Saturday, September 17, 2011

~ Resipi Ayam Masak Kunyit...

Sheery Dream Cakes | 6:14 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. 

Kali ini bersua kita kembali dengan 1 lagi resipi yang Diana ambil dari Dapur Mas... Resipi asal Pedal Ayam Masak Kunyit.. Disebabkan Diana sekeluarga tak pandai makan Pedal Ayam, jadi Diana gantikan kepada Ayam... Menurut Mas, kalau digantikan dengan ayam pun sedap.. Sememangnya sedaaaap sesangat tau!! Terima kasih buat Mas kerana berkongsi resipi yang sedap ni... Izinkan akak mengolah sedikit resipi ni ya Mas.. Terima kasih Mas...

.  
::  Antara bahannya.. Simple namun sedap  ::

Mula² tumiskan bawang putih yang d tumbuk sehingga wangi dan kemudian masukkan bawang besar, cili merah dan hijau.. Biar sedikit layu..

Masukkan pula sos tiram, serbuk kunyit, perencah pati ikan bilis dan gula secukup rasa.. Gaul rata dan masukkan ayam goreng.. Gaul dan sedia untuk dihidang...

:: Olahan oleh ~ Sky Blue's Kitchen 



AYAM MASAK KUNYIT

Bahan-Bahan
  • 5 ketul peha ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A
  • 2 biji bawang besar _ dihiris
  • 2 ulas bawang putih _ ditumbuk
  • 2 biji cili merah _ dihiris
  • 2 biji cili hijau _ dihiris

Bahan-Bahan B
  • 1 1/2 tbsp sos tiram
  • 2 tsp serbuk kunyit
  • 1 tsp perencah pati ikan bilis Tumix
  • Sedikit gula

Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam sehingga masak..Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih bersama sedikit minyak sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan bawang besar, cili merah dan cili hijau. Tumis sehingga sedikit layu.
  4. Masukkan bahan-bahan B dan gaul sebati.
  5. Masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  6. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  7. Sedia untuk d hidang.




:: Resipi Asal oleh ~ Mas @ Duniaku ( TQ ) 



PEDAL AYAM MASAK KUNYIT


Bahan-Bahan
  • Pedal ayam - direbus hingga lembut dan ditoskan.
  • Bawang besar - dihiris nipis ( agak2 bawang tu yerk nak banyak @ sikit )
  • 1 biji bawang putih - ditumbuk
  • 2 biji cili merah @ cili padi - dihiris2
  • Sedikit daun bawang - dipotong
  • Sos tiram
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit kiub ayam
  • Sedikit garam jika perlu

Cara-Cara


    1. Tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar dan cili merah @ cili padi, masak hingga wangi lagi dan masukkan sos tiram, serbuk kunyit dan kiub ayam, sebatikan dan masukkan pedal ayam yang telah direbus tadi, sebatikan, boleh tambah sedikit air panas jika suka dan rasakan, jika ok, taburkan daun bawang dan kacau sedikit..boleh diangkat...


    14 comments:

    Mas said... Reply

    akak...
    sedappnya tengok ayam masak kunyit akak tu..
    menyelerakan betoi...
    memang sedap kak guna ayam selain dari pedal ayam...
    maceh sudi mencuba...
    tak de salahnya derhakakan sedikit resepi tu..
    janji memenuhi citarasa kita sendiri kan..

    Amie said... Reply

    Assalamualaikum Diana,
    mulut Kak Amie masih pahit ni.... datang sini berselera pulak nampak ayam masak kunyit!

    Gee® said... Reply

    selera k.gee tengok...terlioq la pulak... sedapnyaaa

    Naz said... Reply

    Assallamualaikum Diana..
    Lapo..lapo tgk ayam ni.. Best makan terus dgn nasi panas...

    Ruby's Delight said... Reply

    Assalamualaikum Diana...wahhh...sedapnyer mkn dgn nasi panas2 yer...
    ~ Rabiatun

    Deliah's Deli said... Reply

    laparrr! :))

    tun_telani said... Reply

    fuhh.. tergugat iman jap. hihi.. tun pun suka wat ayam masak kunyit nih. biasa tun akan letak halia sket. eh, jd mcm ayam msk halia la pulak kan. hihi..

    kzai said... Reply

    salam diana..
    simple...tapi tetap sedap...pic cantik memukau..

    Juwita Jamaludin said... Reply

    sedap ayam goreng kunyit.. dulu waktu study suka makan tau.. sekarang ni bila tak tahu nak masak apa suka juga masak lauk ni

    ibundo said... Reply

    masuk rumah diana ni mesti terliur. slurp...

    Lovely Kitchen said... Reply

    betul tu sis, ayam masak kunyit ni menu simple tapi bila mkn bertambah x hengat...ant menu fav kami sekeluarga gak ni..

    anymz said... Reply

    masak simple memang sedap kan diana..akak pun suka gak masak kunyit nih.makan dengan nasi panas..atau ratah2 macam tu aje..:)

    Sue @ Nenie said... Reply

    Salam Kak Di..nampak sedap..nak cuba juga lah

    Saidah Abdul Razak said... Reply

    sedapnya kak diana simple jer kan resepi ni. makan dgn nasi panas-panas pon dh cukup. my feveret ni. :)