Showing posts with label SBK. Show all posts
Showing posts with label SBK. Show all posts

Thursday, January 10, 2019

~ Ulang tahun ke-8

Sheery Dream Cakes | 12:54 PM | 5 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... 

Agak lama tidak bersiaran di sini.. Terasa rindu sangat dengan semua orang... Alangkah meriahnya suasana blogging suatu ketika dulu kan.. Alhamdulillah banyak kenangan manis bersama. Walau hanya kenal di alam maya, tetapi persahabatan itu tidak terhenti di sini. Ada juga sahabat alam maya yang masih berhubung dengan Diana hingga kini melalui whatsapp. Alhamdulillah dan terima kasih di atas persahabatan ini. In Shaa Allah.. Semoga persahabatan alam maya yang terjalin ini sentiasa mendapat rahmat dan berkekalan selamanya. Aamin.

Hari ini merupakan ulangtahun ke-8 buat Melley Mey's Kitchen ( Sheery Dream Cakes ).. Sedar tak sedar sudah 8 tahun blog ini wujud. Walaupun tidak seaktif dulu lagi, tetapi blog ini akan tetap di sini buat rujukan Diana dan semua yang sudi. Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di sini walaupun dapur maya ini sudah lama menyepi. 

Faktor usia dan masa sememangnya membuatkan Diana kurang aktif blogging lagi sekarang ini. Nak pegang DSLR tu memang malas dah. Hahahaaa.. Hanya ambil gambar guna handphone sahaja sekarang ni kongsikannya di Instagram. Di Instagram masih lagi ada gambar-gambar makanan yang Diana kongsikan. Cuma tidak lah aktif sangat ya. Kadang-kadang sahaja ada kongsikannya. Di bawah ni antara gambar yang ada di Instagram Diana.

Baiklah, setakat ini sahaja buat kali ini.. Semoga bertemu lagi dilain siaran.. In Shaa Allah.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, January 10, 2014

~ Terima Kasih Sahabat...

Sheery Dream Cakes | 12:24 PM | 8 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua pengunjung SBK ...  

Begitu cepat masa berlalu... SBK dah 3 tahun sudah rupanya.. Alhamdulillah... Hari ini genaplah 3 tahun perjalanan SBK di alam maya ini... Syukur kepada Allah S.W.T. kerana memberi peluang dan ruang untuk Diana teruskan blogging lagi pada tahun ini... Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi berkunjung ke SBK selama ini... 


Dikesempatan ini juga Diana ingin memohon ampun dan maaf kerana belum berkesempatan untuk membalas komen-komen anda semua.. BW pun hanya seketika... Buat masa ini memang Diana agak sibuk sedikit.. InsyaAllah.. Jika ada ruang dan masa.. Diana akan buat mana yang termampu ya... 


Hari ini SBK juga berwajah baru... Hehehee... Cuma header sahaja yang berubah sebenarnya... :). Baik lah... Sampai di sini sahaja buat kali ini... Sampai kita bertemu lagi di entri yang akan datang... 

Salam Sayang Dari SBK.... Muahsss... Sayang Anda Semua...



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, January 3, 2014

~ SBK Di Tahun 2014...

Sheery Dream Cakes | 10:34 AM | 5 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam penuh kerinduan kepada semua... 

Alhamdulillah Syukur kepada Allah kerana kita masih lagi diberi peluang dan ruang untuk terus menikmati kehidupan ini... Baiklah.. Entri pertama SBK di tahun 2014 ini bermakna entri kembalinya SBK di sini.. Semuanya di atas dorongan dan permintaan beberapa orang juga yang menyebabkan Diana untuk terus berblogging walaupun tak sekerap dulu.. InsyaAllah..

Terima kasih di atas sokongan anda selama ini.. Dengan sokongan dan doa anda itu..Diana telah membuat keputusan untuk teruskan berblogging dengan menyatukan SBK dengan SBK2.. Jadi lebih mudah untuk semua merujuk dalam satu blog kan.. :) Semua entri yang ada di SBK2 akan Diana pindahkan di sini... Maknanya SBK2 akan Diana tutup selamanya.. Diana harap dapatlah kiranya anda semua menerima kewujudan SBK sekali lagi di alam maya ini ya.. 

Baiklah.. Sampai di sini dulu buat semua.. Salam sayang dari SBK..
BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, January 10, 2013

~ Perjalanan SBK...

Sheery Dream Cakes | 9:19 AM | 17 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang kepada semua pengunjung SBK yang dikasihi... 

Hari ini genaplah 2 tahun blogging... Pelbagai pengalaman yang Diana dapat selama 2 tahun di alam maya ini.. Pahit manis.. tawar.. masam... Hehehhee... Semuanya sudah di rasa.. Namun tahun 2012 merupakan perjalanan SBK yang agak sukar sekali bagi Diana.. Banyak ujian mendatang yang telah ditempuhi.. Alhamdulillah.. Dengan izin Allah S.W.T.. Sky Blues Kitchen dapat mengharunginya dengan kesabaran dan dorongan anda semua.. 


Nampak tak gitar mini yang sedikit usang dan berhabuk itu? Ermmm.... Agak-agaknya jika tiada keizinan dariNya serta sokongan yang berterusan daripada anda semua... Pasti nasib SBK seperti gitar mini itu jugalah agaknya kan... SBK terbiar tanpa entri terbaru... SBK sunyi sepi di alam maya ini... Walaupun semuanya sudah pernah terjadi pada SBK... Blog yang sunyi sepi.. Dan sudah pun hendak sampai dipenghujung perjalanan SBK pun sebenarnya kan ..

Seperti gambar basikal mini di atas... " Namun... Ku kayuh perlahan... Walaupun pelbagai rintangan mendatang... " Dengan handle basikal yang terbalik memang begitu sukar hendak sampai kan kan.. Hehehehheee.... Adeeehhh.. Tapi tidak apa... Selagi Diana masih mampu.. InsyaAllah SBK akan terus berada di alam maya ini... Terima kasih kepada semua yang tidak henti memberikan sokongan kepada Diana @ SBK selama ini... 


Sememangnya memang mudah untuk bertapak di alam maya ini... Namun untuk terus bertapak dengan jayanya itu memang payah.... Ianya memerlukan pengorbanan sedikit jika hendak terus bertapak kan... Pengorbanan dari segi masa dan tenaga... Itulah pengorbanan yang harus kita lalui... Mana lagi dengan penat lelah yang kita alami... Utamanya blogger masakan... Sebelum memasak.. Kenalah fikirkan menu yang hendak dimasak.. Lepas itu barulah masuk ke dapur menyediakan bahan-bahan dan memasak... Sudah selesai memasak.. Kena pula ambil gambarnya... Jika rajin hendak diedit bagai lagi gambar yang diambil... Ermm... Penat kan? Bagi Diana ianya memang memenatkan... Namun semua itu bukanlah penghalangnya.. Dengan berbekalkan minat dan hobi serta keikhlasan kita untuk berkongsi resipi.. Ianya sudah memadai untuk melupakan penat lelah itu semua... Begitu juga perkongsian sedikit pengalaman dan tips food photography dari Diana.. Diharap dapat membantu anda semua walaupun tips yang hanya biasa-biasa sahaja.. Al-maklumlah.. Masih banyak lagi yang perlu Diana pelajari dalam bidang photography.. Jika ada yang terkurang dan terlebih mohon dimaafkan dan berilah tunjuk ajar ya.. Terima kasih.. :)


Jadi... Hari ini sempat lah  Sky Blues Kitchen meraikan ulangtahunnya yang kedua... Alhamdulillah... Terima kasih di atas sokongan dan pengorbanan suami dan anak-anak Diana kerana memahami minat Diana... Tidak lupa juga kepada semua pengunjung SBK yang tidak henti-henti memberikan sokongan selama ini.. Terima kasih juga kepada Majalah Fotografika @ Hamizah Amir Hamzah @ Semua yang terlibat dalam penerbitan majalah Fotografika Isu 07 kerana sudi memilih beberapa hasil karya Diana.. Terima kasih juga kepada beberapa pihak yang pernah melamar SBK namun dengan dukacitanya terpaksa SBK tolak disebabkan pada masa itu Diana kurang sihat.. Mohon maaf sekali lagi kepada pihak yang berkenaan.. Diana harap tiada yang terguris hati... Mohon ampun dan maaf..



Dikesempatan ini juga Diana ingin merakamkan terima kepada Majalah Jelita kerana memilih SBK sebagai salah satu blog yang dipilih untuk dimuatkan di dalam ruangan Ulasan Blog, Tulisan oleh ~ Norashikin Md Nor.. Diana mohon maaf sebab lambat buat entrinya sebab hari tu Diana lewat dapat majalah ini.. Jadi Diana buat entrinya sekali bersama entri ulangtahun kedua SBK... :). Diana @ SBK amat berbesar hati dan berterima kasih kerana berpeluang diperkenalkan di Majalah Jelita keluaran Mei 2012.. Terima kasih.




Kesimpulannya... Sky Blues Kitchen sehingga di saat dan ketika ini masih lagi bersama anda semua di alam maya.. Hasrat untuk stop blogging hari itu.. sudah bertukar kepada terus berblog walaupun mungkin kadang-kadang perlahan sedikit ya.. InsyaAllah.. kita pasti akan bersua lagi di entri akan datang... Salam sayang dari     Diana @ Sky Blues Kitchen ...



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>