Friday, March 15, 2013

~ Resipi Ayam Palembang...

Sheery Dream Cakes | 11:56 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini buat entri tertangguh lagi... :). Ayam Palembang ini sudah lama habis.. Baru hari ini berkesempatan update di blog.. Ramai juga yang dah mencubanya kan.. Resipi asal menggunakan daging.. Tapi Diana tukarkan kepada ayam... Terima kasih kepada tuan punya resipi dan kepada semua yang mengetengahkan resipi yang sedap ini... Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya.. Terima kasih... 



AYAM PALEMBANG 

Bahan-Bahan
  • 700 gram daging _ potong lebar dan nipis ( Diana gantikan dengan ayam )
  • 2 batang serai _ dititik
  • 500 ml santan pekat _ ( boleh gantikan dengan kerisik ) _ Diana bubuh kerisik
  • 1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang ( Habhals ) _ Diana guna saus manis ABC + Karamel Pekat Klasik Loon Kee
  • Minyak


Bahan Kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 15 biji cili kering

Rempah Penumis
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
  3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

:: P/S ~ Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik. 




11 comments:

Marsita Yahya said... Reply

tangkap leleh...pasti dicuba nanti.

adda syuhada said... Reply

Adda suker sangat ayam dimasak mcmni..tp xpernah lgi cuba..

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Reply

salam diana..
memang sedap sgt2 msk palembang ni... bolehlah akak tukar ke ayam pulak... anak2 mesti suka..

Gee® said... Reply

Aduh Diana... rasa nk terbang ke Labuan makan ayam Palembang... amat menyelerakan...

Unknown said... Reply

Melly...sedapnyerrr...mkn dgn nasik panas2 lg walllahhhh....hihihi

Kamsiah yusoff said... Reply

sedapnya..makan dgn pulut kuning pun sedap kan

Mas said... Reply

sedapnya tengok ayam palembang tu...
nnti mas nak try ayam pulak la..

Yatie said... Reply

waduhhhhh..nmpk sungguh menyelerakan...pasni nak cuba ayam pulaklah...semalam akak masak telur resepi ni..sedap gak..gara2 rasa kuahnya yg sedap sngt..boleh dipelbagaikan...kan..

Mori Said said... Reply

lom pernah cuba resepi nie... selera tengok gambar nya...hehehe

Love2cook Malaysia said... Reply

Sungguh menyelerakan dear!!!

Marsita Yahya said... Reply

Salam, mintak izin pinjam gambo yek...
my-mintroom.blogspot.com/2013/03/ayam-palembang-nasi-bolognese.html