Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sebenarnya malam tadi nak update resipi Sizzling Mee ni.. Tapi disebabkan hujan lebat + guruh + petir sambung menyambung... terus tak jadi nak update malam tadi.. Tu yang terus offline tu.. Tak berani nak online lelama.
Semalam Diana masak Sizzling Mee.. Dulu pernah tengok resipi Sizzling Mee kat dapur Akak Nor.. Memang masa tu terliur habis tengok gambar mee tu tau... Heehee... Resipi asal Sizzling Yee Mee nie dari Lilydvalley @ MyR.. Memang best resipi ni... Terima kasih kat Lilydvalley kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie.. Terima kasih juga kepada Akak Nor cayang kerana mengetengahkan resipi ni... Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula ya. Terima kasih..
:: Resipi Oleh ~ Lilydvalley @ MyR ( TQ )
:: Sumber Dan cnp Dari ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )
SIZZLING MEE
Cara-Cara
BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Bahan-Bahan
- 2-3 sanggul ( gulung ) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan _ ( Diana pula guna Mee Mat Salleh )
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering )- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
- 1 keping dada ayam - potong mengikut citarasa
- 1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
- 3 biji cili kering - potong 2
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1/2 in halia - hiris nipis
- Serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- Beberapa titik Minyak bijan
- 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara
- Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
- Masukkan ayam yang telah potong sehingga agak empuk.
- Masukkan 2 cawan air.
- Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
- Masukkan cendawan serta sayur-sayur lain. Tunggu 2-3 minit.
- Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
- Titikkan minyak bijan beberapa titik - jangan banyak-banyak...
- Akhir sekali, masukkan yee mee - biarkan sebentar dan hidangkan panas-panas.