Moga semua urusan kita hari ni dipermudahkan olehNya.. Cuaca hari ni di Labuan memang kurang elok.. Hujan lebat dan angin kencang pagi tadi.. Sekarang ni hujan dah berhenti namun masih lagi mendung.. Jadi kepada yang berhajat nak ke laut tu.. Pastikan ombak tak kuat ya.. Begitu juga yang memandu.. Walaupun hujan dah berhenti.. Jangan pandu laju-laju tau.. Jalan masih licin tu...
Kemarin Diana buat Pais Ayam Temasek ni.. Kebetulan sama pula menu kat rumah ni dengan Che Mat Gebu... Hehehee... Cuma Diana baru sempat kongsikannya hari ni.. Pais Ayam Temasek ni sesangat sedaaaap... Memang berbaloi mencubanya.. Siapa tak cuba tu memang rugi... Diana masak 2 ekor.. Seekor Diana bakar dan seekor lagi Diana tak bakar.. Keduanya sedap... Cuma yang dibungkus dalam daun pisang dan dibakar tu memang harum.. :). Makan ketika ianya masih panas lagi... Seeedaaaappp!!! ^__^. Terima kasih kepada Akak Ayu kerana mengetengahkan resipi ni... Terima kasih juga kepada tuan empunya resipi kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat SBK ni ya... Terima kasih...
Jom tengok resipinya.. Nak jemput makan memang dah habis dah... Hehheee.. Kali ni kita tengok gambar versi orang sibuk ambil pula.. Hehheee.. Ambil gambar ni semua memang dalam kelam kabut.. Huhuuu..
Jom tengok resipinya.. Nak jemput makan memang dah habis dah... Hehheee.. Kali ni kita tengok gambar versi orang sibuk ambil pula.. Hehheee.. Ambil gambar ni semua memang dalam kelam kabut.. Huhuuu..
:: Resipi Oleh ~ Puan Aini Salim (TQ )
PAIS AYAM TEMASEK
Bahan-Bahan
- 1 ekor ayam _ dibelah dua dan dibersihkan _ ( Diana buang kulitnya dan potong kecil² )
- 1 helai daun kunyit _ dihiris halus
- 2 helai daun limau purut _ disiat
- 2 cawan santan ( 1 biji kelapa )
- 2 camca besar gula melaka atau secukup rasa
- 1 camca besar pes asam jawa + 1/2 cawan air
- Garam secukup rasa
- Perasa _ ( Diana gantikan dengan Perencah pati ayam Tumix )
- Daun pisang secukupnya
Bahan-Bahan Kisar ( Diana kisar guna Food Processor )
- 15 tangkai cili kering _ ( Diana bubuh 13 tangkai cili kering )
- 12 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 8 biji buah keras
- 1 cm lengkuas
- Kunyit hidup sebesar ibu jari _ ( Diana tambah )
- 1 batang serai _ ( Diana bubuh 2 batang serai )
- Cili padi _ ( pilihan )
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
Cara-Cara
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga garing dan terbit minyak, guna api perlahan dan kacau selalu.
- Masukkan daun limau purut, jus asam jawa, santan, gula melaka dan kacau rata. Masak sekejap.
- Masukkan ayam dan gaul rata. Tambah garam dan perasa / perencah pati ayam secukupnya, masak hingga pekat dan hampir kering.
- Sediakan daun pisang, letak ayam tadi dan tabur dengan hirisan daun kunyit.
- Bungkus dan semat dengan lidi.
- Bakar dalam oven 15 - 20 minit atau hingga perang keemasan, suhu sekitar 190°C.
- Hidangkan panas bersama nasi.
14 comments:
Assalam kak diana,wah pais ayam nih mmg sy dah amik rsp kat umh kak uyu,mmg teruja sgt nk try bila dia kata hb dia bertambah nasi bila mkn pais nih,wah xsangka akak n cmg lagi cpt menerai,hehe..mmg nmpk sedap sgt kak,insyaAllah nk wat juga esk lusa,semua bhn dah da kcuali dun pisang,tuh yg tertangguh,huhu..
semakin menggoda pais ayam ni.. berkenan sangat lebih2 lagi bila tengok gambar2 yg D tayang ni ;-))))
asslm kak Diana...nice presentation..sgt mnarik..gambo yg cantik mbuatkan org lain kecur bile mlihatnye...
sedap la tgk pais ayam tu...lain dr yg lain...dh tsenarai dlm list..hehe
Salam D..betul2 gue tak tahan tengok ayam temasek ni..pertama kali nampak terus jatuh cinta..nampaknya kena ditry jugak ni..
Assalamualaikum Diana,
mmng dah dlm list menu pais ayam temasek ni, tapi tak terbuat2 lagi coz takde daun pisang...mmng nmpk sungguh menyelerakan..tak sabar nak cuba ni..
uwaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~` ni yg rasa mcm nk gi tebang pokok pisang tepi jalan nih.. eh.. saboo sabooo.. lg 2minggu nk balik kg, byk pokok pisang keliling umah. nnti blh try nih.
hwaaa...nanges tengok pais ayam...selalu kat johor ngan singapore tu popular ngan pais ikan...kali ni ayam pula.
sedapnya diana..
memang rugi kalau tak cuba ni
Assalaa diana,
wah itu dia..orang sibuk ambik gambar ..pada akak cantik macam tak sibuk ambik gamabr..heheh..
terimakasih juga pada diana kerana sudi mencuba ya..
As'Kum Diana cayanggg.. wahhhh macam biasa nak tengok gambar cantik cari kat sini memang kelesssss.. i likeeeee.... 1 juta kali okeh!
Dan masakan tu nampak enak sangattt nyaman bahhhhhhhh
npakkk sdpp sngat ayam pais Diana tu...msih basah2 gituw...xkeringg..ada plak ulaman kat sblah..mau mkn xhengit apa dh...
sedeapnyuerr..kalo kt kampung faa, temerloh, femes ngan pais tempoyak ikan patin...nyum2..
ni nk try buat ayam cmni plak..hihi
salam kak diana
lapar tgk ayam pais tu, nanti boleh lah try, menarik betul
salam diana,maaf terlambat sikit akak jenguk adik manis akak nih..hehe
makanan yang di bungkus dlm daun pisang sentiasa menarik minat akak..selalu nampak sedap dan menyelerakan...
Post a Comment