Friday, January 6, 2012

~ Congo Bars Di Majlis Pertunangan Anak Saudara...

Sheery Dream Cakes | 9:25 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sayang... 

Ni nak cerita tentang Congo Bars yang Diana buat untuk hantaran pertunangan anak saudara Diana pada 01hb Jan 2012 lepas... Dah banyak kali Diana buat Congo Bars ni.. Ianya memang sedap... Tu yang tak jemu buatnya.. Memang dah ramai dah yang mencuba resipi ni kan... Dah la sedap... Senang pula nak buatnya tu... 


Terima kasih kat tuan empunya resipi dan terima kasih juga kepada Akak Nor... Izinkan Diana kongsikannya kat sini ya.. Untuk kali ni Diana ada juga tukar sedikit bahannya... Halal ya.. Apa kata kita tengok resipinya... 

:: Sumber ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )
:: Salin dari Majalah Jelita Keluaran April 2011



CONGO BARS


Bahan-Bahan
  • 220 gm gula perang _ ( Diana guna gula perang yang warnanya gelap sedikit tu )
  • 150 gm mentega
  • 3 biji telur
  • 1 camca teh esen vanila
  • 315 gm tepung serba guna
  • 2 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 1/2 camca teh garam
  • 300 gm serpihan coklat
  • Sedikit walnuts yang dicincang kasar _ ( Saja Diana tambah )
  • Kepingan badam secukupnya _ ( Diana tukar kepada ~ Walnuts secukupnya )

Cara-Cara
  1. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
  2. Campurkan gula perang bersama mentega di dalam mangkuk besar dan kacau rata ( menggunakan whisk ).
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
  4. Kemudian bubuh esen vanila dan gaul.
  5. Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam yang telah diayak tadi dan kacau lagi.
  6. Bubuh serpihan coklat serta walnuts cincang dan gaul rata menggunakan spatula.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas kertas minyak dan berlengser mentega serta d taburkan sedikit tepung.
  8. Ratakan adunan dan susunkan walnuts atau kepingan badam di atasnya.
  9. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.


Congo Bars ni Diana simpan di dalam bekas plastik macam ni sahaja.. Sebenarnya nak beli bekas yang lain.. Tapi sekembalinya Diana dari Sarawak hari tu.. Diana tengok kedai yang menjual bekas tu dah tutup... hanya buka selepas 01hb Jan... Huhuuu... Sedangkan pertunangan tu pada 01hb Jan... Nak tak nak beli saja bekas ni.. 




17 comments:

ady said... Reply

as-salam Diana
wow! terliurnya congo bars..npk cantik presentation...

tun_telani said... Reply

sedapnyer!! tun pernah buat tp terover bake.. hihi.. terus jd kering. x sempat lg buat second time. cantik je CB yg kak diana buat.

nurAmy said... Reply

nampak sedap haruslah dicube hehehe... Diana, CB nie thn brape ari ye? nmpak Diana wat cam ni lawa plak bley wat unt my bro yg nak bertunang nnt... simple & nice.. TQ for sharing ;)

Roses_Leo09 aka Hanim said... Reply

roses_leo09 akak hanim

salam diana
cantik presentation diana tu
tengok packing jer dah terus jatuh cinta dgn congo bars ni. itu belum rasa lagi tu ......
yummy ..... yummy .....

Yat Maria said... Reply

Salam Diana

akak pun banyak kali buat CB ni..selain sedap..resepi dia pun amat mudah..if ada last minit gathering, if tak der cake, I will usually make tis congo bars for the gathering..

nonierahman said... Reply

salam kak diana.nonie pon ada buat congo bars baru2 nie.untuk yg kesekiaan kalinya..mmg sedap!next day tue buat lagi.nie tgh kira2 nak buat lagi nak bagi officemate :)

CT Delima said... Reply

As'salam Diana Manisss

Maaf lah ya k.ct lama tak singgah blog Diana. Rindunya nak BW segala ni. sejak awal tahun baru ni dapat singgah. demam menguasi diri, nak buat camana kena terima atas dugaan Allah pada hambanya kan :)

K.ct belum pernah buat CB ni..insya'Allah nak gak cuba buat sebab rata2 kata sedap. Nampaknya kenalah buat dulu baru boleh cakap sedapkan Diana..hihihi

Mamasya said... Reply

Aslmkum Diana dan slmt thn baru 2012
cantiklah congo bar masuk box bereben gitu....mmg sesuai utk majlis.
congo bar mmg sedap....dg rasa coklat dan walnut....yummy...

Zalieda Zaliedana said... Reply

Kak Diana cb mmg sedap sy pon dah wat,cuma akak kering cikit,agaknyer sy over bake kut..Yg akak wat nih nmpak sgt2 menarik n comey lah.

Lelord said... Reply

menarik ni....nak cuba gak la....thanks yek lela simpan siap2 resepi ni

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Reply

Assalam Diana...

Irfan dah mula sekolah ye.. mesti seronok dia kan.. bila anak2 dah mula sek ni mmg jadual ibu2 semakin sibuk... samalah ngan akak juga.. hehe..

dah selesai ye majlis pertunangan anak sedara tu? cantik juga ye CB ni dibuat hantaran mcm Diana buat tu.. good idea.. mudah kerja.. hehe..

p/s: gambar2 hantaran yg lain taknak tunjuk ke? ngeeeee... saja akak suka tgk hantaran2.. disamping tgk.. leh juga cilok2 idea.. haha..

quinnie said... Reply

cantiknya...bertuah pihak yg menerima hantaran ni kak...hehehe

Unknown said... Reply

assalam kak D, cantiknya tgk CB ni menawan kalbu betul la gambar ni kak:)

K.Nor said... Reply

salam D.. cantik la jugak duk dlm bekas tu.. k.nor pun baru buat congo bar smlm.. ehh bukan k.nor buat, along k.nor buat.. k.nor prepare bahan2 jer, dia yg godek.. lepas masak tu dia makan.. wahh sedapnyer dia kata.. hehehe.. k.nor buat tu pun sbb nak bawak ke anak dara yg duk kat asrama masa melawat dia smlm :)

Unknown said... Reply

Tengok kat fb hari tu. Mmg tergoda la Diana punya keje.

Nuwairani said... Reply

assalamualaikum kak diana...dah lama tak jenguk blog kak diana...nani tak pernah makan CB ni. tak tahu rasanya mcm mana..agaknya mcm brownies ke?

Unknown said... Reply

the deco nice..by the way thx for sharing the resepi..i shud try this CB :)