Sunday, February 5, 2012

~ Sambal Ayam Udang Kering...

Sheery Dream Cakes | 3:52 PM |

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul S.A.W buat umat Islam semua.. 

Hari nie agak lewat bersiaran... Niat di hati nak online pagi tadi.. Tapi hanya sempat online sekejap ja tadi.. Ada urusan yang harus diselesaikan tadi.. Tanpa membuang masa dengan membebel panjang.. Terus ja la kita tengok resipi Sambal Ayam Udang Kering yang dah beberapa hari tertangguh nak diupdate ni ya.. :). Jom selongkar resipinya.. 


Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak.. Ketepikan.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit. 


Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika.. Masukkan gula melaka dan gaul rata.. Tumis sehingga pecah minyak.. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.


Tambahkan air dan perencah pati ayam.. Bubuh garam secukup rasa jika perlu.. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau.. Gaul rata dan masak seketika lagi.. Angkat dan sedia untuk dihidang.


Bahan-Bahan
  • 900 gm ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • 1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang merah _ dicincang
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
  • 2 biji cili merah _ dihiris menyerong
  • 2 biji cili hijau _ dihiris menyerong
  • 3 tbsp cili kering kisar
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 100 ml air
  • Garam jika perlu
  • Gula melaka secukup rasa
  • Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
  • Minyak untuk menumis

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1 tsp seasoning Maggi
  • 3/4 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
  • 1/2 tsp serbuk cili
  • 1 tbsp tepung jagung


Cara-Cara
  1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak. Ketepikan. 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
  4. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
  5. Masukkan gula melaka dan gaul rata.Tumis sehingga pecah minyak. 
  6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  7. Tambahkan air dan perencah pati ayam. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
  8. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  10. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.






0 comments: