Wednesday, April 1, 2020

~ Resipi Udang Goreng Tepung

Sheery Dream Cakes | 7:32 PM | 2 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi campak-campak sahaja. Tiada sukatan tertentu untuk resipi ni ya. Bubuhlah mengikut citarasa masing-masing. Sosnya tu boleh dicicah atau jika suka boleh digaul sekali bersama udang goreng tepung ini.

Jom semak resipinya di bawah.




:: Boleh tengok cara menyediakannya di youtube channel Melley Mey


UDANG GORENG TEPUNG

 Bahan-Bahan A
  • Udang bersaiz besar
  • Garam
  • Minyak bijan
  • Serbuk lada hitam / lada hitam kisar ( saya guna Aji-Shio Flavoured black pepper )
  • Serbuk lada putih / lada putih kisar ( saya guna Aji-Shio Flavoured pepper )
  • Parutan halia
  • Parutan bawang putih
  • Parutan kulit lemon
  • Air perahan lemon


Bahan-bahan B ( Satukan di dalam mangkuk besar dan gaul rata )

  • Garam
  • Tepung ubi kayu
  • Tepung jagung
  • Serbuk lada hitam / lada hitam kisar ( saya guna Aji-Shio Flavoured black pepper )
  • Serbuk lada putih / lada putih kisar ( saya guna Aji-Shio Flavoured pepper )
  • Smoked paprika

Bahan-bahan untuk sos
  • Garam
  • Gula
  • Madu
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Paste asam jawa

Bahan lain

  • Minyak masak untuk menggoreng



Cara-cara
  1. Satukan kesemua bahan-bahan A dan gaul rata. Simpan di dalam peti ais dan perap selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak yang banyak.
  3. Saluti udang dengan tepung ( bahan-bahan B ) kemudian goreng udang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Di dalam periuk yang lain, masukkan kesemua bahan-bahan untuk sos. Masak di atas api sederhana. Biarkan sehingga mendidih dan pekat. 
  5. Angkat dan makan bersama udang goreng tadi atau boleh juga digaul bersama udang goreng.










BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, March 31, 2020

~ Resipi Ikan Tenggiri Masak Masam Manis

Sheery Dream Cakes | 2:04 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Lamanya tidak bersiaran di sini...Sudah setahun beberapa bulan menyepi rupanya. Terima kasih kepada semua yang masih sudi berkunjung ke blog Diana ini ya.

Apa khabar semua? Semoga anda semua sentiasa di dalam keadaan sihat sejahtera.. Semoga kita semua dilindungi dari penyakit berjangkit Covid-19 ini. Aamiin.. Jaga diri walau di mana anda berada ya.

Hari ni Diana ingin kongsikan resipi Ikan Tenggiri Masak Masam Manis yang mudah.. Jika ingin tengok video cara memasaknya bolehlah ke channel YouTube Diana .

Baiklah, apa kata kita semak resipinya di bawah.




:: Boleh tengok cara menyediakannya di youtube channel Melley Mey

IKAN TENGGIRI MASAK MASAM MANIS

Bahan-Bahan A
  • 1 kg ikan tenggiri _ dipotong dan dibersihkan
  •  Garam
  • Serbuk kunyit

Bahan-Bahan B ( ditumbuk )
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan-Bahan C
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bawang besar _ dihiris
  • 1 biji bawang bombay _ didadu kasar
  • 1 batang serai _ optional
  • 1/4 cawan sos tomato Maggi
  • 1/3 cawan sos cili Maggi
  • 1 tin kecil ketulan nanas dalam sirap Ayam Brand
  • Garam jika perlu
  • Gula secukup rasa
Cara-cara
  • Lumurkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Simpan di dalam peti ais dan perap selama 10 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga sedikit garing ( nak goreng garing pun boleh, terpulang kepada selera masing-masing ). Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan serai. Tumis sehingga wangi.
  • Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan tumis hingga sedikit garing.
  • Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili. Gaul rata.
  • Masukkan nanas berserta sirapnya dan masak seketika.
  • Tambahkan gula dan garam jika perlu.
  • Tambahkan sedikit air. Masak sehingga kuahnya mendidih.
  • Selepas itu, bolehlah dimasukkan hirisan bawang besar dan bawang bombay yang dipotong dadu.
  • Akhir sekali, masukkan ikan tenggiri goreng dan gaul. Masak seketika.
  • Angkat dan hidang bersama nasi putih.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, January 10, 2019

~ Ulang tahun ke-8

Sheery Dream Cakes | 12:54 PM | 5 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... 

Agak lama tidak bersiaran di sini.. Terasa rindu sangat dengan semua orang... Alangkah meriahnya suasana blogging suatu ketika dulu kan.. Alhamdulillah banyak kenangan manis bersama. Walau hanya kenal di alam maya, tetapi persahabatan itu tidak terhenti di sini. Ada juga sahabat alam maya yang masih berhubung dengan Diana hingga kini melalui whatsapp. Alhamdulillah dan terima kasih di atas persahabatan ini. In Shaa Allah.. Semoga persahabatan alam maya yang terjalin ini sentiasa mendapat rahmat dan berkekalan selamanya. Aamin.

Hari ini merupakan ulangtahun ke-8 buat Melley Mey's Kitchen ( Sheery Dream Cakes ).. Sedar tak sedar sudah 8 tahun blog ini wujud. Walaupun tidak seaktif dulu lagi, tetapi blog ini akan tetap di sini buat rujukan Diana dan semua yang sudi. Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di sini walaupun dapur maya ini sudah lama menyepi. 

Faktor usia dan masa sememangnya membuatkan Diana kurang aktif blogging lagi sekarang ini. Nak pegang DSLR tu memang malas dah. Hahahaaa.. Hanya ambil gambar guna handphone sahaja sekarang ni kongsikannya di Instagram. Di Instagram masih lagi ada gambar-gambar makanan yang Diana kongsikan. Cuma tidak lah aktif sangat ya. Kadang-kadang sahaja ada kongsikannya. Di bawah ni antara gambar yang ada di Instagram Diana.

Baiklah, setakat ini sahaja buat kali ini.. Semoga bertemu lagi dilain siaran.. In Shaa Allah.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, January 30, 2018

~ Chia Seed Oatmeal Breakfast Bowl...

Sheery Dream Cakes | 9:00 PM | 1 Comment so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bersiaran kembali setelah sekian lama dapur alam maya ni bercuti. Sekali lagi hari ini SDC ingin berkongsikan beberapa gambar menu sarapan yang mudah untuk disediakan.

Chia Seed Oatmeal Breakfast Bowl ini merupakan antara sarapan sihat lagi berkhasiat serta mengenyangkan untuk memulakan hari kita. Ianya sangat sesuai diambil semasa sarapan pagi. Kita hanya perlu sediakan Organic Rolled Oats, Chia Seeds, Susu rendah lemak atau air ( Diana hanya bubuh air ), Greek yogurt, buah-buahan serta warmed blueberries. Bertambah sedap jika dimakan bersama no added sugar peanut butter. Anda pasti akan menyukai gabungan rasanya yang sedap ni. Cubalah!



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>