Friday, February 17, 2012

~ Resipi Kek Batik Horlicks Versi 2...

Sheery Dream Cakes | 3:19 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Alhamdulillah hari nie ada kurang sedikit sakit kepala ni.. Cuma hari ni Diana agak sibuk sedikit.. Tu yang belum ok sepenuhnya tu kan.. Tak apa.. InsyaAllah esok ok ler tu :).. Kena banyak rehat tapi dalam keadaan sekarang ni tak boleh rehat sangat.. Banyak urusan yang harus diselesaikan... Ermm Irfan macam biasa ler kan... Pasti ada saja permintaan dia tiap hari...:). Terus terang Irfan memang suka sesangat makan Kek Batik.. Tak kisah ler Kek Batik jenis apa pun dia pasti suka... 


Tu ler sebabnya kenapa stock Biskut marie tak pernah putus kat rumah ni.. Paling tidak pun kena ada 2 bungkus kat rumah.. Memang sentiasa akan ada permintaan Kek Batik dari Irfan.. Cuma kali ni dia nak Kek Batik Horlicks.. Sememangnya Diana tau yang Diana tak ada beli biskut marie perisa coklat.. Nak tak nak guna jer ler biskut marie yang biasa tu... Untuk versi kali ni tak ada ler banyak perbezaan.. Cuma Diana kurangkan nestum dan tak bubuh coklat.. Juga menggunakan biskut marie bukan berperisa coklat.. Tu jer perbezaannya.. Yang lain tu semuanya sama..


Bila ditengok lapisan biskut tu tak ler berapa kemas eh... Tu disebabkan Diana hanya simpan 30 minit jer kat dalam peti ais.. Seeloknya simpan dalam peti ais terlebih dahulu sekurang-kurangnya 3 jam ke atas sebelum dipotong.. Kalau simpan semalaman lagi ok... Kemas jer bila kita potong kek tu kan.. Ok ler jom tengok resipinya..


KEK BATIK HORLICKS

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 6 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan Nestle nestum original 
  • 1 tin kecil susu pekat ( 388 gm ) _ ( Diana guna susu krimer manis cap junjung )
  • Biskut Marie 
  • Choc Rice secukupnya

Cara-cara
  1. Pukul gula bersama mentega sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, nestum dan horlicks... pukul adunan sehingga ianya betul-betul sebati.
  5. Masak adunan menggunakan kuali. Setelah adunan betul-betul pekat bolehlah diangkat.
  6. Sediakan loyang yang telah dilapis dengan kertas minyak atau aluminium foil dan bubuh sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
  7. Kemudian susun biskut marie di atasnya . Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  8. Taburkan choc rice di atasnya. Simpan di dalam peti ais sebelum sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dipotong ( lebih elok disimpan semalaman di dalam peti ais sebelum dipotong ).




16 comments:

Gee® said... Reply

nakk!!

kakchik@ella said... Reply

nampak sedap dan senang. Thnks share ye. nnti KC nak cuba ..

Mr.Clive said... Reply

mmmmm....yummylicious

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

hai D..rumah kak ros tak pernah beli horlicks...datang makan rumah D aje la ya.

Ummi said... Reply

Assalam adindaku Diana cayang (*cakap nada plg lembut niiii...hehe), boleh x akak nak barang sepotong dua kek batik horlicks Diana tuuuuuu??? Ada belen ke xdaaaaaaaa.....harap2 ada laa kaaaann...cantiiik bangat la Diana...lapisan teratur jerr...mesti sedap ni..

AZLITA AZIZ said... Reply

Salam Diana cayang... adoiii... napa lah rajin sungguh adikku sorang ni.. teramat rajinya..

Menarik kek Diana ni tapi nak kena pergi beli holick dulu.. akak pun macam Puan Ros jugak jarang beli Holick, kalau betul2 nak guna baru beli Diana..

kakna said... Reply

mudah ye.. nanti kena cuba la..
kena beli holick baru boleh buat.sama macam ita dan p.ros.

kayrul-shah said... Reply

kayrul dah pernah try versi cik mat gebu...tersangat la moist dan sedap. cantik kak diana punya kek tue

Melly Octaviana said... Reply

Hey Diana.. pesen yah yang banyak coklat rice nya..hehe

ummiakid-lily said... Reply

menarik nampak cake ni...kena beli horlicks le sebab isi rumah ni kureng minum horlick...nak buat pun nampak mudah...tq Diana share resepi menarik utk di try test nanti...

ijayuji said... Reply

Salam kakak cantek!! kenapalahhhh rajin sgt kakak yg sorang ni, kepala pening pun menjadi jer semuanyer, kalau kita keja besarkan golek2 atas tilam jer hihihi... jgn lupa makan ubat tau! Take care! muuuahhhh!

Cendana Kasih said... Reply

errmmmm...tak tahan tgk coklat rice yang kalerpul tu... cantik sesangat, kalo makan lagi lah sedap !!

Cheq Sue said... Reply

macam mana akak letak choc rice jadi cam zig zag tu ye... cun je nampaknya

Chah said... Reply

mak ai...patutla irfan suka..makcik2 irfan ni ha punnnnnnnn sukaaaaaa juga....diana tgh tak sihat tu..tk boleh mkn yg manis2 sgt...so boleh ai datang melawat sekarang? heeee

man said... Reply

nampak menyelerakan..

ummiaisyah said... Reply

x penah makan kek batik canggih camni...ada horlicks plak..mesti tulang kuat lepas mkn ni!!