Assalamualaikum dan Salam penuh kerinduan...
Apa khabar pagi ni? Doa dan harapan Diana moga semuanya dianugerahkan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan... Alhamdulillah bertemu kita kembali di pagi Jumaat yang mulia ni..
Sekembalinya dari berehat ni.. Diana nak kongsikan resipi Spicy Garlic Tofu & Crab Stick yang mudah ni... Jemput tengok resipinya.. ;
BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>
Apa khabar pagi ni? Doa dan harapan Diana moga semuanya dianugerahkan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan... Alhamdulillah bertemu kita kembali di pagi Jumaat yang mulia ni..
Ampun dan maaf Diana pinta sebab dah lama Diana tak berkesempatan untuk BW... InsyaAllah lepas ni boleh ler jejalan kat blog anda semua kan.. :). Pastinya dah banyak sangat entri dan resipi menarik yang Diana ketinggalan... Huhuuu... Pasti akan Diana selongkar perlahan².. Kalau nak selongkar laju² tu.. Rasanya memang di luar kemampuan Diana.. Tapi tak apa.. Akan diusahakan juga nanti.. InsyaAllah.. ;)
Sekembalinya dari berehat ni.. Diana nak kongsikan resipi Spicy Garlic Tofu & Crab Stick yang mudah ni... Jemput tengok resipinya.. ;
SPICY GARLIC TOFU & CRAB STICK
Bahan-Bahan
- 4 bungkus kecil egg tofu _ dipotong bulat
- 250 gm jejari ketam _ dipotong kecil
- Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas dan dicincang kasar
- 1/2 inci halia _ dicincang
- 1 ulas bawang merah _ dicincang
- 6 ulas bawang putih _ dicincang
- 1 biji cili merah _ dibuang bijinya dan dicincang
- 2 tbsp sos tomato Maggi
- 4 tbsp sos cili Maggi
- 1/4 tsp serbuk cili
- 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
- Daun sup atau dau ketumbar _ dihiris
- Cili padi _ ditumbuk ( kalau tak nak pedas jangan bubuh )
- Sedikit gula
- Garam secukup rasa
Cara-Cara
- Panaskan minyak dan goreng tofu hingga garing kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak didalam kuali / periuk dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
- Masukkan udang kering, cili padi dan serbuk cili. Tumis lagi hingga garing.
- Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, perencah pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
- Masukkan jejari ketam dan masak seketika.
- Akhir sekali masukkan tofu goreng dan cili merah cincang. Gaul perlahan.
- Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
- Taburkan hirisan dau sup atau daun ketumbar semasa menghidang.
- Hidang semasa ianya masih panas.