti mempunyai rasa masin yang berbeza. Jadi, pandai-pandailah adjust sukatan yang diberi tu ya. Bubuh mengikut citarasa masing-masing. 





0 comments: