Saturday, March 11, 2017

~ Chicken Bread Boat Recipe...

Sheery Dream Cakes | 11:30 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Asyik tertangguh sahaja nak kongsikan resipi Chicken Bread Boat ini. Hari ini luangkan sedikit masa untuk buat entri ni di sini. Kadang-kadang bila nafsu makan menguasai diri, pelbagai macam roti dibeli. Tapi kesudahannya tiada siapa yang makan pun roti tu. Daripada dibuang begitu sahaja lebih dimasak semula roti tu kan.

Bila kita google sahaja resipi bread boat, banyak versi yang ada. Jadi apa kata kita buat ikut bahan yang ada di dapur kita mengikut selera keluarga tercinta kita. Jom masuk dapur.


CHICKEN BREAD BOAT

Bahan-Bahan
  • 1 buku Baguette _ potong bahagian atasnya sedikit dan keluarkan isi roti ( buat seperti sebuah perahu /sampan )
  • Prego tomato pasta sauce ( mushroom )
  • Sedikit daun sup _ dihiris
  • Sedikit daun bawang _ dihiris
  • Parutan keju cheddar
  • Parutan keju mozarella
  • Keju parmesan 

Bahan-Bahan Inti
  • 1 bungkus Ayamas daging ayam kisar ( 400 gm )
  • 1 biji bawang besar _ dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 1 biji bawang merah _ dicincang halus
  • 1 tbsp mentega
  • 2 1/2 tbsp mayonis
  • 2 tbsp sos salad thousand island
  • Sedikit minyak zaitun 
  • Lada putih kisar
  • Lada hitam kisar
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula jika suka

Cara-Cara
  1. Panaskan mentega dan sedikit minyak zaitun di dalam kuali. Masukkan bawang putih, bawang merah dan bawang besar. Tumis hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan daging ayam kisar, lada hitam. lada putih, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan mayonis dan sos thousand island. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
  4. Tutupkan api dan angkat. Ketepikan.
  5. Sapukan di dalam roti dengan sos pasta Prego dan taburkan sedikit parutan keju mozarella.
  6. Diikuti dengan ayam ( bahan inti ), parutan keju mozarella, parutan keju cheddar dan keju parmesan.
  7. Taburkan di atasnya dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
  8. Masukkan di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200°C selama 15 minit atau sehingga keju mencair.
  9. Keluarkan roti dari oven dan taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang dan daun sup jika suka.
  10. Nikmati ketika ianya masih panas.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Chapati Pizza...

Sheery Dream Cakes | 9:42 AM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Chapati memang enak dimakan bersama kuah kari. Tetapi Chapati juga sedap dibuat pizza sebab kita akan dapat menikmati pizza crust yang rangup dan mudah untuk disediakan. Pasti ramai yang sudah pernah mencubanya kan?

Baiklah.. hari ini kita tengok cara Diana pula menyediakannya. Resipinya boleh rujuk di bawah ya.


CHAPATI PIZZA
Untuk 6 Chapati Pizza

Bahan-Bahan Untuk Bebola Daging
  • 35 biji bebola daging ( Diana guna Ramly Bebola Daging ) _ dikoyakkan sedikit
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 2 tbsp sos cili Maggi
  • 2 tbsp sos berbeku oriental Life
  • 1 tsp madu
  • 1 tbsp ABC sweet sauce
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • Garam jika perlu
  • Sedikit minyak zaitun
  • Sedikit biji bijan panggang
  • Daun sup hiris
  • Sedikit air

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan bahan-bahan yang selebihnya kecuali biji bijan panggang. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan bebola daging dan sedikit air. Gaul dan biarkan bebola daging masak.
  4. Tutupkan api dan angkat. Taburkan biji bijan panggang dan hirisan daun sup di atasnya.
  5. Ketepikan.

Bahan-Bahan Untuk Chapati Pizza
  • 6 keping frozen chapati _ dimasak seperti arahan pada bungkusan
  • Bebola daging ( rujuk resipinya di atas )
  • Parutan keju cheddar
  • Parutan keju mozarella
  • Keju parmesan
  • Prego tomato sos pasta ( mushroom )
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan bawang merah
  • Hirisan buah tomato

Cara-Cara
  1. Ambil sekeping chapati yang telah dimasak.
  2. Sapukan dengan sedikit sos pasta. taburkan sedikit parutan keju mozarella.
  3. Susunkan beberapa bebola daging, hirisan tomato dan bawang merah di atasnya.
  4. Kemudian taburkan parutan keju mozarella, keju cheddar dan keju parmesan.
  5. Taburkan sedikit daun sup dan buat begini sehingga bahan-bahan habis digunakan.
  6. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 15-20 minit atau sehingga pizza keperangan dan keju mencair.
  7. Tutupkan api dan nikmati ketika ianya masih panas.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, March 8, 2017

~ Resipi Sandwich Nugget Ikan...

Sheery Dream Cakes | 4:26 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kita sebagai ibu sememangnya kadang-kadang tu pening juga memikirkan apa hendak dimasak untuk sarapan pagi. Sarapan yang biasa Diana sediakan untuk keluarga Diana seperti bihun goreng, mee goreng, mee basah, nasi goreng dan sandwich.

Bercerita tentang sandwich ni, memang pelbagai resipi yang ada. Hari ni Diana buat Sandwich Nugget Ikan ni untuk sarapan kami sekeluarga. Mana lah tau ada yang sedang mencari idea untuk masak sarapan apa untuk esok. Resipinya boleh rujuk di bawah ya.


SANDWICH NUGGET IKAN
Untuk 6 orang

Bahan-Bahan 
  • 3 keping roti panjang ( roti hotdog ) _ dipotong dua dan dibelah
  • 12 ketul nugget ikan _ digoreng
  • 6 biji telur 
  • 6 keping keju cheddar
  • Lettuce _ dihiris
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit mentega atau minyak zaitun
  • Sebiji lemon _ dipotong kecil
Bahan-Bahan Sos ( dicampur dan gaul rata )
  • 4 tbsp mayonis
  • 1 1/2 tbsp sos salad thousand island
  • 1 tsp sos cili

Cara-Cara

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Pecahkan sebiji telur dan masak sehingga separuh masak. Ambil sekeping keju cheddar dan letakkan di atas telur mata. Biar hingga keju mencair sedikit. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan cairkan mentega atau panaskan sedikit minyak zaitun. Telengkupkan roti di atas kuali seketika. Angkat dan ketepikan. Ulang proses ini untuk semua roti.
  3. Ambil sekeping roti dan sapukan dengan sedikit sos.
  4. Letakkan telur mata dan keju tadi di atasnya. Diikuti dengan hirisan lettuce, 2 ketul nugget ikan dan sos cili.
  5. Kemudian perahkan jus lemon sedikit di atasnya ( skip jika tidak suka jus lemon ).
  6. Akhir sekali lapiskan dengan roti yang telah disapukan dengan sedikit sos.
  7. Hidang.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ RAW vs JPEG...

Sheery Dream Cakes | 1:49 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Akak guna format apa ya? RAW atau JPEG? Itulah soalan yang sering ditanyakan. Selain soalan perlukah saya menggunakan setting RAW untuk gambar yang hendak saya ambil?Atau lebih cantik dalam format JPEG untuk gambar makanan? Persoalan ini sememangnya tiada kesudahannya sampai bila-bila.

Secara peribadi Diana lebih suka mengambil gambar makanan dalam format RAW. Memang agak leceh sedikit sebab kena melalui banyak proses terlebih dahulu. Kena edit bagai kan.. Tetapi yang seronoknya kita akan dapat hasil karya yang kita sukai. Kenapa Diana suka ambil gambar dalam format RAW? Anda boleh baca di ENTRI INI

Sebenarnya jika anda lebih serasi dengan format JPEG, ambillah gambar tu dalam format JPEG. Jika anda lebih suka melalui proses mengedit gambar, ambillah gambar dalam format RAW. Terpulanglah pada diri masing-masing ya.

Gambar di bawah merupakan gambar yang sama, cuma mempunyai berlainan effect sahaja. Anda suka dramatic look dalam dark food photography? Anda boleh cuba cara Diana ni. Klik DI SINI.

Ooo ya.. Apa yang Diana tulis ni merupakan pendapat peribadi Diana sahaja ya. Jika salah tolong perbetulkan. Maklum lah.. Mak budak baru belajar.. Hehehehee... Banyak ilmu food photography yang perlu Diana pelajari lagi. Diana pun belum mahir lagi dalam bidang ni. Entri ni hanya untuk menjawab persoalan yang sering ditanyakan pada Diana selama ni. 



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>