Saturday, December 27, 2014

~ Resipi Kek Batik Coklat Cheese...

Sheery Dream Cakes | 7:56 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kek Batik Coklat Cheese Pesona ni memang sedap… Entah sudah berapa kali Diana membuatnya.. Ianya juga kek kegemaran Diana sendiri… Hari ini Diana kongsikannya sekali lagi di sini.. Cuma ada sedikit olahan Diana buat untuk kali ini.. Nak tau apa olahan yang dibuat untuk kek kali ini? Apa kata kita semak resipinya di bawah...


KEK BATIK COKLAT CHEESE PESONA 

:: Olahan Oleh ~ Izah @ Izah Muffin Lover ( TQ )
:: Resipi Asal ~ Mylla @ My Resipi  ( TQ )
:: Idea Oleh ~ Noorsha @ 1001 Cerita 1001 Rasa  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ HaSue @ I Love My Life  ( TQ )


Lapisan Coklat ( Kek Batik Coklat Beragar - Agar )


Bahan-Bahan
  • 2/3 cawan air
  • 1 sk serbuk agar-agar
  • 250 gm butter
  • 125 gm milo
  • 3 sb serbuk koko
  • 1/2 sk serbuk nescafe
  • 1/2 tin susu pekat ( tin 505gm ) _hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing-masing
  • 1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit

Cara-Cara
  1. Sediakan Loyang yang dialas plastik bersih ( tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dari loyang tanpa mencacatkannya ).
  2. Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar-agar. Kacau sehingga cair ( *kacau hingga serbuk agar-agar  larut dan air mendidih ).
  3. Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali.
  4. Apabila sudah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit dan gaul sehingga milonya sebati.
  5. Seterusnya masukkan serbuk koko. Gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi. ( *boleh rasa cicip kemanisan yang disukai ).
  6. Setelah pekat ( adunan yang mengandungi agar-agar ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal ). 
  7. Boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
  8. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  9. Ulangi langkah No. 7 dan 8 sehingga adunan habis ( Tinggalkan sedikit adunan coklat untuk lapisan terakhir selepas lapisan cheese ).
  10. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
  11. Potong dan siap untuk dihidangkan.
  12. *Untuk kek batik coklat beragar-agar ini tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti ais, sudah boleh dinikmati dan dipotong.

Lapisan Cheese ( Kek Lapis Cheese Persona ) _ *izah buat half Diana buat 1 adunan di bawah )

:: Resipi Asal Oleh ~  Ryo @ Ryoazhar ( TQ )

Bahan²-Bahan~ ( Saiz 9x9 )

A

2 bungkus biskut marie perisa coklat - lebih kurang 600 g ( ryo guna jenama LEE ) 
500 ml susu segar, dipanaskan

B

500 g cheese cream ( Philadelpia / Tartura )
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Cara-Cara

  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik / kertas minyak / baking paper.
  5. Panaskan susu segar, padamkan api.
  6. Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu ( suam-suam panas ). Terus susun dalam bekas. ( Celup 1 saat je tau ).
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese. ( Kalau pakai jenama LEE, boleh ramas-ramaskan je dalam penapis tu. Jadi serbuk lah ia.. )
  11. Tekan-tekan sikit permukaan tu dan masukan dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

:: Ini pula cara yang Diana buat untuk mengabungkan 2 resipi di atas ~ 
  1. Keluarkan lapisan coklat ( kek batik coklat beragar-agar ) dari peti ais dan susun biskut marie di seluruh permukaan lapisan coklat.
  2. Ratakan adunan cheese di atasnya, kemudian ambil sedikit adunan ( KLIK UNTUK RESIPI )   SALTED CARAMEL dan ratakan di atas adunan cheese tadi. Taburkan bahan-bahan crumble ( rujuk resipinya di dawah ) di atasnya.
  3. Lapis lagi di atasnya dengan sedikit adunan cheese dan celup biskut marie ke dalam susu dan susun biskut marie di seluruh permukaan lapisan cheese. Ulang langkah No.2 dan 3 sehingga adunan cheese habis digunakan.
  4. Ratakan lapisan coklat ( adunan kek batik coklat beragar-agar ) di atasnya .
  5. Akhir sekali, taburkan bahan crumble di atas kek.
  6. Masukkan ke dalam peti ais semalaman sebelum dipotong.

Bahan-Bahan Crumble ~ by SheeryDreamCakes
  • 10 keping biskut marie Munchy's 
  • 50 gm Honey Cornflakes  atau  Koko Krunch
  • 50 gm / secukupnya mentega cair 

Kisar biskut marie bersama honey cornflakes dengan menggunakan food processor. Kemudian campurkan bersama mentega cair dan digaul rata. Sedia untuk digunakan.





0 comments: