Wednesday, September 10, 2014

~ Resipi Ayam Goreng Lada Hitam...

Sheery Dream Cakes | 8:58 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Pagi ini Diana ingin menjemput anda semua singgah ke dapur Sinar Kehidupanku pula ya... Pelbagai resipi terdapat di sana.. Untuk hari ini Diana ingin kenalkan anda dengan resipi ayam dari Akak Yatie... Ayam Goreng Lada Hitam nama diberi.. Sungguh sedap dimakan bersama nasi... Terima Kasih buat Akak Yatie di atas resipi yang sedap ini... Mudah juga untuk disediakan... Izinkan Diana kongsikannya di sini ya akak... Terima kasih...


:: Resipi Oleh ~  Akak Yatie @ Sinar Kehidupanku  ( TQ )

AYAM GORENG LADA HITAM

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam-potong 16
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • Minyak masak secukupnya
  • 2 sudu besar lada hitam _ kisar kasar
  • 1 tangkai cili merah*
  • 1 tangkai cili hijau*potong serong )
  • Daun sup secukupnya _ hiris halus
  • 2 biji tomato _ belah 4
  • 1 labu bawang besar _ potong bulat

Bahan Hiris
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan Sos
  • 3 sudu besar kicap jalen manis
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1/2 cawan air


Cara-Cara
  1. Ayam di bersihkan, cuci dan toskan. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng separuh masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan dulu.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan hiris sehingga sedikit layu. Masukkan bahan-bahan sos dan gaul rata.
  4. Masukkan lada hitam kasar, cili hijau, cili merah. Masukkan ayam yg digoreng tadi. Gaul rata.
  5. Masukkan bawang besar yg dipotong bulat dan tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu. Perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan bolehlah di angkat dan hidangkan.
  6. Taburkan dengan hirisan daun sup. Sedap dimakan bersama nasi putih panas. 




2 comments:

Gee® said... Reply

Aduh mak ai!! terus lapar tengok lauk ayam...

Sweet red cherry said... Reply

menggoda ayam goreng akak tu!!! huu, lapar..