Assalamualaikum dan bertemu kita kembali di hari Jumaat yang mulia ini.. Alhamdulillah hari ini diberi peluang untuk Diana update 1 resipi kat SBK ini.. Namun untuk BW belum termampu lagi Diana laksanakan.. Mohon ampun dan maaf daripada Diana.. Diharap tiada yang berkecil hati ya..
Baiklah.. Resipi yang Diana hendak kongsikan bersama hari ini merupakan resipi dari Chef Hanieliza ( Buku Resipi : 50 Hidangan Penambat Selera )..Resipi asal menggunakan daging.. Tapi Diana tukar kepada ayam.. Resipi ini memang sedap.. Terima kasih kepada Chef Hanieliza di atas resipi yang sedap ini.. Izinkan Diana kongsikannya kat sini ya akak... TQ.. Muahsss...
:: Resipi Oleh ~ Chef Hanieliza @ Hanieliza's Cooking ( Buku Resipi 50 Hidangan Penambat Selera ) TQ
:: Nama Resipi Asal ~ Opor Daging
Bahan²
500 gm daging _ dihiris kecil ( Diana gantikan dengan ayam )
1/2 biji kelapa ( 2 cawan santan )
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan gula merah ( Diana bubuh secukup rasa )
3 keping asam gelugur
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan² A ( Digaul rata )
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Bahan² B ( Tumisan )
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pala
5 kuntum bunga cengkih
Bahan C ( Dikisar )
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
Cara²
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
- Masukkan bahan C dan bahan A. Kacau rata.
- Masukkan daging / ayam dan kacau rata sehingga nampak pecah minyak.
- Masukkan santan dan biarkan reneh dengan api sederhana kecil sehingga mendidih dan daging / ayam lembut.
- Masukkan gula merah, garam, asam gelugur dan kerisik. Kacau dan biarkan pecah minyak dan pekat.
- Sedia untuk dihidang.





8 comments:
Mas pun ada buku tu...suka dgn resepi dari chef hanaliza ni, alhamdulillah setiap kali cuba memang sedap hihii..
mcm biasa gambar akk mesti cantik dan menarik...nampak sgt2 sedap opor aym tu :)
salam Diana
lama nya tak nampak Diana bw ni mesti busy kan, oklah tu sesekali timbul dengan resepi yg sedap ni dah tau sedap ni gambar pun menariksss
amboiii, harumnya bau opor ayam tu sampai ke Semenanjung tau....
Sedapnyaaaa....
nmpak sedap je..lg2 kalo mkn ngan pulut..hehe
tp opor kat pahang kaler dia hitam..
Ermmmm...*gulp
BTW gmabra dalam ni semua cantik 2
salam diana. Sedap sungguh nampaknya tu.
Berselera makan dengan nasi panas2 ni.
salam kak,
memnag sedap opor ayam,suka kat kuah2 yg melekat dan menyaluti ayam..
Post a Comment