Sunday, September 25, 2011

~ Udang Goreng Berempah...

Sheery Dream Cakes | 6:17 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Bosan sungguh rasanya petang nie.. Jumaat lepas Diana masak Udang Goreng Berempah ni.. Resipi asal menggunakan sotong... Resipi ni datangnya dari dapur Akak Nor ... Masa ternampak entri Sotong Goreng Berempah tu.. Terus teringin nak mencubanya... Sememangnya sedap resipi ni...  Seperti yang Akak Nor beritahu di entri tu, InsyaAllah hasilnya menjilat jari.. Memang menjilat jari tau.. Hehhehe... Suka sesangat... Terima kasih Akak Nor kerana berkongsi resipi yang sedap ni... Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya akak... Terima kasih...

:: Resipi oleh ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )
:: Nama resipi asal ~ Sotong Goreng Berempah

UDANG GORENG BEREMPAH

Bahan-Bahan
  • 500gm sotong _ ( Diana guna udang )
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1 in halia ~ dihiris
  • 1 sudu besar cili mesin
  • 1 sudu besar rempah kari *
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar *
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih *
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis * ~ (* dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 biji tomato ~ dihiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam
  • Gula
  • Minyak

Cara-Cara
  1. Bersihkan sotong dan potong. Toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yg dihiris hingga wangi dan kekuningan.
  3. Masukkan cili mesih dan tumis lagi hingga garing.
  4. Masukkan paste rempah dan daun kari. Kacau.
  5. Masukkan pula sos tiram, kicap dan tomato.
  6. Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.
  7. Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
  8. Masak hingga kuah menjadi sedikit kering dan bolehlah dipadamkan api.
  9. Perahkan limau kasturi dan kacau rata.
  10. Angkat dan hidangkan panas-panas.

*Air dari sotong akan menjadikan masakan sedikit berkuah sbb tu tak perlu masukkan sebarang air semasa memasak.






19 comments:

Rtp Farra Arisha said... Reply

untunglah buat sesiapa yg boleh merasai dan mencoba masakan sis yg sedap tu..hehe.
wanna try ur cook one day, boleh?? ;)

Nurul said... Reply

K Diana...
Memang nampak sedap udang tu.. Tengok pun dah tau pasti menjilat jari.... ;)

Nadz Nazharzan said... Reply

Diana, udang yg besar gedabak tu dah mmg menggoda.. Warna lauk lagilah menggoda... Terliur Naz

Cheq Sue said... Reply

fuhhhh...kursemangat nengok udang tu kak. Kalau saiz tu puas hati betul makan

K.Nor said... Reply

salam diana cayang..

lorrr... guna resipi sotong goreng berempah ke? td tengok kat fb tak tau pulak diana guna resipi tu utk udang ni.. perghhh... mmg nampak sedap tu.. k.nor tak sempat lg menjala udang kat pasar, diana dah buat pun guna udang ya..

alhamdulillah.. suka k.nor bila diana kata sedap..hehee.. mekasih sudi cuba ya.. mmmmmuah!

Amie said... Reply

Assalamualaikum Diana cayanggggg...
sedapnya udang tu..... ratah-ratah aje, puas makan!

Anonymous said... Reply

waaaa...nampak sedap lah udang tuuu

Nuwairani said... Reply

assalamualaikum kak diana sayang...kecur liur tengok udang tu posing dengan limau...aduh...nani memang suke makan masakan jenis sambal n ada rasa masam2 sikit.

Zalieda Zaliedana said... Reply

Kak Diana cayang,uduh terliurnya nengok udang akak nih,dah la feberet udang,pergh udang besar camnih lagilah sedap kak,nak try gak nanti resepi nih,tapi tuhla,xsmpat mnjala udang..

rahel said... Reply

Diana,mesti sedap kuahnya tu kan?

Ummi said... Reply

Assalamualaikum Diana, waaah lama akak x masak udang tauu... mantops jek gambar Diana....meleleh air liur akak tengok :)

anymz said... Reply

akak pun dah lama tak masak udang.kalau nak buat udang cenggini sedap guna udang galah kan diana?..lama dah tak makan udang galah..:)

Nuridah said... Reply

Assalamualaikum Diana cayang,

lama kak nur tk nampak Diana nie...sihat ke??

Tengok udg tu rasa mcm nk cekup aje...sungguh menyelerakan dgn gambar yg menarik nie.

ady said... Reply

as-salam diana
geram tgk udang tu..besarnye..nmpak sangat menggoda..hihi

Sue @ Nenie said... Reply

Salam Kak Die...wahhhhhh..tengok tumisannya dah cukup menggoda...apa lagi kalau dapat makan ni.....mesti bertambah nasi....

Anonymous said... Reply

Bagus posting tentang Blogger: ✿ Sky Blue's Kitchen ✿ - Post a Comment. Saya sangat terkesan dengan waktu dan usaha anda telah dimasukkan ke dalam menulis kisah ini . Aku akan memberikan Anda sebuah link di blog media sosial saya. Semua yang terbaik!

Shaiful Zaidi said... Reply

sedapnye...

Yana Shaiful said... Reply

Salam Kak Diana..tergodanya tgk udang tu..nak 3 ekor leh x hikhikk..

YUS said... Reply

tiap kali bkk blog ni, tiap kali jugak la terasa sgt2 teruja! smpai meleleh2 air liur ni.... antara blog yang terbaik! pernah cuba masakan dlm blog ni, mmg terbaekkkkk!