Sunday, September 2, 2012

~ Chinese Rice Dumpling ( Chang Ayam )...

Sheery Dream Cakes | 1:27 PM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Alhamdulillah bertemu kita kembali di entri kali ini... Hari ini pasti ramai yang pergi keluar bersiar-siar bersama keluarga tersayang kan.. Cuaca kat Labuan pun agak elok kalau nak pergi bersiar-siar kat taman ker kan.. Pergi tepi pantai ker kaaan.. :)


Entri kali ini.. Diana hanya nak kongsikan resipi ulang tayang ... Resipi campak-campak gitu ja pun... Chinese Rice Dumpling atau lebih dikenali sebagai " Chang " memang menjadi kegemaran kami sekeluarga... Dulu ada juga Diana pernah kongsikannya kat sini di entri yang lepas... Baik la.. Apa kata kita tengok resipi ulang tayang ini sekali lagi... Cuma kali ini Diana ada tambah 1 bahannya untuk versi kali ini ya.. :)



Bahan-Bahan
  • Beras pulut _ cuci dan toskan ( jika hendak rendam pun boleh tapi Diana tidak suka merendam beras tu sebab ia akan nampak hancur setelah siap direbus nanti ).
  • Daun pandan / Daun buluh kering ( boleh di dapati di kedai-kedai yang menjual bahan-bahan untuk Chang ).
  • Pengikat Chang yang dibuat dari kulit pisang atau sejenis lalang / rumput _ rendam terlebih dahulu sebelum digunakan.

Bahan-Bahan Inti

  • Dada ayam _ dibersihkan dan dipotong kecil-kecil
  • Cendawan shitake kering _ direndam dan dipotong kecil-kecil
  • Dried chestnuts _ rebus hingga lembut dan buang sisa kulit yg masih ada
  • Rebung dalam tin _ dihiris kecil-kecil
  • Preserved Vegetable _ rendam sekejap dan dibersihkan
  • Bawang merah _ dicincang halus
  • Bawang putih _ dicincang halus
  • Serbuk lada putih
  • Rempah 5 ( 5 spices )
  • Garam
  • Perencah pati ayam Tumix
  • Kicap pekat Yot Brand

**Boleh juga dicampur dengan bahan-bahan seperti daging, udang kering, scallops, salted egg yolk dan ianya terpulang pada citarasa masing-masing.


Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, rebung, cendawan dan preserved vegetable. Masak seketika.
  3. Campurkan garam, kicap pekat, serbuk lada hitam dan rempah 5.
  4. Masak hingga bahan-bahan empuk dan sedikit garing.
  5. Angkat dan biarkan sejuk seketika. 
  6. Ketepikan.


:: Cara-Cara Menyediakan  Berasnya
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
  2. Masukkan beras pulut, garam dan kicap pekat. Masak seketika.
  3. Angkat.


:: Cara-Cara Membungkus Chang
  1. Ambil sehelai daun pandan atau daun buluh ( letakkan daun pandan sepanjang 2 inci di dalamnya jika menggunakan daun buluh ) dan lipat membentuk seperti kon. 
  2. Isikan sedikit beras pulut dan isikan sedikit inti ayam di atasnya.
  3. Masukkan juga sebiji atau beberapa biji chestnuts dan kemudian tutup atasnya dengan beras pulut semula.
  4. Lipat / bungkus chang dengan kemas dan ikat menggunakan tali pengikat chang.
  5. Masukkan chang ke dalam air mendidih ( jumlah air mesti melebihi paras chang ) sehingga Chang Ayam masak. 
  6. Biasanya masa merebus tidak kurang dari 1 jam 30 min. Tapi ia bergantung juga kepada saiz bungkusan chang yang kita buat.







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>