Showing posts with label Ambuyat. Show all posts
Showing posts with label Ambuyat. Show all posts

Friday, May 6, 2011

~ Resipi Ambuyat Cicah Ikan Merah Goreng & Stim 3 Rasa...

Sheery Dream Cakes | 10:18 PM | | 12 Comments so far



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini ingin kongsikan resipi ikan yang sangat sedap dimakan bersama ambuyat ( sedap di tekak kami la ya .. Lain orang lain seleranya kan ).. Diana masak 2 versi.. 1 versi ikan yang dikukus dan 1 lagi versi ikan yang digoreng.. 

Kalau singgah di dapur Akak Ummi dan Akak Nor pasti jumpa resipi ni.. Tergoda tengoknya.. Maka hari ini terpanggil untuk memasaknya di dalam kedua-dua versi tu.. Kami makan bersama Ambuyat ( Ewah!! Menu baru untuk dimakan bersama Ambuyat .. hehehe ). Diana bagi kuahnya banyak sedikit sebab nak makan bersama Ambuyat kan.. Percubaan pertama dan pasti akan buat lagi .. Sedap sesangat!! Terima kasih buat Chef Norzailina kerana berkongsi resipi yang sesangat sedap ni.. Terima kasih juga kepada Akak Ummi dan Akak Nor kerana mengetengahkan resipi ni ya.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini... Terima kasih..

::  Versi Kukus  ::



:: Resepi Asal ~ Chef Norzailina
:: Sumber ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home & Akak Nor @ Secubit Garam



AMBUYAT CICAH IKAN MERAH GORENG/STIM 3 RASA


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau hendak kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan-Bahan dicincang Halus
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan-Bahan  Dihiris Halus
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos
  • 2 cam. besar cili kisar
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis
  • 1 cam. teh kicap manis

Cara-Cara
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang d lengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak.
  4. Sementara itu dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman. 
  9. ( Makan bersama Ambuyat pun sedap taau.. )







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, January 15, 2011

~ Resipi Ambuyat ( Sagu ) Cicah Sambal Bambangan...

Sheery Dream Cakes | 5:29 PM | | 4 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

A M B U Y A T.... Apa itu Ambuyat? Ianya dihasilkan dari pokok rumbia.. Ermm.. kadang-kadang ada yang panggil Ambulung… Kalau dulu Diana pun kurang pasti apa perbezaan antara ambuyat dengan ambulung ... Sama ada ia panggilan sebelum atau selepas dibancuh ( pepandai jer kan.. )... heeheee... atau ia panggilan dari daerah-daerah mahu pun negara yang berbeza?.. Kalau kat Labuan dan Sabah.. kebiasaannya akan dipanggil Ambuyat... Pernah Diana dengar orang panggil ianya Ambulung... Alahai!!.. Pening .. heeheee… Tidak kisah lah ambuyat atau pun ambulung… yang penting ianya sama dan sedap!!! kan kan kaannn.... :)

Tetapi sekarang Diana sudah faham apakah perbezaan antara keduanya tu.. Sebenarnya Ambulung tu adalah nama sebelum ianya dibancuh dengan air panas.

Ambuyat pula panggilan untuk Ambulung yang telah dibancuh ( kalau salah tolong perbetulkan ya )… 

Salah tu keunikan Ambuyat ini.. Ianya dimakan menggunakan penyepit khas yang diperbuat dari buluh yang dipanggil chandas..



Ambuyat amat popular di kalangan orang-orang Borneo .. Utamanya di kawasan Sabah, Labuan dan Brunei... Tapiii.. orang Semenanjung pun dah ramai suka makan Ambuyat tau.. Masa mereka datang untuk aktiviti Homestay di kg Diana @ Kg. Sg. Labu, W.P.LABUAN.. salah satu menu yang akan diperkenalkan adalah Ambuyat.. Ambuyat ini sedap dimakan dengan cicah udang kering + belacan, sambal tumis kangkung / sayuran lain, kuah-kuah ikan dan ia mengikut citarasa masing-masing la kan… 


 ::  Ambulung dibancuh dengan sedikit air  ::

 :: Tuangkan air panas mendidih sambil digaul sehingga ianya pekat  ::

:: Ambuyat dah siap untuk dinikmati bersama sambal, kuah ikan, sayur pucuk paku, kangkung dan yang paling best kan kalau makan dengan sambal bambangan atau sesetengah orang suka makan bersama sambal binjai… Sedap juga makan dengan ikan yang diperap tu.. apa ek namanya.. kalau kat Labuan pangil hampap ikan.. ::



~ SAMBAL BAMBANGAN...




Buah Bambangan adalah sejenis buah yang sedap dimakan begitu sahaja atau pun enak juga dibuat sambal mahupun jerak... Ianya merupakan menu yang membuka selera kita.. Diana lebih suka buah bambangan ini dibuat sambal... Makan dengan nasi panas atau cicah dengan Ambuyat... Memang sedaaap!!! :)




SAMBAL BAMBANGAN

Bahan-Bahan
  • 200 gm isi buah bambangan
  • 1 ulas bawang merah _ dihiris
  • 3 biji cili padi _ dihiris / dicincang / ditumbuk
  • 1 tsp belacan _ bancuh sedikit dengan air yang telah dimasak
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
  2. Sedia untuk dinikmati.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>