Saturday, September 24, 2011

~ Ayam Goreng Sunquick Telur Masin...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Ermmm... Hari nie dah Sabtu yer... Tak terasa betapa cepat sungguh masa berlalu kan... Macam baru jer hari Isnin.. dah hari Sabtu hari nie... Baik ler kalau macam tu tak perlu ler membuang masa lagi yer.. Terus tengok resipi Ayam Goreng Sunquick Telur Masin nie ... Hehehehe...Nie pun entri tertangguh juga nie... Tak habis² juga dengan entri tertangguhnya ek.. :D.


Ayam nie boleh juga d makan macam nie jer... Tak perlu d masak dengan kuning telur masin tu pun dah sedap ( bagi i ler yer .. ehhehe ).. Anak² Diana memang suka makan yang bergoreng nie jer... Kalau Yong dan Irfan memang tak sentuh pun yang d masak dengan kuning telur masin tu.. Makan yang nie pun mereka sudah cukup.. Meratah pun best juga masa ianya masih panas lagi.. Tu kerja i ler yer.. hahhahah.. Jom tengok resipinya..

~ Ayam Goreng Sunquick...

Bhn²
4 ketul peha ayam _ d buang kulitnya dan d potong kecil _ ( 1 ketul peha ayam boleh d potong 4 )
Minyak untuk menggoreng

Bhn² Perap
2 tbsp sunquick 
1 tbsp minyak bijan
1 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
1 biji telur
2 tbsp tepung jagung
2 tbsp tepung gandum
1 tsp perencah pati ikan bilis
1 tbsp kicap cair Loon Kee
Gula 
Garam

Cara²
  1. Gaulkan ayam bersama bhn² perap selama 1 1/2 - 2 jam.
  2. Panaskan minyak yang banyak... Goreng ayam tadi sehingga masak kekuningan ( terpulang ler nak garing atau pun tidak yer ).
  3. Angkat ayam dan toskan.
  4. Sedia untuk d hidang.

::  Yang nie pula ayam yang telah d masak bersama kuning telur masin  ::

~ Ayam Goreng Sunquick Telur Masin...


Bhn²
12 ketul kecil ayam goreng sunquick ( yang kat atas tu tadi yer )
4 biji kuning telur masin _ d kukus dan d lecek
Sedikit mentega / minyak masak
1 tbsp sunquick
:: Kuning telur masin  ::
1 biji cili merah _ d cincang
1 cili hijau _ d cincang
3 ulas bawang putih _ d cincang
1 tangkai daun kari
Susu cair secukup kegunaan ( Mengikut citarasa masing² )
Gula dan garam secukup rasa ( jika perlu )

Cara²
  1. Panaskan mentega / minyak masak... Tumis bhn² cincang dan daun kari sehingga wangi.
  2. Masukkan kuning telur masin yang telah d lecek dan gaul rata.
  3. Tambahkan sunquick dan susu cair. Gaul dan setelah mendidih masukkan ayam goreng.
  4. Gaul dan sesuaikan rasa.
  5. Jika perlu tambahkan sedikit gula dan garam.
  6. Angkat dan hidang.



7 comments:

Azzah said... Reply

eh,nak try la

K.Nor said... Reply

mcm2 resipi diana ni ya.. hebat betul :)

ady said... Reply

as-salam diana
bagus juga masak macam ni..resepi baru ni ...sedap!!

Oh Oeya said... Reply

As salam. Moga Diana sihat.
1st time tgk resepi ni.. npk sedap!

Gee® said... Reply

Pestime k.gee tgk resipi ayam camni... boleh try ni

nuwairani ismail said... Reply

tak pernah pulak tengok kuning telur masin yang mentah2...comel jugak rupenye...heheh...dah lama tak makan ayam goreng...

Sue @ Nenie said... Reply

assalamualaiku...Wahhhhh..nampak menarik je resipi ni...boleh cuba gak ni...