Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Kelmarin pagi sempat juga buat Kek Durian.. Kek Durian ini memang menjadi kegemaran kami sekeluarga.. Bubuh isi durian banyak².. Hehehhee.. Memang best makan tu.. :)
Untuk isi duriannya pula Diana guna durian yang isinya berwarna putih.. Yang itu terpulanglah kepada selera masing² ya.. Untuk sponge cake Diana ikut resipi dari Bake With Kevin Chai.. Cuma untuk kek durian yang Diana buat ini.. Diana gandakan sukatan resipi asalnya.. Untuk resipi Sponge Cake tengok kat bawah ini ya..
~ Sponge Cake by Kevin Chai ( TQ )
Ingredients
180 gm sponge mix
45 ml water
3 eggs
1 tsp vanilla essence
45 gm butter ( melted )
Method
- Preheat oven to 180°C, line bottom of a 18 cm ( 7-inch ) cake tin with greaseproof paper.
- Beat sponge mix, water and eggs in a mixer with hight speed until light and fluffy ( about 6 - 7 minutes ).
- Turn to low speed, mix in essence and fold in melted butter until well blended.
- Spread batter into prepared tin with lined greaseproof paper.
- Bake for 30 minutes or until cooked. Remove from oven and cool completely. Ready to use.
~ Kek Durian...
Bahan² Untuk Kek
360 gm sponge mix / tepung optima
90 ml air
6 biji telur
2 tsp esen vanilla
90 gm mentega ( dicairkan )
Cara²
- Panaskan oven pada suhu 180°C dan sediakan 3 atau 4 loyang bersaiz 7.5 inci. Alas loyang dengan kertas minyak. Ketepikan.
- Pukul tepung optima bersama air dan telur sehingga ringan dan gebu menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi selama lebih kurang 6 - 7 minit.
- Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan esen vanilla dan pukul rata.
- Masukkan mentega cair dan kaup balikkan dengan menggunakan spatula.
- Bahagikan adunan kek kepada 3 atau 4 bahagian. Masukkan setiap satu bahagian ke dalam loyang. ( Jika hanya mempunyai satu sahaja loyang, masukkan adunan secara bergilir-gilir ).
- Bakar sehingga kek masak dan keluarkan dari oven.
- Sejukkan sepenuhnya sebelum dihias dengan krim.
~ Krim Durian...
Bahan²
250 gm fresh cream _ ( dipukul hingga kembang dan gebu )
600 gm isi durian yang telah diasingkan dari bijinya_ ( dikisar menggunakan food processor )
Cara²
- Satukan kesemua bahan dan gaul rata menggunakan spatula.
- Sedia untuk digunakan.
:: Cara Melapis Kek
- Ambil sekeping kek span dan sapu di atasnya dengan krim durian dan ratakan.
- Kemudian lapis lagi di atasnya dengan sekeping kek span.
- Buat langkah No. 1 hingga kesemua kek habis digunakan.
- Setelah itu sapukan nipis krim durian di sekeliling kek.
- Akhir sekali sapukan di sekeliling kek dengan fresh cream. Hias mengikut citarasa masing-masing.
:: Note ~ Untuk sesiapa yang tinggal di W.P.Labuan... Sebab ada pertanyaan mengenai di mana hendak mendapatkan fresh cream ( Non-Dairy Whipping Cream / Krim Putar Bukan Tenusu ) di sini.. Biasanya Diana beli di Bataras dan Labuan Supermarket.. Cuba cari di bahagian tempat beku / freezer ( berhampiran dengan penyimpanan ais krim ), bukan di bahagian peti ais penyimpanan minuman kotak atau berhampiran dengan buah²an tu ya.. Kalau yang dekat sana itu bukan fresah cream.. Itu Dairy Whipping Cream / Thick Cream / Double Cream...Ianya tidak sesuai untuk topping kek.. Kelmarin masih ada stock di Labuan Supermarket.. Tapi hari ini tidak pasti lah kan.. Cuba tengok di Milimewah dan Utama jaya juga.. Diana harap anda dapat jumpa ya.. Sebab kekadang tu memang susah juga hendak mencarinya di Labuan kan..








22 comments:
kak diana kek durian? oh ni kalau kat umah ni agaknya laju dorang mkn..gojes sungguh kak kek tu..sweet sweet je
@norzila
Hehehe.. A'aa kek durian.. fav tu.. hihiii... sama gak kat umah akak.. suka jer dorg kalau akak buat kek durian... tq norzila.. :)
wah! Ni mesti satu rumah hantu durian ni, tapi memang gojes sungguhlaaaaaaaaa
Salam kak pehh mengoda betul kek durian akk ni....mcm terasa2 sampai ke tekak sy heee...nak pensan ni
@Sheila Shafeareen
Salam Sheila..
alahai! jangan pengsan dulu yer.. nanti kita makan sama2 yer.. :)
@Seri Kandi Tanah Jauhar
A'aa semua suka makan durian kecuali Irfan... hehheee... terima kasih :)
salamkak diana...
x pnh try lg kek nie...marbeles la kak :))
durian saje ek kebelakangan ni. mentang2 musim dia.. hehe
@asmah yusof
Salam asmah..
oo yer ker.. tak per nnt ada masa boleh ler try buat kan.. ;)
@MéuzAngelo™ XXIII
Hehehee.. tu la psal kan.. ;)
Hamboiiii Diana... mentang2 musim durian... kek pon durian jugak yer...
Salam Kak..Kek Doyan..bestnyaaaaaaaa
bestnya kak diana, kek durian ni dah lama tina ngidam nak makan, tapi tak terbuat2
kak diana nak tanya, krim tu selalu letak byk mana ye sebab tgk each layer mcm sama je ketinggian dia, tina selalu fail bab letak cream ni, mesti tak sama byk
Sedapnya kek durian... tak pernah rasa lagi ni... kena buat jugalah ni :D
Post a Comment