Saturday, September 13, 2014

~ Chocolate Beetroot Cake Recipe...

Sheery Dream Cakes | 11:17 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Chocolate Beetroot Cake yang sedap di tekak kami sekeluarga.... Di tekak orang lain tidak pasti pula ya... Lain orang lain citarasanya.. Macam Diana sendiri... Untuk aisingnya tu Diana rasa sedikit manis dan perlu kurangkan sukatan gula aisingnya bila buat lain kali lagi... Tetapi bila ditanya pada anak-anak.. Semuanya ok sahaja... Ya lah selera budak-budak memang suka yang manis-manis kan... Lainlah selera orang macam Diana ni.. Senja sudah melabuhkan tirainya... ;)



Ubi Bit atau Beetroot sememangnya sedap dimakan mentah ( dibuat salad ) atau dimasak ... Ianya sejenis ubi yang mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita.. Namun bukan semua orang sesuai mengambil ubi ini... Ubi bit ini kaya dengan asid oksalat  dan pengambilan ubi bit ini tidak sesuai kepada sesetengah pesakit. 

Diana boleh makan beetroot ini begitu sahaja namun ahli keluarga yang lain memang tidak boleh telan langsung beetroot ini mentah-mentah... Sebab bila ianya dimakan mentah rasa dan bau yang keluar seperti bau tanah... Walaupun sedap namun bau tanahnya yang kuat membanutkan selera mereka... Jalan penyelesaian untuk beri anak-anak makan Beetroot ini dengan cara bubuh ke dalam kek coklat... Langsung mereka tidak perasan pun yang kek coklat itu ada beetroot.. Bertambah-tambah mereka makan kek ini tanpa sedari beetroot juga bahan utamanya.. Hehhehee... 

Baiklah... Beralih kita kepada resipi Kek Coklat Ubi Bit pula ya... Resipinya dari blog Mowielicious ...TQ buat tuan empunya resipi dan izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya...


:: Sumber Dari ~  Mowielicious  ( TQ )
:: Terjemahan Oleh ( mengikut apa yag Diana telah buat ) ~  Meley Mey's Kitchen  

CHOCOLATE BEETROOT CAKE  

Bahan-Bahan 
  • 200 gm dark chocolate ( 70% )
  • 4 tbsp espresso panas _ pernah gantikannya dengan air kopi segera panas 
  • 200gm mentega _ dipotong dadu kecil
  • 135 gm tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 3 tbsp serbuk koko
  • 5 biji telur _ asingkan putih dan kuningnya
  • 200 gm gula kastor
  • 250 gm puri ubi bit / beetroot _ ( ubi bit dikupas kulitnya dan potong kecil kemudian direbus atau dikukus barulah dikisar dalam food processor ) 

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 180°C  dan sediakan 2 loyang bersaiz 20cm dan lapiskan dasarnya dengan kertas minyak dan sapukan keseluruhan loyang dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Cairkan coklat di atas air panas ( pastikan mangkuk yang berisi coklat itu tidak menyentuh air kerana musuh utama coklat adalah air .. kata guru coklat Diana.. hehehe masih ingat tu pesanan cikgu tau, TQ guru coklat ku.. ). 
  3. Setelah coklat cair, masukkan air kopi panas ke dalam coklat cair ( Diana tidak bubuh ) dan gaul rata.
  4. Masukkan pula mentega dan gaul sehingga mentega cair dan sebati.
  5. Alihkan dari wap air panas dan ketepikan sehingga ianya sejuk.
  6. Kemudian ayak tepung, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.
  7. Di dalam mangkuk yang lain, pukul kuning telur sehingga berbuih. Campurkan kuning telur ini berserta puri ubi bit ke dalam adunan coklat yang telah sejuk tadi. Gaul sebati. Ketepikan.
  8. Di dalam mangkuk yang lain pula pukul putih telur sehingga kembang kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi hingga sebati.
  9. Masukkan ke dalam adunan coklat dan ubi bit tadi dan kaup balik sehingga rata.
  10. Masukkan campuran tepung dan kaup balik hingga rata.
  11. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak.
  12. Keluarkan dari oven dan sejukkan.

~ Chocolate Buttercream... 

Bahan-Bahan
  • 300 gm gula aising
  • 150 gm mentega _ pada suhu bilik
  • 100 ml double cream
  • 50 gm serbuk koko _ ( Diana gantikan dengan Nutella secukup rasa )  

Cara-Cara 
  1. Pukul gula aising bersama mentega sehingga rata kemudian masukkan double cream dan pukul lagi sehingga sebati. 
  2. Kemudian masukkan serbuk koko atau nutella dan gaul rata.
  3. Sedia untuk digunakan.


~ Chocolate Icing... 

Bahan-Bahan
  • 200 gm dark chocolate ( 70% )
  • 200 ml double cream
  • 4 tbsp golden syrup

Cara-Cara
  1. Panaskan coklat dan syrup di atas api kecil dan kacau sentiasa sehingga ianya pekat dan tuang di atas kek.

** NOTE ~ ( Diana tidak buat ikut resipi choc icing di atas ya.. Diana gantikannya dengan choc ganache.. Rujuk di bawah untuk resipinya )


:: Sumber Dari ~ Poires au Chocolat ( TQ )

CHOCOLATE GANACHE

  • 125 ml coconut milk
  • 125 gm dark chocolate ( 70% )
  1. Pour the coconut milk into a small saucepan and place over a medium heat. 
  2. Chop the chocolate into small chunks and place into a small bowl. 
  3. When the coconut milk just comes to a boil take off the heat and pour over the chocolate.
  4. Leave for one minute then whisk until smooth. 
  5. Let cool for 10 minutes before pouring over the cake






0 comments: