Saturday, December 13, 2014

~ Resipi Lasagna Daging...

Sheery Dream Cakes | 9:51 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Lasagna daging memang kegemaran kami sekeluarga.. Resipi yang Diana ambil dari blog Che Mat Gebu ini memang sedap... Terima kasih kepada tuan empunya resipi dan juga Che mat Gebu kerana mengetengahkan resipi ini.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya..


:: Resipi Oleh ~ Joayee My Resepi  ( TQ )
:: Sumber ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ ) 



LASAGNA DAGING

Bahan Utama 
  • Kepingan Lasagne secukupnya ( mat guna jenis kecil, 10 keping )
  • White sauce ( resipi dibawah )
  • Inti daging ( resipi dibawah )
  • Parutan keju mozarella secukupnya
  • parutan keju cheddar secukupnya

Bahan Inti 

  • 450 g daging kisar
  • 2 biji bawang besar, didadu
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia**ditumbuk halus )
  • 1 camca besar cili kisar
  • 2 helai bay leaf
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • 1 tin tomato "plum" diramas
  • 1 camca besar rempah kari daging
  • 2 camca besar tomato puri
  • 1 tin cendawan butang, tos, cuci dan hiris nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk White Sauce 

  • 600 ml susu segar
  • 3 camca besar tepung gandum
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • Secubit garam


Cara membuatnya 
  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk, tomato puri dan cili kisar hingga wangi, masukkan rempah kari, bawang besar, bay leaf dan gaul rata. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging berubah warna. Tuang tomato plum yang telah diramas tadi bersama lada hitam. Masak hingga mendidih. Tambah garam dan gula secukup rasa, masak hingga kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK WHITE SAUCE :- Panaskan susu bersama tepung, kacau dengan whisk hingga sebati. Masukkan secubit garam dan juga lada hitam, masak sambil terus mengacau hingga bancuhan pekat. Gunakan api perlahan. Angkat dan sejukkan.
  3. PENYEDIAAN LASAGNA :- Panaskan air hingga mendidih, campur 1 camca teh minyak makan dan celur kepingan lasagna sehingga lembut, angkat dan letak atas dulang yang disapu sedikit minyak masak. Buat hingga siap. 
  4. Sapukan bekas lasagne dengan sedikit mentega, alas dasarnya dengan sekeping lasagne ( mat guna 2 keping sebab kecil ), sudu dan ratakan inti daging, tabur sedikit parutan keju cheddar dan alas dengan kepingan lasagna, kemudian sapu dengan white sauce, lapis lagi dengan kepingan lasagne dan ratakan lagi inti daging. Buat hingga siap dan lapisan terakhir diakhiri dengan baki inti daging dan tabur dengan keju mozarella.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Boleh dihidang panas atau pun suam.




0 comments: