Saturday, February 11, 2012

~ Biskut Chocolate Chip Famous Amos ( Home Made )...

Sheery Dream Cakes | 8:33 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Ni nak cerita ni.. Hehehe.. Cerita pasal cookies yang sedaaap sangat ni... Siang tadi Diana sempat buat 2 adunan Choc Chip cookies ni... 1 adunan Diana nak bawa ke Papar esok... Nak melawat daughter kat Kem Wawasan ( PLKN ) sebelah pagi... Rindu rasanya kat daughter.. Tak sabar pula nak jumpa dia.. :). Moga daughter dan anak-anak yang lain kat sana sihat sejahtera dan sentiasa d bawah lindungan Allah S.W.T... 


Berbalik kita kepada cerita cookies ni... Hari tu nampak kat dapur Akak CT cayaang.. Memang mengoda dan tertarik dengan gambar-gambar masakan kat dapur akak tu... Teringin nak buat juga cookies ni.. Tapi oleh kerana Diana agak sibuk beberapa hari tu.. Terpaksa ditangguhkan dahulu niat nak buat cookies ni.. Hari ni baru bole buat.. Seperti yang akak CT maklumkan.. Cookies ni rasanya sedaaap.. Ternyata memang sangat sedap.. Nasib baik Diana buat 2 adunan... Kalau tidak... pasti tak cukup sebab nak bawa untuk daughter lagi kan... Seperti Akak CT... Diana juga buat besar-besar.. Heehee.. Senang nak habiskan 2 adunan tu.. Kalau tak... Ermmm... Penat juga buat seorang-seorang ni kan... :)


Sebenarnya dah lama Diana teringin nak buat ikut resipi ni... masa tu nampak kat dapur Naz.. Tapi mungkin tak sampai seru lagi kan... Hehehe.. Hingga ler Akak CT tayang kat dapur dia baru-baru ni... Baru teringat semula kat resipi ni.. Dah lama salin cuma tak buat-buat juga kan.. Alahai!! Kalau ler buku tu pandai bercakap.. Pasti dah bagitau bila nak buat resipi ni kan.. Salin jer kerjanya memanjang... Hehehhee... Baik ler.. Terima kasih buat Akak CT dan Naz... Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer.. Terima kasih.. 


:: Sumber Dari ~ Naz @ CUTE OVEN, SMALL KITCHEN  &  Akak CT @ Dari Dapur CT  ( TQ )


BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS ( HOME MADE )


Bahan-Bahan Diayak
  • 280 gm ( 2 1/4 cawan ) tepung gandum
  • 10 gm ( 3 tsp ) serbuk koko
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 tbsp susu tepung
  • Secubit garam

Bahan-Bahan Lain
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm ( 1/2 cawan ) coklat chip _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa
  • 100 gm sebarang kekacang ( walnut, badam, gajus dan lain² yang dicincang ) _ Diana bubuh gajus cincang
  • Kismis _ Optional  ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa ) _ Diana tak bubuh


Cara-Cara
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  3. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  4. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. 
  5. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. 
  6. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  7. Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
  8. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.




27 comments:

Cheq Sue said... Reply

perghhhh... wanginya sampai ke bilik saya ni ha kak diana. kebetulan saya pun buat CCFA ni, tapi guna resepi lain. Memang puashati la dapat makan tu... :) kan kak?

Kak Sam said... Reply

pergghh memang terbaik le cookies ni. pernah buat sekali. hrrmmm nampaknya nak kena buat lagi ni.

Kak Sam said... Reply

pergghh memang terbaik le cookies ni. pernah buat sekali. hrrmmm nampaknya nak kena buat lagi ni.

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Reply

salam Diana...untung anak2 ada mama yg rajin camni.htr kat umah atie sebalang...blh?:D

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Reply

salam Diana...untung anak2 ada mama yg rajin camni.htr kat umah atie sebalang...blh?:D

Azlita Aziz said... Reply

salam Diana cayangggg...
akak datang bawak balang kosong ni... ada lagi tak???

adoiii.. mmg mengoda lah Diana.. hari tu dah tergoda masa tgk kat rumah Ct ni kat rumah Diana pulak di posing..

simpan dulu lah Diana resepi ni.. tgh batuk ni kang makin lambat pulak baiknya..

rajin betul Diana ni tau! :-)

cik cek said... Reply

Diana...
Singgah memalam...waaaa ...ada kukis cedap....lama betul akak tak mengukis...teringin la pulak nak buat...ke mintak kat Diana sebalang je lah...kan kan..:D

ummiaisyah said... Reply

bestnya ada choc chip lolipop...kalo anak2 sy tgk..mesti melompat2 suruh buat...

HomeKreation said... Reply

Diana,
Kalau my two sons nampak ni, sure minta I buatkan...

Pn. Ila said... Reply

Salam kak...
tumpang cium bau ye..tu pun tak sampai juga bau tu ke perak nih hahaha..sedap nampak gayanya tu..

quinnie said... Reply

akak saya pun dah buat biskut ni tapi tak post lagi kat blog..sedapkan..suka biskut nih..:)

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said... Reply

wow bestnya kalau dapat sebalang, mengonyel depan TV

Mas said... Reply

wahhhh...sedapnya tengok sekut tu...
mewah ngan chips dan kekacang.....

Yatie said... Reply

alahaiiiii rajinnya adik akak mengookies ni..wat akak terliur je..meh bagi akak 2 balang..Diana baikkan..he3..

Anna said... Reply

Wah sedapnya cookies tu.

rahel said... Reply

Rajinnya Diana buat biskut...sedap dikunyah-kunya ni sambil minum teh panas..

Chik Mimi said... Reply

Assalam Diana lama akak tak singgahsini
wowsungguh terguda tengok cookies Diana ni

hOtMaMa said... Reply

Sungguh teruja nak try buat! nampak sangat menggiurkan.. hehe

anymz said... Reply

wah,mewah dgn coklat chip dan kacang....mesti sedap..dah lama betul akak tak buat cookies...:)

Wendy said... Reply

Nak tanya, adunan ni sebelum letak kat dulang pembakar, tekstur dia lembut ke atau senang utk kita bulat2kan?
Saya kurang faham sikit part 'sudukan diatas dulang pembakar & boleh diuli m'jadi bola2 kecil..
Harap kak Diana boleh terangkan..
Saya nak try, cookies ni..mcm chipsmore..

ummiaisyah said... Reply

miss u kak diana...pg melancong k.

dZana said... Reply

tayangan yg sungguh mgoda.. harus mgadun jugak ni klau akk tenung lama2 kukis D ni..

ijayuji said... Reply

Salam kakak cantek!!! sedapnyerrrr kukis akak! kita paling suke byk kekacang, coklat chip kurang sikit yg pasti byk kacang mmg kita leh abiskan sebalang dlm sekelip mata hihihi... masuk list, nanti kena carik kekacang dulu, :D

Nadz Nazharzan said... Reply

Assallamualaikum Diana
Amboiiiii..siap ada batang aiskrim lagi kat cookies dia.. Menarik sangat!.. Best kan resepi ni..

mrs kayrul said... Reply

aduh tergoda sangat-sangat tengok cookies dalam version lolipop nie. kena cuba buat gak nie..hehehe

Lea said... Reply

salam kak diana...
sy nak tanya...
cm mana nak buat bagi choc chip tu terpacak2 cm tu ye...?

lilyerliyani said... Reply

akak, saya pun nak tnye gak camne choc chip tu leh terpacak2 mcm tu..aritu buat choc cip nya cair even aturkan atas biskut tu.