Tuesday, June 6, 2017

~ Resipi Burger Ayam & Daging ( Loaded Burger )...

Sheery Dream Cakes | 8:50 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Anda makan apa pagi tadi semasa bersahur? Kami bersahur dengan menu masakan Barat. Nampak gayanya nasi dan lauk pauk masih belum dapat mengundang selera keluarga Diana. Pagi tadi Diana hanya masak burger dan spaghetti. Alhamdulillah. Syukur di atas rezeki dan nikmat Allah.

Untuk inti burger tu, Diana cincang daging burger dan bubuh juga sosej cincang. Ditambah lagi dengan daging ayam kisar dan bawang besar. Alhamdulillah.. menepati citarasa seisi keluarga. Dengan cara ini, ianya menjimatkan masa kita untuk menyediakan burger satu persatu. 

Resipinya boleh semak di bawah ya.


BURGER AYAM & DAGING

Bahan-Bahan
  • 6 biji roti burger _ dibelah 2
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Keju cheddar parut
  • 6 keping keju cheddar
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan daun sup
  • Sedikit mentega cair

Bahan-Bahan A
  • 6 keping daging burger lembu Ramly _ dihancurkan dengan menggunakan garpu
  • 200 gm daging ayam kisar Ayamas
  • 2 batang sosej _ dicincang halus
  • 1 biji bawang besar _ dipotong dadu
  • 2 biji bawang merah _ dicincang
  • Sedikit Maggi seasoning 
  • Lada hitam kisar _ ( Diana guna serbuk lada hitam Aji Shio )
  • Lada putih kisar _ ( Diana guna serbuk lada berperisa Aji Shio)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula _ ( optional )
  • Daun sup cincang halus
  • Daun bawang _ dihiris
  • Minyak zaitun

Bahan-Bahan B ( Disatukan dan gaul rata )
  • 1 biji bawang putih _ dicincang halus
  • Mentega cair
  • Keju parmesan parut
  • Daun sup cincang


Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam periuk. Masukkan bawang besar dan bawang merah. Tumis sehingga bawang layu dan sedikit garing.
  2. Masukkan daging burger, daging ayam kisar dan sosej. Gaul rata dan masak seketika.
  3. Kemudian masukkan garam, gula dan maggi seasoning. Gaul rata dan masak sehingga sedikit garing.
  4. Tutupkan api dan angkat. Ketepikan.
  5. Sediakan loyang dan lapiskan dengan kertas minyak.
  6. Susun kesemua roti bahagian bawah di dalam loyang. Sapukan roti dengan mentega cair.
  7. Taburkan keju cheddar parut di atasnya.
  8. Lapiskan di atasnya dengan inti ( bahan-bahan A ) yang telah dimasak tadi.
  9. Paipkan sos cili dan mayonis di atasnya.
  10. Susunkan kepingan keju cheddar dan taburkan di atasnya dengan keju cheddar parut.
  11. Taburkan juga hirisan daun sup dan daun bawang.
  12. Lapiskan dengan kesemua roti bahagian atas.
  13. Sapukan roti dengan bahan-bahan B.
  14. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175°C dan bakar selama 15-20 minit atau sehingga keju mencair.
  15. Nikmati ketika ianya masih panas.

:: NOTA ~
  • Sekiranya anda suka rasa segar sos cili dan mayonis, anda boleh buka roti bahagian atas dan paipkan semula sedikit sos dan mayonis. Lapiskan semula roti bahagian atas dan nikmati.


VERSI LOADED BURGER

Bahan-Bahan
  • 4 biji roti burger _ dibelah 2
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Keju cheddar parut
  • 4 keping keju cheddar
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan daun sup
  • Sedikit mentega cair

Bahan-Bahan A
  • 6 keping daging burger ayam Ramly _ dihancurkan dengan menggunakan garpu
  • 200 gm daging ayam kisar Ayamas
  • 2 batang sosej _ dicincang halus
  • 1 biji bawang besar _ dipotong dadu
  • 2 biji bawang merah _ dicincang
  • Sedikit Maggi seasoning 
  • Lada hitam kisar _ ( serbuk lada hitam Aji Shio )
  • Lada putih kisar _ ( serbuk lada berperisa Aji Shio)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula _ ( optional )
  • Daun sup cincang halus
  • Daun bawang _ dihiris
  • Minyak zaitun

Bahan-Bahan B ( Disatukan dan gaul rata )
  • 1 biji bawang putih _ dicincang halus
  • Mentega cair
  • Keju parmesan parut
  • Daun sup cincang


Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam periuk. Masukkan bawang besar dan bawang merah. Tumis sehingga bawang layu dan sedikit garing.
  2. Masukkan daging burger, daging ayam kisar dan sosej. Gaul rata dan masak seketika.
  3. Kemudian masukkan garam, gula dan maggi seasoning. Gaul rata dan masak sehingga sedikit garing.
  4. Tutupkan api dan angkat. Ketepikan.
  5. Sediakan loyang dan lapiskan dengan kertas minyak.
  6. Susun kesemua roti bahagian bawah di dalam loyang. Sapukan roti dengan mentega cair.
  7. Taburkan keju cheddar parut di atasnya.
  8. Lapiskan di atasnya dengan inti ( bahan-bahan A ) yang telah dimasak tadi.
  9. Paipkan sos cili dan mayonis di atasnya.
  10. Susunkan kepingan keju cheddar dan taburkan di atasnya dengan keju cheddar parut ( untuk versi loaded burger ni, bubuh extra keju cheddar parut ya ).
  11. Taburkan juga hirisan daun sup dan daun bawang.
  12. Lapiskan dengan kesemua roti bahagian atas.
  13. Sapukan roti dengan bahan-bahan B.
  14. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175°C dan bakar selama 15-20 minit atau sehingga keju mencair.
  15. Nikmati ketika ianya masih panas.






1 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... Reply

wahhhh.. pantas cara nikan, masak sekali arung, senang!