Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Selamat Menyambut Hari Malayisa kepada seluruh rakyat Malaysia.. Hari ni cuti kan.. Pasti ramai lagi yang buat rumah terbuka kan... Hari ni Diana juga ada menerima 2 jemputan rumah terbuka petang ni.. Terima kasih kepada yang sudi menjemput tu ya. :)
Baiklah... apa kata kita terus semak resipi kek kukus lapis masam manis ini...
Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti di bawah...
:: Cream crackers tu hendaklah dikisar halus.. ::
Cara melapis ~ Mula² tu ambil sedikit adunan hijau dan ratakan.. Kemudian d kukus sehingga masak.. cucuk dengan lidi ( cucuk beberapa lubang sahaja ya.. lupa plak nak ambil gambar semasa buat tu.. huhu ) dan tekan dengan lembut permukaan kek menggunakan sudu plastik lembut.. Susun haw flakes d atas kek tadi..
Setelah itu.. ambil sedikit adunan berwarna merah pula dan ratakan.. Kukus hingga kek masak.. cucuk dengan lidi dan tekan dengan lembut permukaan kek menggunakan sudu plastik lembut.. Susun haw flakes dan bubuh sedikit lagi adunan berwarna hijau dan ratakan.. Kukus hingga kek masak... Buat begini sehingga adunan kek habis.
KEK KUKUS LAPIS MASAM MANIS
Bahan-Bahan
- 5 biji telur
- 250 gm mentega
- 1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus
- 1/2 cawan gula halus _ boleh guna gula kastor
- 1/2 tin kecil susu pekat ( krimer manis cap junjung )_ Diana bubuh 194 gm
- 1 tsp esen vanilla
- 1 tsp baking powder
- Haw Flakes secukupnya
- Pewarna hijau, merah dan kuning _ ( kali ini Diana hanya bubuh warna merah dan hijau )
Cara-Cara
- Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
- Mentega dan gula diputar sehingga kembang.
- Kemudian masukkan telur dan putar lagi
- Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
- Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).
- Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
- Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
- Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis.