Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts
Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts

Monday, August 8, 2011

~ Resipi Puding Tauhu...

Sheery Dream Cakes | 9:08 PM | 47 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang…

Alhamdulillah hari ni dah pun selesai kita menunaikan ibadah puasa pada hari ke 8... Bersyukur kepadaNya di atas segala nikmat yang telah dianugerahkan olehNya.. Pejam celik... Pejam celik dah 8 hari kita berpuasa... Memang tak rasa betapa masa itu berlalu dengan cepatnya kan… 


Seperti yang semua dah maklum.. sebulan berpuasa nie memang Diana tak memasak lauk pauk untuk berbuka.. Sekarang nie masih lagi bercuti.. Tapi dengan izin hubby.. Diana dapat juga membuat yang lain selain memasak lauk pauk.. Alhamdulillah.. Tak ler bosan sesangat kan dok termenung tiap petang.. Hehehhee... Jadi.. Hari ni Diana buat Puding Tauhu... Puding Tauhu ni sememangnya terbaiiikkk!!! Sedap!!  Terima kasih buat Akak Nor kerana sudi berkongsi resipi puding yang sedaaap ni ya akak... Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya... Terima kasih akak… 


:: Resipi oleh ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )

Bahan-Bahan
  • 1/2 paket agar-agar strip ( direndam , pastu toskan ) ~ lebih kurang 18gm
  • 1 1/2 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan

Untuk kuahnya

  • 1 tin laici - laici tu di siat-siatkan ( boleh juga guna fruit koktel )
  • 2 tin air ( gunakan tin laici sebagai sukatan )
  • 8 sudu besar gula ( bagi penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya ) 
  • 3 sudu besar perasa laici ( seperti brand tamin ) - yang ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia
  • ** Diana saja jer bubuh sedikit pewarna perang.. :)

Cara-Cara
  1. Mula-mula buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk ( kecuali laici atau fruit koktel ) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manisnya mengikut citarasa anda.
  2. Untuk membuat pudingnya, masakkan agar-agar dengan air hingga mendidih dan larut agar-agar tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
  3. Satukan santan dan kedua-dua susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar-agar dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jangan biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
  5. Biarkan hingga suam-suam kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil-kecil. Jangan sekali-sekali tuang ke dalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yang tak cantik ( dan tak sedap nak makan ) kat atasnya.
  6. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas ( seperti taufo fah ) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
  7. Boleh juga kalau nak letak dalam bekas kecil dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel. 


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>