Saturday, December 8, 2012

~ Bubur Durian Dengan Nasi...

Sheery Dream Cakes | 3:03 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Selamat berhujung minggu kepada anda semua... Pasti ada yang merancang untuk bersiar-siar bersama keluarga kan.. Pasti seronok ya.. Baiklah entri kali ini Diana ingin kongsikan resipi Bubur Durian Dengan Nasi... Kalau sebelah sini, memang dah menjadi kebiasaan campur bubur durian atau jagung dengan nasi.. Memang sedap.. Tapi lain orang lain citarasanya kan... ;) 



Resipinya senang sahaja... Pasti ramai yang sudah tahu memasak bubur durian kan.. Tapi Diana kongsikan juga cara Diana menyediakan bubur durian bersama nasi ini di SBK untuk rujukan di masa akan datang.. Jom semak resipinya.. 




Bahan-Bahan
  • 16 ulas isi durian _ ( Jangan asingkan isi dari bijinya )
  • 500 ml santan pekat _ ( Diana guna santan segera dalam kotak Ayam Brand ) 
  • 2 3/4 cawan air
  • 2 tsp garam
  • Gula pasir secukup rasa
  • Daun pandan jika suka _ Dicarik dan disimpul ( Diana tidak bubuh )



Bahan-Bahan A

  • 1/2 cawan beras wangi _ ( Cuci dan toskan )
  • Air secukup kegunaan


Cara-Cara
  1. Masukkan beras ke dalam periuk yang sesuai. Tambahkan air secukupnya dan masak hingga beras kembang dan pecah ( seperti memasak bubur nasi ).
  2. Kemudian masukkan 2 3/4 cawan air, daun pandan, isi durian, santan, garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaul hingga gula larut dan biarkan ianya mendidih.
  4. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.
  5. Boleh dihidang ketika ianya masih panas atau disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk. 
  6. Boleh juga disimpan di dalam tempat beku. Biarkan ianya separuh beku kemudian barulah dinikmati. 






0 comments: