Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Betapa masa berdetik begitu pantas sehingga tidak terasa hari demi hari berlalu meninggalkan kita semua. Sungguh hari-hari itu terasa singkat. Semoga kita semua sentiasa di dalam redha dan rahmatNya. In Shaa Allah hari mendatang akan lebih baik dari sebelumnya. Hari ini 14 Syawal 1438 H. Masih banyak jemputan rumah terbuka diterima. In Shaa Allah.. kami akan berkunjung nanti dan Terima Kasih atas jemputannya ya.
Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Kek Kukus Lapis Asam Manis Coklat. Resipi sama sahaja dengan versi yang lepas ( klik DI SINI ) cuma Diana tambah coklat di dalam adunan kek tu. Caranya pun mudah sahaja. Tak perlu nak susun haw flakes tu satu persatu. Haw flakes tu Diana cincang kasar dan bubuh di dalam adunan kek sebelum dikukus. Jika ingin sedikit kelainan di dalam rasa kek kukus lapis asam manis ni, bolehlah mencuba resipi di bawah ni ya.
KEK KUKUS LAPIS ASAM MANIS COKLAT
Bahan-Bahan
- 5 biji telur
- 250 gm mentega
- 1 3/4 cawan biskut cap ping pong Hup Seng Cream Crackers yang telah dikisar halus
- 1/2 cawan gula kastor
- 1/2 tin kecil susu pekat manis ( 194 gm )
- 1 tsp esen vanilla
- 1 tsp baking powder
- 120 gm haw flakes_ dicincang kasar ( boleh dikurangkan kepada 100 gm jika anda menambah sukatan coklat )
- 100 gm coklat masakan _ dicincang kasar ( boleh ditamah jika suka rasa coklat yang lebih kuat )
- Pewarna hijau, oren dan kuning atau warna pilihan masing-masing
Cara-Cara
- Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
- Mentega dan gula diputar sehingga kembang.
- Kemudian masukkan telur dan putar lagi
- Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
- Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
- 1 bahagian bubuh 60 gm haw flakes cincang + pewarna oren, 1 bahagian lagi bubuh juga 60 gm haw flakes cincang + pewarna hijau dan sebahagian lagi tambahkan coklat cincang + pewarna kuning. ( Jika anda suka rasa coklat yang lebih kuat, bolehlah di bubuh 2 bahagian adunan kek untuk coklat dan tambahkan sukatan coklat serta kurangkan sukatan haw flakes cincang kepada 100 gm sahaja ).
- Ambil sedikit adunan oren dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Setelah ianya masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi / cake tester. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
- Lapis lagi di atasnya dengan adunan warna kuning. Buat begini sehingga adunan kek habis digunakan.
0 comments:
Post a Comment