Tuesday, September 9, 2014

~ Resipi Pau Sambal...

Sheery Dream Cakes | 10:50 AM |


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pau Sambal atau dikenali juga sebagai Burger Malaysia merupakan kuih yang sangat digemari ahli keluarga Diana.. Syaratnya... Ha' ada syarat tu.. hehehhee... Sambalnya kenalah bubuh banyak-banyak... Sedaaap...

Untuk merujuk resipi Pau Sambal ini sekali lagi kita singgah di Dapur Tanpa Sempadan ... Buat Che Mat.. Izinkan Diana kongsikannya di sini ya Che Mat... Terima kasih... :)


:: Resipi Oleh ~  Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ )

PAU SAMBAL  

Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 camca besar gula halus
  • 2 camca besar susu tepung
  • 1 1/2 camca besar lemak sayur ( shortening )
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 1 1/4 camca teh instant yeast ( mauripan )
  • 120 ml air suam
  • Sambal tumis secukupnya _ ( resipi rujuk di bawah )
  • Hirisan timun secukupnya ( 10 keping )
  • Kepingan keju ( che mat guna cisdale sekeping potong 4 ) _ Diana gantikan dengan burger daging ayam 
  • Sedikit daun salad ( optional )

Cara-Cara
  1. Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan 1/2 camca besar gula halus ( dari resipi yang sama ). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuahn berbuih2. Sementara itu masukkan tepung baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  2. Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, tak perlukan habiskan air jika doh telah ok.
  3. Kemudian bahagi kepada 10 bahagian sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit. Perap 35 - 45 minit atau hingga kembang.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Biar sejuk, belah 2 dan sapu dengan sedikit sambal tumis, letak sekeping hirisan timun, sekeping potongan keju dan selitkan sedikit daun salad, jika suka. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang.  


:: Resipi Oleh ~  1resepi Kuih  ( TQ )
:: Sumber ~  Aku Bukan Masterchef  ( TQ )

SAMBAL IKAN BILIS  

Bahan-Bahan
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan ( bakar )
  • 10 tangkai lada kering ( rebus dan kisar halus )
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 2 sudu makan gula merah 
  • 1/2  cawan jus asam jawa
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh garam

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis. Goreng hingga kekuning-kuningan.
  2. Masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. Gaul rata dan biarkan menggelegak.
  3. Masukkan gula merah, gula pasir, jus asam jawa ( Diana bubuh secukup rasa ) dan garam. Gaul rata dan biarkan menggelegak seketika.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Sedia untuk dinikmati bersama pau goreng atau makanan kegemaran anda.





1 comments:

Bbwana adienia said... Reply

comel dan menggoda pau sambal akak tu..^_^