Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sarapan sememangnya perlu diambil setiap pagi. Namun sering diabaikan dan ini merupakan salah satu punca kenapa kita berasa lapar dan ianya akan mendorong kita untuk makan lebih dari saiz portion sepatutnya. Jangan jadikan sibuk dan tiada masa untuk menyediakan sarapan sebagai alasan tidak dapat mengambil sarapan. Overnight oats merupakan salah satu sarapan yang sangat mudah untuk disediakan. Bukan sahaja mudah disediakan, malahan ianya sedap dan mengenyangkan. Apa kata kita masukkan menu ini ke dalam menu sarapan kita.