Tuesday, September 13, 2011

~ Resipi Kek Batik Cream Crackers...

Sheery Dream Cakes | 8:58 PM |

Assalamualaikum dah Salam Sayang...

Pertama sekali Diana nak mohon ampun dan maaf sebab belum berpeluang lagi nak membalas komen dan BW seperti biasa... Ahad lepas Diana ada buat rumah terbuka lagi.. Jadi agak sibuk juga ler beberapa hari tu... Hari ni pun Diana masih sibuk sedikit dengan hal² yang lain.. Hanya sempat berfb jer hari ni.. Insyaallah lewat sikit nanti Diana akan BW juga yer... 


Pagi tadi Diana ada buat Kek Batik Cream Crackers.. Kek batik masa raya hari tu dah habis pun masa raya pertama... :). Tak sempat pun nak makan... Dia pun masa tu tak ingat sangat nak makan kek ni sebab dah sibuk dengan pelita-pelita dan suasana malam raya tu... Baik ler. Jom semak resipinya.. Sebenarnya sama jer resipi dengan kek batik yang lepas... Cuma kuantiti nestum Diana kurangkan... Dan kali ni Diana guna Cream Crackers pula... Hasilnya sama juga.. Tapi bagi Diana menggunakan Cream Crackers ni lebih sedap.. Tu bagi tekak Diana ler yer... Orang lain tu memang tak sama ler kan... ;)


Untuk kali ni Diana kurang rajin nak melapis biskut tu... Hehehehe.. Jadi Diana hanya gaulkan semasa adunan kek tu dah pekat ( macam gambar kat atas ni ).. tapi sekiranya belum biasa lagi menggunakan cream crackers ni sebagai biskutnya.. Yer ler biasanya kita menggunakan biskut marie kan.. Kalau digaul pun tak ler cepat hancur biskut tu.. Tetapi.. jika menggunakan cream crackers ni sememangnya jika kita tak berhati-hati semasa menggaulnya pasti akan hancur nanti... Jadi buat sesiapa yang pertama kalinya menggunakan cream creackers ni dinasihatkan supaya gaul dengan perlahan dan lembut-lembutkan ler tangan tu yer.. ;). Kalau tak pun guna kaedah melapis satu persatu seperti versi kek batik marie tu .. 

::  Potongan memang tak kemas.. Sebab tak simpan dalam peti ais pun dah potong dah.. Hehehe.. Dah tak sabar nak makan tadi... Sebaiknya simpan dulu kat peti ais yer sebelum dipotong.. 

KEK BATIK CREAM CRACKERS

Bahan-Bahan
  • 6 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan milo
  • 1 1/2 cawan Nestle nestum original 
  • 1 tin kecil susu pekat  susu krimer manis cap junjung ( 388 gm )
  • Cream Crackers Hup Seng secukupnya _ ( Diana guna dalam 34 keping )
  • Choc Rice secukupnya

Cara-Cara
  1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, milo dan nestum. Pukul adunan sampai ianya betul-betul sebati.
  5. Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat.
  6. Tutupkan api dan masukkan cream crackers dan gaul perlahan.
  7. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
  8. Taburkan choc rice di atas kek.
  9. Simpan di dalam peti ais sebelum dipotong.
  10. Boleh juga dibuat seperti d bawah ni yer...
  11. Sediakan loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
  12. Kemudian susun cream crackers di atasnya. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  13. Taburkan atasnya dengan choc rice. Simpan di dalam peti ais sebelum dipotong...




15 comments:

Cheq Sue said... Reply

bukan irfan aje kak.... ni, cheq sue ni pun suke dengan kek batik ni... haiiiiii kusssssssssssssss semangat

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Salam syawal Diana.Satu kelainan dgn guna cream crakers.kak Ros ada sebungkus crakers kat dapur.nak cuba resepi ni pula.

Amie said... Reply

Assalam Diana,
suka tengok kek batik tu, mesti sedapkan! dulu pernah buat... sekarang tak lagi (sebab dulu buat dengan kakak - best!) Kak Amie suka sangat tengok hiasan love merah tu.... cantikkkkk!

ibundo said... Reply

nampak sedapnya diana. bundo nak cubalah nanti.. tk.

Nadz Nazharzan said... Reply

Wah best.. Nk amik resepi eh.. Insyallah nanti Naz nk cuba buat..

Umm Mymoonah said... Reply

Wow! Perfect for parties, looks very yummy!

dZana said... Reply

sedapnya D.. nk buat jugak la...

Kak Sam said... Reply

Diana..
memang kita tak boleh le buat biskut ni sebab pastinya cream cracker tu akan hancus lebur

Juwita Jamaludin said... Reply

kak diana.. good idea.. bagus la.. nak try gak la nanti biskut tu ada banyak kat rumah ni

Yatie said... Reply

Assalamualaikum Diana,
menariklah resepi kek batik cream crakers ni..lenkali nak cuba pulak resepi ni..tq kongsi resepi..nmpk sungguh menyelerakan..

cikmanggis said... Reply

satu kelainan ni:) Cm pun nak cuba jugak la.Jika biskut marie rasa manis.Cream craker ni Cm agak lebih rasa lemaknya kan...teringin la pulak:)

Anna Qawina said... Reply

ish...terliur neh...bak sepotong..hehe..rajinnya akak buat yer..

Sheery Dream Cakes said... Reply

cheq sue ~
hehhee.. meh ler dtg cnie makan sama cheq sue.. hanya tinggal sedikit jer lagi nie... dah nak abis dah nie... dtg ek akak tunggu... hehehe

puan ros @ tadika sinaran intelek ~
salam syawal juga buat puan ros... a'aa biasanya guna biskut marie tp hubby diana suka guna cream crackers nie.. :)

amie ~
wsalam akak...
x per akak.. nnt akak bole cuba buat sndiri kan akak...
tu kerja irfan tu akak... diana suruh dia pilih nak deco camner.. diana kuarkan semuanya... jadi dia pilih yg love merah tu dengan choc rice tu... hehhee...

ibundo ~
kalu bagi tekak kami.. Alhamdulillah ibundo... ;)

naz ~
ambil ler naz... selamat mencuba... ;)

umm mymoonah ~
tq ;)

dzana ~
hehee... terima kasih.. :)

kak sam ~
hehhee.. x per sam.. bole gantikan ngan biskut marie tu... hehhehehee

juwita jamaludin ~
yer ita.. cuba ler nnt yer.. ;)

yatie ~
wsalam akak...
sama2 akak... a'aa yg nie guna cream crackers... sebenarnya nie dah lama dah buat mcm nie.. cuma dulu belum sempat post kat blog lagi... smlm buat tuk irfan.. tu yg kongsikannya kat cnie... :)

cikmanggis ~
a'aa Cm... mmg rasanya sedikit lemak2 gitu... ;)

anna qawina ~
meh ler dtg cnie anna... makan sama2 yer... nie buat atas permintaan irfan nie smlm.. :)

Oh Oeya said... Reply

Aduhhh! tiba2 rasa bersalah pulak!
Anak minta Oeya buat sejak raya lalu tapi sampai skrg lom buat erkkk!!

Pd Oeya cantik hasil Diana.. hiasan tambah seri :)

Lebih sedap kalau cuma perlu ngappp!! :D

Sheery Dream Cakes said... Reply

oh oeya ~
yer ker.. lom buatkan lg yer kek nie.. x per.. nnt free bole buatkan .. kalu dkt bole jer diana bg tuk dia... :)

terima kasih oh oeya... ;)